Rizal Hafizuddin- the blog
RH Chapter I (Rizal) Page 6 “The Presentation”
11:00:47 PM
Isnin, 2 Februari 2004
THE PRESENTATION.
“Rizal!” Suara kepunyaan Mek Na, junior satu kelas dengan aku. Belum berpaling pun aku kenal tuan punya suara nyaring cute tu. Dengan serba sikit loghat kelantan kat hujung-hujung lidah. Bunyinya macam ‘Rizza!’.. Dah tentu dia nak bagitau pasal presentation assignment Madam tu.
“Macam mana? Boleh tak masuk group kitorang?”
Sejak aku kena kick dari group Nana aritu, aku dah tanya beberapa group lain. Semua kata nak berbincang dulu, dan nampaknya group Mek Na yang paling beria-ia nak ambik aku. Kalau group diorang terima aku, aku on je..
“Group kitorang semua budak perempuan. Tau kan? Ira dah cakap kan? Kitorang sume nak Rizal join. Free lagi tak? Ke dah de group?”
Huhu… Aku tak sure sapa lagi ahli group Mek Na selain Fatin tapi nampaknya aku memang ‘jejaka popular of the year’.
“Hei…susah betul jadi lelaki kacak ni!” Aku geleng kepala, sedih dengan nasib diri sendiri ; j  Hehehe…
“Mak aii! Perasan sungguh dia!”
“Bukan perasan… Tetapi, sebagai engineer kita kena terima sesuatu fakta dan mengatakannya benar walau macam mana pahit sekalipun!” Tangan aku tanpa sedar dah tergengam. Hahaha… dah ter-over poyo pulak aku ni.
“Kitorang tak pilih berdasarkan gambar passport ye cik abang. Kami semua perempuan, jadi harap Rizal boleh jadi leader la.. Lagipun sebagai senior…dah tentu la Rizal lebih terer present kaaan…..”
Sebaik saja dia sebut perkataan ‘senior’ tu aku dah dapat tangkap maksud tersirat Mek Na. Sekarang aku paham. Diorang nak aku jadi presenter la ni.. Masing-masing nak ngelat dari jadi presenter. Takpe. Kita tunggu dan lihat.
“Saya jadi leader?”
“Kenapa? Tak sanggup ke? Tak kan nak perempuan lead lelaki pulak… Hehehe…”
Lawak, yang agak tajam. Aku tanya sebab nak kepastian. Dia perli aku pulak..
“Ok. Rabu malam.”
Spontan Mek Na berenti ketawa. Macam ayam nak berkokok tak jadi. “Apa?”
“Rabu malam meeting. Cafe, 8.01 pm. Sharp.”
“Serius??”
“Kenapa…tak sanggup ke?”
“Oo…perli ye…”
Hehe..
Kalau alarm handset aku tak berbunyi, confirm aku takkan ingat langsung pasal meeting yang aku sendiri tetapkan tu. “MEETING DENGAN GROUP FATIN, 8.01 PM” berkelip-kelip  reminder aku petang tadi.
Dah pukul 7.58 pm. Aku jugak yang gatal set 8.01 mlm, so aku kena tunggu lagi tiga minit. Budak-budak perempuan tu rasanya dah de kat mana-mana bahagian cafe tu —biasalah budak pompuan— tgh gossip ke ape ke. Tunggu jap lagi tiga minit baru aku gi tunjuk muka. Saja, nak buat dramatic skit. Kononnya betul-betul ON-TIME. Baru korang tau rasa satu group dengan Rizal! Hahaha!
Tiga minit bukannya lama. Tapi apa patut aku buat untuk isi ‘masa lapang’ sependek tu? Rasa macam nak gi beli air…tapi kang budak-budak pompuan tu nampak plak aku.
Tengah-tengah scan mencari sesuatu nak buat, aku nampak satu figure kecik yang sedang terbongkok-bongkok menulis sesuatu di sebuah meja kat pinggir cafe. Dari sudut aku tengok, aku cuma nampak baju biru dan tangan kanan yang sedang memegang pensil tetapi aku tau budak tu adalah anak brader kedai buat air. Hm.. meh, gi ngaco budak kecik sat…
“Dik. Wat homework ke?”
“Tak. Buat latihan.” Budak tu jawab tanpa mengangkat muka dari buku pun. Khusyuk sungguh.
Sejak tender kedai jual air dapat kat brader tu sebulan lepas, aku pernah nampak budak kecik ni beberapa kali dah. Dari cara brader tu cakap, aku tau budak kecik ni anak dia.
Tapi aku sendiri hairan kenapa selama ni aku tak tergerak hati nak tegur budak tu. Sedangkan aku suka kacau budak-budak. Malah kadang-kadang aku lebih suka kawan dengan budak-budak dari orang dewasa. Budak-budak ni biasanya lebih jujur dari orang dewasa. Lebih straight forward. Dan diorang ada cara berpikir yang… ‘berbeza’.
“Nama abang Rizal Hafizuddin. Adik, nama pe?”
Budak tu berenti menulis buat kali pertama. Melangut ke arah aku. “Panjangnya nama…!”
Tengok. Aku takkan dapat dengar komen jujur macam tu dari orang dewasa.
“Kawan abang panggil abang, Rizal je. Adik nama pe?”
“Pendek je….” budak tu menggaru belakang kepalanya. Tersengih.
“Haha… Panjang pendek tak penting. Yang penting maksud dia. Apa nama adik?”
“Err… Umar. Umar je…”
“Umar…” aku ulang. Budak tu merenung aku menanti kata-kata aku penuh harapan. Aku tau dia sedang menunggu komen pasal namanya. Adalah fitrah budak sekecil ini sangat mengambil berat komen orang pada dia. Aku kerutkan kening untuk menunjukkan aku serius. Serta-merta air muka Umar berubah jugak menunjukkan tumpuan perhatiannya.
“Umar tau dak, ‘sahabat Nabi’ tu siapa?”
Dia geleng. “Tak.” Masih memandang tepat pada aku.
“Rasulullah tau..? Nabi Muhammad?”
“Salallah ‘Alai Wasallam.. Ustazah kata kena selawat kalau dengar nama Rasulullah.”
Bagus. Dia plak ajar aku. “Betul tu. Nabi Muhammad Salallah ‘Alai Wasallam. Sahabat-sahabat Nabi tu adalah kawan-kawan Nabi yang tolong Nabi sebarkan agama Islam.
Diorang ni adalah kawan baik Nabi, bestfriends Nabi. Selalu bersama Nabi walau macam mana susah pun. Dan antara sahabat Nabi yang paling hebat sekali kalau adik nak tau…Umar Al-Khatab.”
Budak-budak tak sama cara berpikir dia dengan orang dewasa. Aku tak tau dia faham ke tak apa aku cakap tadi. Aku guna istilah complicated sangat tak agaknya.. Apa pun, dia sedang memberikan full attention kat aku, so aku patut teruskan lagi.
“Umar sahabat Nabi ni, sifat dia saaangat berani. Sampai musuh-musuh Islam sangat takut kat dia. Sebut nama Umar je, terus takut! Mengeletar kepala lutut diorang..”
Agak lama dia diam. Baru aku nak sambung, Umar kecik di depan aku ni bersuara.. “Dia pernah lawan cakap Ayah dia tak.. bang Rizal?”
Aku tak ingat la dalam riwayat hidup Umar, selepas dia masuk Islam ada tak disebut ibubapa dia hidup lagi ke tak. Tapi of course, kalau parents dia hidup lagi, Umar adalah semestinya anak yang taat. Jadi nak terangkan kat budak berumur sepuluh tahun…
“Tak. Dia takkan lawan cakap mak ayah dia melainkan mak atau ayah dia suruh dia buat benda yang tak baik. Rasulullah dah ajar sahabat-sahabat dia termasuk Umar untuk hormat dan sayang mak dan ayah..”
Aku sedang cuba nak baca dari wajah dia samaada kata-kata aku masuk otak dia ke tak tapi kemudian baru aku perasan Umar sedang memandang ke arah belakang aku.
“Apa keje yang kau kacau budak tu buat kerja dia, Rizal…”
Gaya perli tu…aku boleh kenal walaupun blinfolded dalam bilik yang gelap di tengah-tengah malam. Syidah? Aku toleh dan dapat tau yang jangkaan aku tak salah. Syidah sedang memandang aku sambil menyilang tangan. Pandangan tajam dia yang tak pernah berubah. Macam Datin Seri tengah check orang gaji dia buat apa.
“Cuba kau tengok jam?”
8.10 dah?? Alamak, meeting! Tak jadi aku nak muncul on-time.
“Tu la. Poyo sangat! 8.01 minit konon…”
“Err… Apsal kau tau pasal meeting aku plak?”
“Haha.. budak-budak tu ajak aku teman, aku teman je la. Dah kau lambat sangat, diorang mintak aku cari kau.”
Aku toleh kat Umar. Dia ternganga tengok aku dan Syidah. “Abang kena gi dulu. Abang de ‘homework’ skit nak wat.”
Umar angguk. Entah faham tah tidak.
“Kena bangga dengan nama Umar tu tau!” Aku bagi last words sambil berdiri. Budak tu tersenyum. Tersengih.
“Ok tak?” Aku tunjuk isyarat ‘best’.
“Ok!” budak tu angguk lagi, kali ini agak bersungguh.
Semasa berjalan ke arah meja yang dipenuhi empat orang perempuan sambil diiringi sorang perempuan (Syidah), aku terasa bagaikan seorang Maharaja yang dibawa menuju kearah dayang-dayangnya —yang sedang menanti dengan tak sabarnya untuk melayan Raja diorang. Kemudian, Syidah (yang kekadang aku gelar miss kill-joy) memberi komen yang memusnahkan segalanya..
“Nah aku dah bawak KULI korang. Dera dia habis-habis..”
HA HA HA, ‘kelakarnya’. Nyibuk betul si Syidah. Aku baru nak wat empat orang budak perempuan jatuh hati serentak kat aku, dia dah musnahkan mood aku! Budak pompuan empat orang tu pulak semua support je ‘lawak’ Syidah tu. Diorang ni nak kena brainwash gak nanti. Biar masa balik hostel satgi lekat dalam otak diorang ‘Rizal memang ka-chak, macho dan bergaya…’ saja.
Mek Na, Azlin, Fatin dan Lily. Takde sorang pun yang aku terkejut berada dalam group tu. Diorang ni memang ahli kongsi gelap yang sama untuk mana-mana assignment.
Tengok pun tau.
Mek Na masih ada saki-baki sisa gelak tadi, dia ni memang susah skit nak berenti kalau dah start gelak. Macam keretapi, kalau dah start susah nak brenti. Azlin biasa la, dengan gaya relax ala-ala ‘tomboy’ dia. Lily macam segan-segan dengan aku, mungkin sebab dalam 5 orang yang ada situ dia yang paling tak rapat dengan aku (kalau dulu mungkin Fatin tapi sekarang dah empat kali aku cakap face to face dengan Fatin so Fatin dah terkeluar carta). Fatin masa tu tengah memandang dengan senyuman yang misteri skit. Ala-ala senyuman serial-killer pun ada.
“Dok la cik Abang! Kata 8.01 malam. Skang dah pukul brape…” Lima-lima orang termasuk Syidah pandang ke arah aku. Mek Na ni…berani jugak rupanya minah. Belajar dengan Syidah ke?
Baginda Raja berkenan menghadap dayang-dayang dan sorang penyibuk (Syidah).
“Yang kecik-kecik tu sape?”
“Kecik-kecik?” Baginda Raja terkejut dengan adu musykil dayang-dayang nya.
“Yang Rizal kaco belajar tu la…”
“Oo..tu. Tak tau ke? Tu la anak beta yang bongsu. Dari isteri beta nombor tiga. Yang nombor empat pun expecting gak, due dua bulan lagi.
“IYE LA TU!!” Entah sapa dari lima orang tu yang jerit aku tak pasti. Sekali Syidah, Syidah pun gelak sama…
Selama 3 tahun Degree in Chem Engineering aku dah buat beratus-ratus assignment. Dan berpuluh-puluh presentation. Tapi inilah buat kali pertamanya aku group presentation dengan budak-budak junior ni. Aku jarang team dengan Syidah tapi biar
Syidah pun tau stail aku present macam mana. Budak-budak ni memang tak tau cara aku.. nak kena brief diorang macamne nak present plak. Leceh betul.
Tengok aku serius semacam je, budak-budak tu beransur-ansur berenti ketawa. Syidah yang barangkali paham slow-slow angkat kaki tinggalkan kami.
“Ada dua benda saya nak bagitau,” aku cakap sebaik saja Syidah dah berangkat. “Satu, saya ni macam korang tau banyak main-main…tapi time keje saya tak boleh concentrate kalau orang tak serious. So…” Budak-budak tu angguk paham..
“No dua… Saya tak nak present.”
Serentak budak-budak perempuan depan aku tu protes tak puas hati! Macam-macam diorang cakap serentak sampai aku pun tak tau apa diorang cakap. Saja aku biar diorang cakap sampai diorang terdiam sendiri seminit kemudian. Bila nampak gaya tak de yang nak bukak mulut baru aku bersuara balik.
“Saya tak habis cakap lagi.. Saya tak nak present sorang2 kat depan jadi puppet korang.” Kasar sikit, tapi aku terpaksa cakap.
“Sape kata nak buat Rizal puppet??” balas Azlin.
“Kita prepare la sama-sama,” tambah Mek Na.
“Kenapa Rizal cakap macam tu..” soal Fatin. “Kami sanggup susah payah prepare presentation tu—”
“Tapi saya yang present kat depan..?” aku bagi senyum sinis yang buat Fatin terkedu.
“Dengar sini. Saya tak kesah nak present… In fact saya lebih suka present dari wat keje lain- wat report ke, wat lab ke. Tapi cuba korang fikir, kalau saya present sorang-sorang kat depan tu… apa yang korang dapat??”
Semua terdiam sehinggalah Azlin meluahkan sebab sebenar yang tersembunyi di dasar jiwa. “Actually, kami ni boleh kata memang hancus bab present ni…” pengakuan yang ternyata disetujui semua kawan-kawan dia.
“Saya tau..”
Mata-mata terangkat. “Mana Rizal tau..?”
“Jangan lupa Madam Azizah tu ‘mummy’ (penasihat akademik) saya. Saya tau banyak pasal korang ni dari apa yang korang tau saya tau pasal korang.” Err.. Betul ke ayat aku? Budak-budak tu pun macam pening nak paham ayat aku.
“Dan kami tau Rizal punya presentation memang best..” tambah Fatin. “Tak de orang yang Madam Azizah puji presentation dia best macam dia puji Rizal.”
Aku terdiam kejap terkedu. “Ehem.. Nyaman sungguh udara malam ni ye..”
“Poyo la Rizal.. Ira serius ni!”
“Ye saya tau Fatin serius..” senyum aku tak mampu nak pudar. Aku tak sangka Mdm Azizah dalam suke membebel dia tu, dia puji aku sebenarnya kat belakang
“Bukan hari-hari dengar orang puji saya. Selalu kena kutuk je..”
“Sebab tu la kami tanpa ragu-ragu, mencadangkan Rizal sebagai senior kami yang hebat ni… untuk wakili present kami!” Sempat lagi Azlin masukkan point.
Aku terdiam sekejap berpikir… Aku paham kenapa diorang ni nak mengelak sangat dari present. Aku faham sangat… Cuma…macam mana nak ubah fikiran empat orang perempuan ni..?
“Ada satu kajian yang dibuat di US suatu masa dulu..” aku pause memberi masa ayat tu menembus telinga. “Kajian ni untuk tentukan, apa dia senarai benda yang rakyat Amerika paling takut sekali dalam hidup ni. Korang tau apa..? Benda nombor satu orang Amerika takut adalah ‘public speaking’! ”
“Public speaking?”
“Yup. Macam korang takut ni. Rasa takut nak public speaking, speech, talk @ present ni…” aku angkat kening bermaksud, “…dapat kalahkan ranking rasa ‘takut nak mati’.”
Masing-masing diam menunggu point seterusnya dari aku.
“Korang tau apsal yang korang takut sangat nak bagi presentation ni? Sebabnya korang tak tau apa akan jadi. Betul tak? Korang takut orang gelak. Korang takut korang salah cakap dan nampak bodoh. Korang takut tak dapat jawab soalan orang tembak!”
Tak de respond yang memberangsangkan.
“Dalam bab presentation ni, benda yang betul2 bodoh- mintak maaf kasar sikit- cumalah TAKUT NAK PRESENT!
“Silap cakap adalah NOR-MAL. Tersilap buat something masa present adalah NOR-MAL. Kena tembak masa present adalah NOR-MAL. Gelabah nak present adalah, NORMAL! Tapi takut nak amek risiko nak present….itu adalah MEMALUKAN!”
Lily, Azlin dan Mek Na tunduk mengelak eye-contact dengan aku. Fatin sebaliknya, memandang aku tepat, penuh expressi tidak puas hati.
“Say it,” aku cakap. “Say what you wanna say!”
Tiga lagi awek angkat muka diorang memandang aku yang sedang merenung tepat Fatin… dan Fatin yang penuh dengan kerutan di dahi membalas renungan provocation aku. Expressi Fatin ketika itu bukan sesuatu yang biasa keluar dari Fatin aku  pasti. Tapi aku entah kenapa tidak terkejut langsung.
“You dont agree with me, you say it to my face. I am a human too, i MAY, BE wrong!”
Dengan provocation tu, bibir comel Fatin terpisah dan keluar suatu nada suara yang tak pernah aku dengar sebelum ni. “It’s not that we’re not trying! We just dont know how to say it! How to present! We- we dont really know how to present!”
Tiga orang awek lagi ternganga tengok bahagian diri Fatin yang jarang muncul tu.
“I knew you had it in you…” aku separuh berbisik. Bibir aku tak dapat mengelak dari melentur.
“What…?” Expressi terpingga mengantikan wajah serius tadi. Tiga orang lagi tumpang skaki terpingga2 dengan Fatin.
“ITU jawapannya.” Aku tersenyum penuh. “Presentation, talk, speech, public speaking… basic sumenya sama je sebenarnya. Sume nak sampaikan something pada orang lain. Perasaan sungguh2 nak sampaikan something pada orang tu… Perasaan tu yang kena ada.” Aku tunding pada Fatin. Fatin mengangkat kening.
“Bila kita betul2 nak sampaikan something, otak kita akan pikir… macam mana aku nak bagi diorang ni paham apa aku paham? Macam mana aku nak bagi diorang ‘rasa’, ‘tau’, ‘ingat’ apa yang dalam otak aku ni?! Bila jadi macam tu…. kita tak kan pikir lagi dah pasal ‘nervous’, pasal apa kesilapan kita buat. Kita cuma nak sampaikan ‘satu benda’ tu!”
Keempat-empat awek masih terdiam tanpa respond. Kalau aku cakap sejam lagi pun, aku rasa tak kan bawak sebarang beza lagi dah. Aku bangun perlahan2 sambil senyum kat wajah2 yang terdiam. Fatin nak bukak mulut cakap something, tapi tak terkeluar suara dia. Aku kenyit mata kat dia sambil senyum… “Think about it…” Harap2 mesej aku sendiri sampai..
END OF CHAPTER 1  RIZAL
[To be continued with  Being A Guy]
Aoi no Meia- Page 2 “Suatu Hari Yang Malang”
[WARNING:  This story is NOT for those who love Happy Endings]
Aoi No Meia- Si Mata Biru
Suatu Hari Yang Malang
“Ramadhan!”
Suara dari belakang itu menghentikan langkah lari-lari anaknya tadi. Tak berpaling lagi pun dia dah tahu siapa. Aduh, timing yang memang tak kena. Hatinya masih berdebar dari insiden tadi. Terpaksa la dipujuk jantungnya yang sedang berlari supaya berehat sebentar.
Tak lama kemudian wajah Fiza sudah cukup dekat hingga Ramadhan boleh nampak warna anak mata Fiza. Biru. Biru jernih.
“Ramadhan datang la pertandingan bahas Inggeris nanti…?” Kata itu lebih kepada pertanyaan dari ajakan. Pertanyaan dengan sedikit harapan. Fiza sudah terlalu kenal dengan Ramadhan untuk mengharap lebih-lebih. Lelaki ini memang benci bercakap banyak, apatah lagi nak dengar orang berbasa-basi di atas pentas.
“Saya tak faham kenapa orang habiskan masa nak bertekak tegakkan pendirian masing-masing. Kalau niat bercakap nak bertolak ansur dengar buah fikiran orang ke lain le jgk…”
Barangkali kerana sisa gentar peristiwa yang berlaku sebelum terserempak dengan Fiza tu, suara Ramadhan keras dan mendatar. Namun hakikatnya, pendirian hati Ramadhan memang begitu. Apa gunanya bercakap entah apa-apa kalau maklumat boleh disampaikan dengan hanya satu gerak muka. Satu kerutan di dahi atau satu senyuman ringkas. Apa guna bermain bahasa?
Fiza akhirnya senyum kelat kecewa.
“Saya pun tak faham satu benda,” balas Fiza. “Awak ni pernah best student English . Tak kan sikit pun kat hati awak tu tak terdetik nak pergi tengok langsung?”
“Kalau dah tak de sebab, buat apa saya pergi?”
Ramadhan tengok bibir Fiza tak lagi tersenyum, walau sebaris senyuman tawar. Bibirnya keras mendatar. Tanpa mengulas, Fiza berangkat pergi.
Belum sempat perasaan gundah bercakap dengan Fiza hilang Jiman tiba termengah-mengah.
“Apsal Fiza tanya-tanya ko? Dia tau ke?”
“Hish! Tak de la. Habis, betul ke Ayahanda yang ko nampak tadi?
“Mana aku tau! Aku pun lari sama dengan ko kan! Habis la kita kalau dia perasan kita tadi…” Mengah Jiman sudah pudar tapi rasa gentar dan bersalahnya tidak.
“Aku memang salah Ram. Aku tau diorang nak pasang cerita ‘blue’. Saja aku ajak ko tengok sebab aku pun segan. Ko tu yang jadi mangsa. Dua kali kau hampir kantoi dengan ayahanda harini. Sooorry banyak-banyak Ram. Aku salah kat engkau.”
Ramadhan diam mati. Tak tau apa yang patut dia balas. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Tangannya! Langsung dia tak teringat tangan yang berdarah itu dek kerana terkejut bertembung dengan Ayanhanda tadi. Fiza perasan? Tak mungkin. Kalau Fiza perasan tentu dia dah tegur. Tentu dah pucat muka dia tengok darah banyak macam ni.
“Woi Ram! Jom la gi bilik BDP dulu. Biar aku balut dulu…”
23 minit sebelumnya
Hampir serentak berbelas-belas pasang tapak kaki menyentuh lantai pada masa yang sama. Di tambah dengan gegaran tolak tarik kerusi dan sofa, bunyi yang terhasil memang dahsyat. Seolah-olah gempak gempita dilanda gempa bumi.
“Ayahanda! Ayahanda!” Di sana sini nama itu disebut menambahkan lagi gentar dan kekalutan. Dalam kekacauan itu agaknya yang paling malang sekali adalah Ramadhan dan Jiman. Mereka sedang berjalan menyusuri tepi banggunan yang menempatkan bilik tv itu apabila rampage berupa manusia keluar dari serata pintu dan tingkap meluru merempuh mereka berdua.
Jiman disiku di perut oleh entah siapa  manakala Ramadhan ditolak kasar hingga terjatuh. Ketika sedang jatuh, belakang tapak tangan kirinya tersaruk pada pasu bunga yang pecah di hujungnya. Jarinya terasa kebas. Ketika dihadapkan tapak tangannya ke muka untuk di teliti, darah merah ketara sedang menitik laju. Panjang luka itu menakutkan mata Ramadhan sendiri. Hampir empat atau lima sentimeter agak Ramadhan. Merentasi dari pergelangan tangan ke hujung telapak, antara jari telunjuk dan jari hantu.
“Ya Allah! Ram, darah!” Jiman terbeliak.
“Aku tau. Lari dulu Man, kalau ayahanda nampak kita, mampus!”
Ayahanda. Itu saja yang mampu Ramadhan fikirkan masa itu. Walau apa pun terjadi ayahanda tak boleh nampak dia dalam keadaan itu.
Mereka berdua masing-masing angkat kaki menuju ke arah bilik kelab ‘korum’ yang terletak selang beberapa blok dari situ. Barangkali mereka berdua saja yang menuju ke arah itu memandangkan tiada sebarang kelibat lain nampak di mana-mana. Hati Ramadhan bersyukur. Besar padah kalau ada Junior atau student perempuan yang tidak rapat dengan Ramadhan nampak dia berjalan dengan tangan berdarah begini. Macam-macam boleh terjadi. Dan macam-macam cerita boleh tersebar.
“Kita nak gi mana ni Ram? Kat mana nak balut luka kau?”
Ramadhan menyeringai setiap kali nampak isinya yang terdedah di bawah kulitnya. Bukan sakit yang membuatkan dia begitu, tapi pemandangan luka itu yang lebih menakutkan dari rasa sakit itu sendiri.
“Kenapa kau diam? Sakit ke?”
“Sakit le mangkuk…” Panas hati Ramadhan dengan soalan bodoh itu.
“Kau kena kat mana yang boleh luka tu Ram? Kat pagar besi tu ke?”
“Bukan. Kat pasu bunga pecah atas tingkap tu. Aku pun heran macam mana bleh besar sangat luka padahal bukan tajam sangat hujung pasu tu…”
“Dah ko langgar laju memang le panjang gini. Tapi nasib baik gak kena kat pasu tu. Bukan kat dawai besi berkarat tu. Ko tau apa jadi kalau kena besi berkarat lepas 24 jam?”
“Jadi apa? Serigala jadian ke?”
“Lagi teruk! Kalau tak suntik dalam 24 jam… Cikgu aku dulu kata memang takde chance dah!”
“Apsal..?”
“Kena kancing gigi.”
Ramadhan tertawa kecil. “Aku ingat jadi makin hensem ke… Makin pandai ke…”
Jiman turut tersengih. “Kalau aku mungkin la boleh. Sebab genetik keluarga aku ni pelik skit. Bila makin tua makin hensem. Makin banyak parut makin macho. Tengok atuk aku, macho gila. Parut penuh badan!” Gelak dua orang sahabat bergema memenuhi seluruh bilik korum.
“Bodoh betul kelab korum ni! First aid pun tak dak!” Jiman berputus asa membongkar almari-almari di situ.
“Memang la. Sapa yang nak injured masa main korum?”
“Betul jugak…” Kedua-duanya ketawa lagi.
“Aku tau kat mana ada first aid Man.”
“Kat mana? Mai aku pi amik kat ko.”
“Kat bilik BDP.”
“Ko tunggu kejap-”
“Kita pergi sekali la. Ko bukan pernah masuk pun bilik BDP. Ko mana tau kat mana…”
“Betui jugak. Tapi kalau orang nampak ko jalan dengan tangan macam tu?”
“Sapa kata aku nak jalan? Kita lari la!”
24 1/2 minit kemudian
“Hei, macam mana la boleh terserempak dengan Ayahanda dua kali ni? Pastu terjumpak Fiza pulak time-time macam ni. Malang betul hari ni…”
“Aku mintak maaf banyak-banyak la Ram…”
“Sudah la. Berapa kali ko nak ulang benda sama. Yang penting kita dah ‘selamat’ kat sini.”
Ramadhan dan Jiman masing-masing sedang melampiaskan penat yang bertimpa hari itu dengan bermalas-malasan di atas sofa dalam bilik BDP.
“Ye la. Err… Fiza cakap apa kat ko? Rapat betul korang kan?”
“Dia ajak pegi bahas English Rabu ni. Malas aku. Bukannya aku ada kaitan apa-apa pun dengan debate!”
“La… Mangkuk betul ko ni! Dia suruh ko pegi tengok dia la tu… Kan dia bertanding wakil maktab kita…”
Ramadhan terdiam macam orang bodoh. “Ye ke. Aku terlupa lak…”
“Terlupa ke tak tau?! Tak sensitif langsung la ko ni! Macam mana la si Fiza tu boleh jatuh cintan dengan orang macam ko ni!”
“Memandai-mandai je kau nak ngenakan aku dengan dia pulak. Kau jangan tak tau dia tu garang. Sekali dia lempang, bingung ko seminggu…”
“Aku mana ada memandai-mandai wat cerita, walaupun aku memang pandai,” Jiman tersengih-sengih dengan lawaknya sendiri. “Cerita nya aku dengar dari budak perempuan sendiri…”
“Cerita apa?”
“Kau ni dari tadi biar luka tu terbuka. Bagi la aku wat dulu luka kau tu. Cerita tu bila-bila boleh cerita.”
“Ko nak balut je kan?” Dalam otak Ramadhan terbayang jarum dan benang.
“Basuh dulu la.”
“BASUH?!” Ramadhan hampir tak percaya dengar kata-kata yang begitu mengerunkan hatinya itu.
“Basuh la. Nak buang kotor-kotor kat situ. Nanti kena jangkitan kuman!”
“Aku nak tanya kau satu soalan dulu…”
“Apa?”
“Kau pernah belajar first aid ke? Ada masuk Bulan Sabit ke?”
Jiman mengangkat kening tak puas hati. “Memang tak pernah… Tapi aku pernah tengok orang buat la. Trust me darlin’. I know what I’m doing!” Mata Jiman di kenyitkan. “First-first ko gi basuh…”
“Tak payah la… Balut je la…”
“Ah, tak de! Ko takut biar aku basuhkan. Ko tutup mata kalau takut!”
“Kepala hotak kau. Bila masa aku takut? Aku boleh buat sendiri!”
Jiman tersengih. Hakikatnya dia sendiri tak pasti samaada patut atau tidak luka itu di basuh tapi seingatnya semasa kecil-kecil dahulu mak pernah cuci luka di lutut sebab jatuh semasa main tepi longkang dulu. Seingatnya, sakit itu memang bukan kepalang!
Ramadhan menyeringai sebelum air menyentuh lukanya lagi. Apabila air paip yang sejuk itu benar-benar menyentuh lukanya dia mengertap gigi kuat. Sakit yang memang tak dibayang. Terketar-ketar genggaman tangan kanannya menahan sakitnya. Darah yang dicairkan air paip itu mengalir laju memenuhi singki.
“Sakit Ram?”
Ramadhan baru hendak membuka mulut hendak menjawab apabila dia perasan Jiman sedang merenung dengan mata bulat ke arah belakangnya. Dia pun berpaling, sempat untuk mendengar perkataan ‘Allah’ keluar dari mulut seorang perempuan dan memerhatikan perempuan itu rebah ke lantai.
“Ram, Azzah pengsan!”
Ke dua lelaki itu kelam kabut menuju ke arah Azzah.
“Ram, macam mana?!”
“Rilex, jangan gabra! Tolong aku angkat dia.”
Azzah di usung ke sofa yang terletak di ruang menunggu. Ramadhan mencapai ‘paper’ Star di atas meja kecil lalu mula mengipas Azzah dengan tangan kirinya.
“Ko gi cari sapa-sapa Man,” arah Ramadhan.
“Sapa? Warden ke?”
“Sapa-sapa sajalah. Asal perempuan la..!”
Satu-satunya orang perempuan yang dijumpai Jiman sememangnya dalam perjalanan menuju ke bilik BDP pun.
“Kenapa abang Man?” Berkerut dahinya melihat Jiman yang nampak lega terserempak dengannya.
“Fiza tolong abang jap?”
“Tolong apa?”
“Ikut abang kejap!” Tak sempat Fiza berkata apa lagi tangannya sudah di tarik Jiman ke bilik BDP.
“Abang Man, kenapa ni!” Fiza baru hendak memberontak apabila ditarik masuk ke dalam bilik BDP. Kemudian matanya terpandang pada Ramadhan yang sedang duduk bersebelahan Azzah yang sedang terbaring tak sedarkan diri. Agak lama dia terkaku sebelum dia terperasan darah yang mewarnai surat khabar yang di pegang Ramadhan dan tompok-tompok darah yang menitis pada baju kurung biru Azzah.
Ramadhan sendiri terkejut melihat Jiman merempuh masuk dengan Fiza yang meronta di tangannya. Terpana sebentar dia melihat tangan Fiza yang putih bersih di sulam tangan Jiman yang berkulit agak gelap itu. Pandangannya kemudian terlalih pada wajah Fiza. Dalam masa beberapa saat itu tiga expression muka yang berlainan terpampang pada wajah Fiza. Dari marah, menjadi bertambah marah dan kemudiannya satu expression yang tak boleh ditafsir Ramadhan.
“Ramadhan! Tangan awak! Tangan awak berdarah!”
Kedua-dua lelaki dalam bilik itu kaku tidak tahu hendak buat apa. Ramadhan teringat pasal tangannya yang luka. Dia baru perasan darah dari tangan yang memegang paper tadi masih menitis. Membasahi paper itu dan juga baju kurung Azzah.
Agak kasar Fiza menarik tangan Ramadhan untuk di teliti. Luka tadi nampak kurang berdarah tetapi semakin jelas kelihatan isi di bawah kulit yang terbuka. Sangka Ramadhan dan Jiman, Fiza pun akan pengsan jugak bila dia melihat luka itu tetapi perempuan itu langsung tak nampak takut atau ngeri melihatnya.
Fiza berlari ke dalam bilik mesyuarat kemudian datang semula dengan First Aid kit. Dikeluarkan bandage dari kotak First Aid dan di uraikan lipatan bandage. Ramadhan dan Jiman hanya mampu melihat Fiza dengan cermatnya membalut telapak tangan Ramadhan. Beberapa kali dahi Ramadhan berkerut dan setiap kali itulah Fiza memperlahankan tindakannya dan bertanya, “sakit?” Sambil memandang reaksi Ramadhan.
Sesudah selesai, Ramadhan bersuara. “Awak tu… bukan mahram saya.”
Perlahan-lahan Fiza melepaskan pegangan tangannya. Kalau boleh memang dia tak mahu melepaskan. Kalau boleh dia mahu pegang tangan itu sampai luka itu hilang. “Habis kalau saya tak balut sapa nak balut?”
Terasa di sudut hati Jiman yang kehadirannya seolah tak disedari.
“Ada baiknya awak jaga Azzah tu.”
Fiza mengalih pandangan pada Azzah yang masih terbungkam. “Dia pengsan sebab tengok darah ke?”
Kedua-dua lelaki di situ mengangguk.
“Macam mana Ramadhan boleh luka ni?” Pandangannya di tujukan pada Jiman bukan Ramadhan. Seolah-olah Jiman pulak yang bertanggungjawab atas luka Ramadhan.
“Kitorang accident sikit tadi. Tangan dia terkena pasu bunga pecah…”
“Pasu bunga…?” Bagi Fiza jawapan itu benar-benar tak masuk akal. Pada logiknya ada rahsia yang sedang di sembunyikan. Mungkin abang Jiman tipu sebab nak cover Ramadhan buat apa-apa salah..?
“Kenapa abang Ruzaiman tak jaga Ramadhan?!”
‘Ah… Sudah! Kenapa aku pulak kena jaga dia??’
“Dia bukan budak kecik nak kena jaga-jaga ni…” Jiman menyindir. Malangnya bukan Fiza yang terasa, tetapi Ramadhan pulak yang terkena tempias sindiran itu.
“Kenapa,” celah Ramadhan sebelum Fiza sempat menyambung leterannya, “panggil Ruzaiman, ‘abang’… Tapi saya, Fiza panggil ‘Ramadhan’ saja?”
Kedua lelaki di situ melihat wajah Fiza diserbu warna merah. “Sukahati saya la… Kenapa Ramadhan nak jealous pulak kat abang Ruzaiman?”
“Kenapa..? Tak rasa saya ni senior awak ke?”
Azzah sedar dari ‘tidur’nya setelah telinga dicucuk-cucuk dengan bunyi bising berkali-kali. Mulanya dia agak keliru dengan persekitarannya tetapi lama-kelamaan segala-galanya mula di fahami. Fiza suruh dia ambilkan buku laporan mesyuarat yang tertinggal di bilik BDP dan dia terserempak dengan ‘benda merah’ itu lalu dia pengsan. Sekarang dia rasa ragu-ragu untuk bangun dari tidurnya apabila telinganya menangkap kata-kata dari Ramadhan. Sengaja dibiarkan matanya kekal tertutup. Benda yang lebih menarik mungkin menyusul dari ‘pergaduhan’ Ramadhan dan Fiza.
“Senior apanya? Ramadhan tua dari saya setahun saja!”
Ramadhan sendiri terkejut melihat baran dalam kata-kata Fiza. Apakah Fiza masih marah pasal debate tadi?’
“Habis Jiman tu bukan setahun je tua dari awak?”
“Dia lain! Dia pandai respect orang. Dia tak sombong macam orang tu!” Bidas Fiza.
Jiman sikit pun tak terasa suka biarpun namanya dinaik-naikkan. Baginya, namanya boleh diganti Fiza dengan nama sapa-sapa saja. Pergaduhan ini tak berkaitan dengannya. Pergaduhan itu diantara Fiza dan Ramadhan. Jiman alihkan pandangan dari Fiza mahupun Ramadhan dan dia perasan akan satu perkara aneh. Mata Azzah sedang terkebil-kebil!
“Azzah dah sedar?”
Kedua-dua Ramadhan dan Fiza mengalih perhatian serentak pada Azzah yang sedang mengangkat kelopak matanya sambil tersengih-sengih.
“Azzah ok ke? Nak pergi hospital ke?” Fiza bersuara.
“He… Takde la. Azzah tak apa-apa. Sambung la apa yang Fiza dengan abang Ramadhan bincang tadi…”
Fiza menoleh pada Ramadhan dengan wajah masam. Walaupun dia berniat hendak melepaskan dendam marahnya tadi tapi terpandangkan balutan yang dia sendiri buat pada tangan Ramadhan, Fiza batalkan niatnya.
“Tengok. Azzah pun pandai respect saya sebagai senior.”
Kata-kata itu bagai halilintar yang menyambar dahan kayu kering. Sekelip mata hati Fiza sudah terbakar!
“Abang Man! Abang Man bawak dia ni, mamat berlagak ni pergi klinik nanti!” Ekor mata Fiza diisyaratkan pada Ramadhan yang turut terkesima. “Nak harap orang degil macam dia pergi sendiri, tahun depan pun belum tentu dia mau. Jom Azzah, balik!”
Azzah terpinga-pinga memandang wajah Fiza yang merah.
“Jom balik!” Tangan Azzah direntap Fiza tanpa belas kasihan.
Ramadhan dan Jiman hanya mampu memandang.
“Kali ni ko dah buat masaalah yang betul-betul besar, Ram…” Bisik Jiman apabila pandangan mereka bertembung.
Aoi no Meia- Page 1 “Si Mata Biru”
[WARNING:  This story is NOT for those who love Happy Endings]
Aoi No Meia- Si Mata Biru
Jam Rosak
Tak berkelip mata kanan Zik di depan kanta. Mulutnya ternganga apabila jauh di seberang sana, tangan kecil Fiza yang putih melepak itu menyeka helaian rambut yang menutup dahinya dengan penuh kelembutan. Dahinya yang luas licin bersih. Mata birunya yang tajam di payung kening hitam bersabit. Entah buat kali keberapa Zik jatuh cinta. Fiza walau hanya bert-shirt merah tua Maktab, tapi memang tak pernah berkurang cantiknya di mata Zik. Bert-shirt mahupun berbaju kurung. Pagi, tengahari, petang, mahupun malam.
“Woi!”
Zikri hampir terlompat dek kerana terkejut tetapi dia tidak dapat toleh kepala kerana belakang tengkuknya telah dicengkam kuat satu tangan kasar. ‘Ustaz! Habis la aku!’
Otak Zik ligat memikirkan alasan nak dibuat. ‘Nak tengok anak bulan? Gila! Baru bulan Muharram! Nak tengok burung? Burung apa tengah-tengah malam ni? Tengok bintang? Boleh la kot? Tapi apsal ‘tala’* kat bawah. Kat asrama perempuan. Tak kat atas??’
[*tala= tuju*]
Berpeluh Zikri memikirkan alasan yang masuk akal. “Ustaz… Saya cuma tengok- “
“Ustad?!!”
Tangan yang mencengkam tadi melonggar. Surut darah Zikri apabila dia berpaling ke belakang.
“Hang ingat aku Ustad?!” Berderai gelak Ramadhan memenuhi bilik.
“Macam mana hang masuk bilik aku?” Niat nak marah Zikri hilang bila melihatkan wajah suka Ramadhan. Bukan selalu dapat ditengoknya. Selalu muka yang sama tu  hanya reti wat expressi ‘serius’.
“Dah hang tak kunci…”
“La… Ingat aku dah kunci.”
“Hang ni nama saja biro displin pelajar. Mengintai awek ja kerja!”
“Mana ada mengintai. Aku ‘ter’tengok je,” Zik tersengih-sengih.
“Hang tengok sapa?” Ramadhan menjeling pada teropong lanun yang masih tersadai di tepi tingkap *nako.
[*tingkap kaca yang berlapis-lapis]
“Woi, hang tak boleh tengok!”
“*Awat pulak?”
[*kenapa]
“Aku ni ahli BDP je. Hang tu PRESIDEN BDP. Mana boleh buat jahat!”
“Ni la yang aku kena check apa hang buat ni. Nak kena tau jugak sapa yang hang pilih dok buat onar.”
Mulanya Zikri agak risau apabila Ramadhan mendekati teropongnya tapi kemudian fikirannya berubah.
“Ada sorang je student yang selalu study kat bilik study tu waktu malam time-time ni. Aku tengok buah hati ko le…”
“Buah hati? Bila masa aku ada buah hati…?”
Zik tak perlu menjawab kerana mata Ramadhan sudah pun di lekapkan pada kanta mata teleskop itu.
“Fiza…?”
Zikri sudah pun tersengih ubi apabila Ramadhan mengangkat matanya dari teleskop. “Hang gila ka? Nak mengintai pun setiausaha BDP!”
“Mana ada gila…”
“Gila la ni. Kantoi kang macam mana? Apa aku nak cakap bila anak buah aku mengintai setiausaha aku?”
“He… Cakap je la aku tengok bintang beb… He…”
“Tengok bintang hapa gini..! Abis yang hang kata dia buah hati aku apasai plak? Nak kena lempang kalau dia dengaq?”
Sengih Zikri bertukar jadi senyum. “Hang ni nak kata bangang, pandai. Presiden BDP lak tu…”
Ramadhan mengepalkan penumbuk sambil tersengih. “Sapa yang bangang? Hm…?”
Zikri ketawa lantang. “Minah tu dari dulu lg syok kat hang. Tak kan hang tak tau?”
“SYOK?” Giliran Ramadhan pulak ketawa. “Lawak, lawak!!”
“Apa yang lawaknya?”
“Hang nak dengaq cerita tak?”
“Lama tak…?”
“Awat?”
“Lama, aku nak amik bantai. Conform lena punya..”
“Pala hotak* hang! Dok diam aku nak cerita. Ni pasal first time aku jumpa dia…”
[*kepala dan otak]
“Wa… Best ni… Sambung2…”
“Well… Masa tu aku tengah tingkatan tiga. Dia tingkatan dua. Macam hang jugak. Aku nak balik asrama lepas keluar outing dengan ‘L’. Hang kenal ‘L’ kan?”
“Senior yg pindah sekolah lepas tingkatan 3 tu kan?”
“Ha. Dia tu roomate aku dulu.”
“Lepas tu?”
“Lepas tu… Masa keluaq tu hujan turun. Aku ntah macam mana terperangkap kat bus stand sorang2.”
“Mana L?”
“Dia balik kg. Kira macam aku pi hantaq dia balik kg la. Pastu masa nak balik tu jam aku rosak. Kena hujan.
“Hei, kena hujan skit pun rosak? Komannya*.”
[*ni klo tak tau, cari sendiri daa...]
“Hang ni banyak betui menyampuk. Dah nak rosak nak wat macam mana!”
“Ha..ok, ok. Pastu ko jumpak dia le?”
Sabaq la! Pastu tiba-tiba datang la minah ni dengan mbr dia sorang. Aku memang kenal dia. Sapa tak kenal dia kat sekolah kita kan?
Zikri mengangguk sambil menggaru dagu.
Masa tu aku macam hang la. Terpegun gak bila tengok dia close-up. Putih melepak. Nasib baik bukan taste aku.
Bukan taste hang? Hang nak macam mana lg? Nak cari minah saleh ka?
Takde la gitu. Dia tu mata kaler biru, tapi sepet macam amoi je. Bibiq* kecik. Aku suka yang mata bulat, kening lebat… Baru cute.
[*bibir (di baca ‘bi-bi-yaq')]
He… Mengada betul hang ni.
Okla balik kat cerita. Aku still terpegun jugak. Pandang tepat muka dia dengan dia memandang tepat kat aku balik. Tapi lepas tu dia wat muka masam. Terus hilang mood aku nak tengok.
Tapi hang tengok jugak?
Ramadhan tak menjawab. “Aku pi dekat. Tanya jam pukul berapa.”
Dia jwb apa?
“Dia jawab, jam sendiri ada, tengok la jam sendiri. Aku hangin la jgk. Tak respect senior betui minah ni. Baru tingkatan dua dah nak berlagak. Lepas tu aku jwb balik. Kalau jam saya bergerak saya pun tak de keje nak cakap dengan orang yang sopan-santun macam awak.” Sambil aku angkat tangan tunjuk jarum jam kat dia.
“Apa lagi, terdiam dia. Pastu dia cakap slow je…mcm bisik. Pukul 4.30 dia kata. Pastu aku wat bodo je dok kat situ sebelah dia. Aku tengok dia pun gabra jgk sebab aku dok dekat dengan dia. Saja aku tak nak berganjak. Mbr dia seorang lg tu, lagi la gabra. Lepas tak sampai 30 minit, mai bas, kitorang naik tak cakap banyak.”
“Pastu?”
“Pastu habis la!”
“La macam tu je? Klasik la pulak cara ko ngorat dia. Tanya jam.”
“Bila masa aku ngorat… Aku memang nak tau pukui berapa. Takut warden tahan. Tapi dia tu memang sombong dengan laki. Mentang-mentang dia lawa.”
“Dulu je la… La ni, dia dah ok ape? Sejak dia jadi setiausaha BDP. Lg pun aku tengok dia rapat je dengan hang.”
“Memang la rapat. Aku paksa dia buat kerja macam-macam. Kerja payah-payah semua aku reserve kat dia. Tak tau buat kena le dia mai cari aku. Padan muka dia.”
“Kejam betui hang ni. Patut la aku tengok dia selalu sibok kat bilik meeting sblm meeting. Kadang-kadang dua tiga jam lepas meeting pun aku tengok dia dok menaip lagi.”
“Kejam? Dah keje dia sebagai setiausaha.”
“Ye la. Kasi le separuh kat Mat Napes ke. Dia kan naib ko. Tak de lak aku tengok dia sibuk.”
Ramadhan tarik nafas sblm menjawab. Melepaskan penat berbalah dengan Zikri.
“Ok la gini. Aku bukan anti dia. Tapi kau kena akui yang dia dipilih sebab rupa lebih dari sebab kelayakan. Aku kenal perangai Mat Napes tu. Kalau la aku ni batch korang dan aku la yang duduk tempat Mat Napes tu… Memang aku tak pilih punya Fiza. Aku amik Zila ke, Azzah ke. Tapi skarang dah memandangkan dia yang dipilih, aku kasi dia peluang untuk tunjukkan yang dia juga layak. Bukan sekadar letak nama je.”
(Presiden BDP adalah salah sorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan tak akan letak jawatan sehingga separuh penggal)
“So skarang ni? Pass ke tak quality check ko tu?”
“Quality check? He, he… Jangan le panggil macam tu. Stakat ni… Boleh la…”
“Ha! Kan aku dah kata dia tu bagus.”
“Ko ni mentang-mentang dah minat, semua benda pasal dia ko puji. Korang patut wujudkan FIZA FAN CLUB. Ajak si Mat Napes tu sekali.”
‘Tajam betul ayat dia…’ Zikri tersenyum kelat.
Kain Pink
Ramadhan baru nak buka buku Fizik apabila hujung matanya tertangkap kelibat orang duduk di depannya. Nurul Hafiza sedang memandangnya, tersenyum separuh hati. Takut-takut.
“Sibuk ke?” Tanya Fiza perlahan.
“Awat? Pasai report bln ni ka?”
Lama baru Fiza mengeleng. “Bukan. Personal skit. Saya tak tau ni masuk dalam kategori kerja BDP atau masaalah personal.”
Ramadhan mengerutkan dahi. Pelik bunyinya. “Kenapa?”
“Macam ni… Fiza rasa ada orang selalu intai Fiza.” Nurul Hafiza melihat wajah Ramadhan menjadi lebih serius dari biasa. Entah kenapa ini membuatkan risaunya tadi surut sedepa.
“Intai macam mana…?” Ramadhan berdehem, “…intai masa mandi ke?”
Sementelah wajah Fiza merah. “Bukan!” Pandangan Fiza jatuh ke tangan yang tergenggam. Tak sanggup bertembung dengan mata Ramadhan. “Masa study kat bilik study. Fiza rasa macam ada orang intai dari blok F.”
Ramadhan menggaru dagu berfikir. “Macam mana pulak Fiza tahu..er..macam mana Fiza boleh perasan?”
“Sebab Fiza perasan macam ada benda berkilau kat tingkap blok F. Dah banyak kali dah. Takut jgk kalau Fiza perasan je kan tapi kalau Fiza tengok waktu-waktu lain tak de pulak. Masa Fiza study je nampak.”
“Tingkap bilik study tu tak boleh tutup ke?”
“Boleh tutup separuh je. Dah berkarat. Dah la situ takde langsir.”
“Nanti saya check. Jangan sebar kat orang lain dulu. Buat sementara ni tutup le tingkap tu dengan cadar ke…dgn apa yang patut.”
Fiza angguk macam sorang anak kecil yang mendengar arahan ayahnya.
“Ramadhan…” Fiza cuba mengatur ayat tetapi lidahnya mati di situ.
“Saya akan check.”
“Ramadhan..” Sekali lagi Fiza cuba menghabiskan ayat itu tapi tak berjaya.
“Tak pe. Saya dapat budak tu saya sembelih dia buat tom yam. Ok?”
Fiza tertawa. Kemudian dia mengeleng cepat. “Tak payah la…jgn la buat apa-apa kat dia. Kesian dia.”
Serius pulak bunyi permintaan itu. ‘Sejak bila dia jadi baik hati ni?’
Walaupun Fiza terasa dadanya lebih lapang, tetapi hatinya masih serba serbi gundah kerana tak dapat mendengar yang dihajati.
“Woi. Ko kena stop la operasi covert ko tu…”
Zikri menutup pintu dan menguncinya di belakang.
“Memang dah pun. Diorang letak langsir ke apa ntah, kaler pink kat situ. Pelik betul.”
“Fiza yang letak. Aku suruh.”
Tersentak Zikri. “Dia tau ke?” Pucat mukanya yang sememangnya berkulit cerah.
“Dia tahu…” Kata Ramadhan, memandang tepat pada Zikri, “tapi dia tak tau sapa. Nasihat aku, kalau ko nak grad dari sini dengan rekod jenayah yang ‘cemerlang-gemilang’ teruskan la!”
Gelabah Zikri masih tak surut. “Ko tak kan kantoikan aku kan?”
Ramadhan diam. Agak lama Ramadhan  diam dan setiap saat yang berlalu membuatkan Zikri terasa semakin dekat dengan bilik Ayahanda Pengetua. Bila Ramadhan geleng barulah Zikri terasa jantungnya sambung berdenyut kembali.
RH Chapter I (Rizal) Page 5 “Operasi Menyelamat”
11:00:47 PM
Isnin, 2 Februari 2004
Kelas pertama dan satu-satunya subjek sem 7 untuk hari Isnin adalah kelas ‘Environmental Science’. Kepunyaan Prof Najwa. Seperti biasa kelas-kelas teori memang memerlukan kekuatan sejati dan keteguhan hati seorang pahlawan untuk mengharunginya. Kalau tidak gerenti ‘putus leher’, terkulai di tengah-tengah kuliah. Selamatlah kau belayar ke alam lain.
Biasanya bagi kami ‘chemical engineers-to-be’ ni, subjek yang paling MENGGERUNKAN adalah subjek teori yang tidak berteraskan pengiraan dan konsep engineering seperti subjek ni. Nasib bagi kami, Prof Najwa adalah sorang yang sangat memahami sifat ‘bakal-bakal Ir’ ni (insya-Allah) dan jarang menanyakan soalan-soalan test atau exam bersifat hafalan.
Selepas 120 minit perjuangan menentang rasa mengantuk, kami di bebaskan ke alam nyata. Seperti biasa juga, dengar sahaja perkataan ‘kita jumpa lagi minggu depan’ dari mulut Prof Najwa, semua mata-mata kuyu terbuka luas. Masing-masing tersengih melihatkan gelagat sesama sendiri.
Orang pertama bercakap dengan aku selepas itu adalah Syidah. Syidah dengan tudung labuhnya berwarna hijau cair dan fail bimbit warna putih yang sangat aku kenal.
“Saya rasa kita tak berkenalan lagi lah..” mula Syidah, sambil memandang aku lain macam. Aku dah dapat agak arah tuju ayatnya.
“Hm…” Aku kerutkan kening buat-buat tak faham. “Dah tiga tahun kita kawan, tak kan tak tau lagi nama saya?”
“Itu la masaalah nya.. Selama ni saya hafal nama awak sebagai ‘Rizal Hafizuddin Hj Zakaria’…”
Hehehehe…
“Tak tau pulak silap! Rupa-rupanya Rizal ‘Amenda’ Khan ntah.”
“Hehehe…”
Syidah geleng kepala… “Tak baik la kau tipu budak tu. Kalau ye pun nak ngorat dia tak yah la tipu dia gitu. Kawan tu percaya bulat-bulat cakap kau!”
“Aku bukan ngorat dia la… Aku saja nak kenakan kau. Nak tengok kau sebijak yang dikatakan ke tidak.”
“Setakat menda tu tak payah aku, budak tadika pun reti pikir… Bila kau nak ajar aku wat assignment QC ni? Haritu janji.”
Aku baru nak balas soalan itu bila tetiba handphone murah aku mula meraung melalak lagu tema GTO, ‘Poison’. Lupa ‘silent’ kan rupanya! Bahaya betul, mujur tak di tengah-tengah kelas tadi..!
“Tengok, awek dah call!” usik Syidah.
“Tak la. Mesej…” aku ‘unlock phone’ dan tekan ‘read message’. Alamak. Serius semacam bunyi mesejnya!
“Syida, aku de hal la. Nanti kita set la bila-bila nak study okay..”
Tanpa tunggu Syidah angguk aku terus meluru ke arah Syahrul yang sedang bersembang dengan Mad dan Joe. “Syahrul ikut aku jap?” Syahrul angguk. Joe dengan Mad cuma sempat membebel apa ntah aku tak dengar.
“Apsal Jal?” tanya Syahrul semasa dia terkejar mengikut aku turun tangga. Aku pass handphone dengan message tadi masih lagi atas skrin. Mendadak dia turun tangga, mendahului aku di depan!
Di tingkat bawah, belakang bilik Bilik Tutorial 12 aku dan Syahrul ternampak 3 kelibat pelajar perempuan melutut di tepi parit. Tiga-tiga junior aku tu nampak tenang jer? Sesampainya di situ kami yang termengah-mengah hampir-hampir tidak dapat brek dan skit lagi nak terjatuh dalam parit.
Ayat pertama di keluarkan Syahrul adalah, “Ira tak apa-apa??”
Aku yang masih semput kehairanan melihat keadaan yang berlaku dan reaksi Syahrul tadi. Ira menggeleng nampak tercengang. Bagus, bukan aku sorang yang tak faham.
“Kenapa hantar message macam tu sekali??” soal Syahrul dengan ekspressi yang tak pernah aku nampak selama aku kenal dia. Marah..? Bukan! Risau, ternyata dia sangat risau!
Handphone dirampas dari tangan aku dan di sua untuk tatapan Fatin Syahira.
“[Sender: Fatin]- Rizal dok tgkt3 kan? blh tlg trun kat blkg bt12 skrg jgk x??ni soal hdp mati!! Ada accident skit! PLZZ!!”
“Bu-bukan saya yang taip bang,” aku tengok tangan Fatin yang memegang handphone aku tu sikit bergetar. Fatin berpaling ke arah dua orang perempuan di sebelahnya. Mek Na dan Azlin.
“Saya yang taip bang Syahrul…” ngaku si Azlin sambil tersengih-sengih takut. Seberani-berani Azlin, takut jugak dia.
“Nape korang buat lawak macam ni. Mujur tak abang Syahrul kau ni jatuh tangga tadi…” Aku mencelah melihat Syahrul terdiam. Membongkok menongkat lutut. Barangkali baru merasa lelah berlari tadi.
“S-ssorry bang. Saya gurau je. Lagi pun saya send kat Rizal, bukan abang Syahrul…”
“Ooo… kalau saya yang mati jatuh tangga tadi takpe la…?” Panas pulak hatiku. Kali itu tak dapat aku tahan dari terkeluar. Silap Azlin ni sendiri wat lawak-lawak macam ni.
“Tak de la maksud gitu bang. Saya melawak jer. Sorryyyy…”
“So takde apa-apa la korang hantar message ni?”
“Err sebenarnya ada…” celah Mek Na yang terdiam dari tadi. “Saya yang suruh Azlin hantar message tu sebenarnya. Nak mintak tolong Rizal.”
“Nak buat apa?”
Fatin Syahira pulak mencelah. “Nak Rizal selamatkan tu…”
Ketiga-tiga budak perempuan di depan aku mengisyaratkan ke dalam parit. Aku dan Syahrul memanjangkan leher mengintai ke dalam parit yang agak dalam tu. Satu wajah comot memandang kami berdua.
Aku dan Syahrul bermain mata. ‘Kau turun’ aku isyarat.
‘KAU la turun!’, ‘bantah’ Syahrul.
‘Tadi kau yang ia-ia	 sangat nak selamatkan orang’, ‘balasku’ dengan kerutan dahi.
Kerut dahi, sepet mata, ketap gigi. Sudah! Apa yang dia kata ni??
“Lawan tikam, sapa kalah turun!” kata Syahrul memecah kesunyian.
“Set, aku setuju!”
Sapa yang kalah? Tak yah tanya la. Walaupun aku sangat -sangat sukakan kucing, aktiviti menyelamat tu aku buat dengan paksa rela. Habis baju kesayangan aku. Tak kena airnya pun, kena baunya. Nasib baik air dalam longkang tu sikit saja, anak kucing tu pun basah sikit-sikit jer. Kaki, ekor dan hujung mulut. Hei la kucing… nasib baik ko comel! Dan Fatin Syahira yang pakai baju colour merah tu pun comel harini!
Azlin menghulurkan sapu tangan dan Fatin Syahira mengelap kering anak kucing tu. Aku tak tau kenapa tapi pemandangan tu cukup istimewa bagi aku. Gaya Fatin Syahira mengusap kucing itu penuh kelembutan. Memeriksa telinga, mata dan hidung kucing tu dengan cermat. Menggaru-garu leher kucing tu. Mengusap kepala dia… Penuh kelembutan. Sampai aku rasa macam aku pulak yang diusapnya!
“Kau dah jadi hero harini Jal,” kata Syahrul mengosok-gosok belakangku.
“Banyaklah kau… Mentang-mentang aku yang kena turun!” Syahrul ketawa. Azlin dan Mek Na tersenyum. Fatin Syahira terlalu leka mengusap kucingnya untuk dengar. Ayunya perempuan ni…
“Aku teringat satu cerita pasal kucing ni,” kataku membuatkan semua mata memadangku. “Cerita ni masa kat matrix (matrikulasi) dulu. Masa tu, ada sekor kucing jantan ni…yang memang hotai (ganas) gile. Semua kucing jantan kat kolej tu takut kat dia.”
“Besar ke dia?” tanya si Mek Na.
“Besar tu takde la sampai besar SINGA tu, tapi BESAR gak la!”
Berderai tawa budak-budak perempuan tu. Heran betul, aku tak buat lawak pun diorang gelak. Kekadang aku buat lawak tak nak pulak diorang gelak. Inilah misteri yang tak habis terungkai dek otak aku- perempuan.
“Pastu? Berangan plak mamat ni!” bidas Syahrul. Cis, mencari peluang nak kenakan aku le tu.
“Kucing ni siap ada parut kat atas kepala dia. Macam lanun. Agaknya sebab tu la kucing-kucing lain respect dia. Parut tu makcik kantin yang kasi, masa dia try nak curi ikan. So, kucing ni memang fobia dengan satu benda…”
“Apa dia?” tanya Mek Na.
“Apa la kau ni. Dah tentu la kat makcik kantin tu!” sampuk Azlin.
“Takk.. Bukan makcik kantin jer. Dia fobia dengan orang. Semua orang. Kecik, besar, tua, muda, budak-budak. Semua dia takut!
“Dia selalu ronda-ronda blok kitorang. Cari-cari makan kat dalam tong sampah.
“Kira ‘Jalan-jalan Cari Makan’ la ni?” Azlin nyampuk.
“Hm.. Tapi versi kucing.” Layan je la lawak ‘bijak’ dia. “Masa meronda tu, kucing tu akan berhenti dari semasa ke semasa, check kalau-kalau ada orang tengok dia. Macam spy tengah mengintip.
“Kalau orang tengok dia, dia tengok orang tu balik. Sampai orang tu blah baru dia jalan balik. Kalau orang yang main mata dengan dia tu sergah, alamat berterabur la dia lari! Kadang-kadang sampai langgar tong sampah, berterabur habis!! La… apsal gelak ni! Saya citer betul ni!”
“Tak de la,” kata Fatin Syahira menekup mulutnya dengan tapak tangan. “Muka awak tu! Kelakar!!”
Aku toleh ke Syahrul yang turut tersengih. “Ntah. Dah macam kucing aku tengok!”
Ceh. Potong stim tul.
“Pastu, Rizal?”
Nasib baik Fatin cepat tanya…hehe..
“Ada sekali tu member saya ni nampak kucing tu tengah makan sisa nasi bungkus tepi tong sampah ni… member saya ni jalan slow-slow pergi kat dia. Kucing tu tak perasan. Member saya tu pergi slow-slow sampai betul-betul depan kucing tu. Kucing yang tengah makan tu bila angkat kepala je tengok ada orang betul-betul seinci depan dia, apa lagi! Melompat sampai dua kaki tinggi!! Berterabur lari!!”
Aku tak dengar perkataan apa pun dari sesape selama hampir sploh minit. Sepuloh minit tipu sangat agaknya tapi memang rasa macam dah tunggu selama setengah jam untuk diorang berhenti. Termasuklah si Syahrul tu.
“Udah le tu gelak…” Aku merayu. “Kita ada kelas pulak ni…”
“Kau buat perut aku sakit la Jal…” kata Syahrul menahan perut.
“Cerita betul ke Rizal?” Fatin Syahira pun bersusah-payah nak berhenti ketawanya. Dak perempuan lagi dua orang tu lagi la.. Terutama si Mek Na kaki gelak tu.
“Betul la…. Udah le gelak tu. Jom pegi kelas…”
Bosan tunggu budak-budak ni habis gelak. Baru nak reda, si Mek Na sebut ‘kucing’ je semua sambung balik ketawa.
“Dah la saya tunggu kat kelas.”
Kelam-kabut budak-budak tu bangun menahan saki-baki ketawa diorang. Syahrul pun tak habis-habis menahan perut dia macam tak tahan nak meletup.
“Abang jaga kitten ni dulu tau, Ira ada kelas.” Aku dengar Fatin cakap. Aku toleh tengok Syahrul dengan anak kucing tu di dalam tangan, merenung aku mintak belas kasihan. Hah, nasib kau la Syahrul!
Budak-budak perempuan tu berlari-lari anak melepasi aku. Cuma Fatin yang sanggup berjalan di sebelah aku yang sememangnya berjalan perlahan. Tangan kanannya menggenggam tangan kiri sambil jalan tertunduk.
“Thanks tau!”
Aku cuma terdiam dan….
Aku sampai ke bilik Syahrul kira-kira 10 malam dan mendapati Syahrul Rizal Ikram sudah pun khusyuk tidur. Biasanya aku yang mendahului Syahrul dalam bab yang satu ni. Harini dia menang. 10.07 minit. Rekod baru untuk dia. Hajat nak tau apa yang berlaku pada kucing tu pun terbantut. Ada baiknya aku pun tido awal harini memandangkan tak de ‘adik-adik’ yang datang mintak tunjuk ajar.
Kebiasaan aku sebelum tidur adalah ‘melalui’ kembali perjalanan satu hari hidup aku. Dari ‘start’ aku buka mata hingga aku tersadai di atas katil kembali. Harini satu benda yang paling menonjol dah tentu kata-kata ringkas ‘thanks tau’ Fatin Syahira pg tadi. Saat itu aku rasa aku berjalan di atas bunga, di hujani bunga, tetapi bunga yang menarik hati aku hanya yang berjalan di sebelah aku tu. Betapa mainan perasaan seorang lelaki bila bersama orang yang disukanya. Mungkin akhirnya aku rasa perasaan itu..
Segembira manapun, aku tetap ingat bahawa aku tak pernah diajar oleh sesiapa pun untuk mementingkan diri sendiri. Tidak Abah, tidak Kak Iza, abang Fitri atau sesiapa pun. Malah berkali-kali aku ditunjukkan bahawa kegembiraan hidup bukanlah dengan kesenangan diri sendiri tetapi pengorbanan untuk kebahagiaan orang di sekeliling kita.
Mungkin tiada orang perasan, tetapi aku sedar bagaimana perasaan hati lelaki member aku yang paling rapat dengan aku tu. Aku hampir-hampir pasti sayang yang satunya pada Fatin Syahira. Syahrul tidak seperti aku, beratus nama perempuan pernah hinggap di ingatan aku. Syahrul hanya satu-Fatin Syahira. Aku pasti, seumur hidup Syahrul, ini kali pertama seorang perempuan muncul di dalam hidupnya. Muncul lebih dari sebagai satu muka cantik.
Aku teringat ketegangan sedikit pada bawah pipi Syahrul semasa dia bertanya tentang Fatin petang tadi. Sesuatu yang hanya tampak apabila Syahrul terkilan. Sesuatu yang aku hanya pernah nampak sekali saja sebelum ni, ketika kelab Mendaki Gunung yang cuba dia tubuhkan di tolak HEP. Dan masa itu dia benar-benar kecewa!
Nampaknya dah tiba masa aku mengikut jejak orang-orang yang mengajar aku sehingga menjadi seperti hari ini dari seorang manusia tak punya apa- iaitu berkorban untuk orang lain. Aku akan pastikan Syahrul memiliki segala yang perlu untuk memenangi hati Fatin Syahira!
RH Chapter I (Rizal) Page 4 “Gedegang”
11:09:47 PM
Ahad, 1 Februari 2004
“Betul ke diorang dah survey gunung tu?”
Hampir tersedak si Syahrul aku siku. He he… silap timing pulak masa dia tengah dengan khusyuknya menghirup air.
“Astargfirullah….” mamat tu mengurut dada.
Aku tersengih menahan rasa nak ketawa.
“Agak-agaknya kalau masa ko nak minum air tu kejap lagi, aku kasi lutut kat perut kau macam citer ‘Ong Bak’ tu… best tak?” perli Syahrul sambil tersengih.
“Hahaha… Sorry boss!”
Syahrul ketawa. “Lain kali tanya sudah ler. Tak yah siku-siku. Ha, ko tanya apa tadi Jal?”
Inilah yang aku suka pasal Syahrul. Tak mudah marah dengan aku. Bertepatan sangat dengan perangai aku yang suka buat orang bengang ni. Hahaha…
“Aku tanya, diorang dah survey gunung tu ker?”
Semasa bertanyakan soalan itu, mata aku tertangkap bayang seseorang berjalan dari arah blok perempuan menuju ke arah public phone di belakang meja yang aku dan Syahrul duduk. Tetapi dia tak berhenti di situ. Dia berjalan terus ker ‘vendor machine’. Nak membeli ‘air  gedegang’ nampaknya. Ntah sapa yang cipta nama ‘air gedegang’ untuk air tin pun aku tak tau tapi memang itu panggilan yang popular untuk air tin.
“Aku tak sure la Jal. Dah kot, nanti aku tanya. Kat mana gunung Korbu tu hah?”
“Rasa-rasanya kat Negeri Sembilan…”
Aku jeling hujung mata memerhatikan awek tu. Bukan apa, aku nak tengok boleh ke tak dia dapat air tin tu. Baru pagi kelmarin (pukul 3.30 pagi, betul-betul punya pagi!) aku dan Joe cuba guna. Cuba punya cuba, punya cuba, hampir lima kali cuba baru boleh. Ada skill nak guna ‘mesin gedegang’ tu, bukan sembarangan.
“Tu kau tengah survey apa plak tu?”
Tajam betul mata mamat ni. Bukan sekali dua tapi dah berkali-kali aku perasan. Cepat betul dia tangkap niat tersembunyi aku.
“He he… Kau ni cepat tangkap jugak ek…”
“Dah lebih tiga tahun aku kawan dengan kau Jal… Kenal sangat. Kalau tak salah aku, kau nak pergi ‘beli’ air gedegang kan?”
Minah tu nampak merungut-rungut. Terkial-kial menekan butang-butang mesin ‘air gedegang’ tu.
“Hehehe… Pandai la kau ni. Aku nak gi tolong dia jap. Kau lepak jap, wokeh…”
“Aku pun rasa macam nak beli air gedegang jugak la..” tiba-tiba Syahrul tersenyum. Ikut bangun dari kerusi duduknya.
Hairan. Membuatkan aku terperasankan satu benda. Sejak kebelakangan ni memang Syahrul selalu memerhatikan aku. Terutama bila aku bercakap dengan perempuan. Hm… Kenapa aku tak perasan selama ni. Mungkin aku patut ‘turunkan ilmu’ pada mamat ni…
Lebih advance dari aku, Syahrul sudah pun berada berdekatan mesin ‘gedegang’. Berlakon seolah-olah menunggu giliran. Gaya berjalan dah ada. Gaya berdiri pun dah ada. Ada satu je yang dia kena baiki dulu. Tak pe, masa untuk itu akan sampai…
Minah tu aku tidak kenal, tetapi agak-agak aku junior semester 4. Kecik jer orangnya. Rupa? Boleh tahan. Putih, hidung kecik terletak comel jer. Mata dia, bak kata orang seni, buntang… Skala rating aku? Hm…Susah skit ni. Jika anda seorang yang sukakan awek cute and adorable, aku yakin anda boleh bagi 9. Jika anda suka matured type, setakat 7 tu boleh la. Jika anda sama type dengan aku, dapat la 7.9 kot. Type aku macam mane? Itu… rahsia!
Awek tu aku tengok, ber-t-shirt merah dan ber-track-suit hitam. Baru balik jogging kot. Pukul 10, track suit? Jogging? Tak logik la pulak.
“Dah habis guna?” Aku mula bicara.
Syahrul mula memerhati.
Hanya sekilas pandang ke arah aku, kemudian awek tu mula mengutip syilingnya dari tempat ‘collect change’ mesin tu. Segan dengan kami barangkali. “Mesin ni tak boleh guna la bang,” ngomel awek tu sebelum malu-malu beredar dari situ. Alahai…. cute nya!
“Dik! Dik!”
Awek tu hampir-hampir tak berhenti. Samada tak mahu berhenti atau memang tak dengar aku panggil.
“Ooo.. Cik Adikk!!” Awek tu berenti mengejut. Toleh arah aku. “Sini jap!” Ragu-ragu dia jalan balik arah aku.
Aku jeling ke Syahrul… Sedang memerhati. Dengan khusyuknya.
“Dik, bak sini syiling tu.”
Awek tu ragu-ragu gugurkan syiling ke dalam tapak tangan aku yang terbuka. Ish, muka aku ni jahat sangat ke? Tak kan dia ingat aku nak pegang tangan dia..
“Dik nak air per?”
Awek tu memandang aku sambil tertunduk-tunduk. Tak berani pandang tepat muka aku barangkali. Syahdu betul. Bagi aku, perempuan malu sebegini adalah ‘dimaafkan’. Aku tak maksudkan yang malunya tu satu kesalahan, tapi ye la, bila orang malu sebegitu rupa kita pun tak senang duduk. Adalah menjadi ‘tanggungjawab’-pada pandangan aku- untuk membuat dia tidak rasa bersalah dengan rasa malunya tu.
“Err… Air pe pe la, bang!”
“Jap…” Aku mencari-cari pada icon-icon air yang ada pada mesin gedegang tu… “Tak de la dik!”
Awek tu memandang tepat kat aku dengan mata terbuka luas.
“Apa yang tak de?” Betul-betul terkejut nampaknya. Aku rasa nak tergelak. Tapi tak sesekali aku biarkan rasa tu terbayang kat wajah aku.
Check skit Syahrul. Dia tengah menggaru kepala.
“Air ‘ape-ape la’ tak de. Adik kena pilih air lain la…”
Awek tu ketawa. Perlahan jer bunyi dia. Di cover lagi mulut dengan tangan. Hampir-hampir tak dengar bunyinya.
Aku jeling lagi kat Syahrul… Sedang garu dagu, menggangguk skit. Tersengih!
Aku senyum sikit kat awek tu. Sekadar cukup dia tahu aku cuma bergurau. Maklumlah…muka aku bukan boleh serius sangat.
“Err… Vanilla Coke bang?”
“Jap ek…” aku mulakan ops membeli air ‘gedegang’ tu. “Krangg…” Berderet syiling jatuh kembali dari perut mesin tu…
‘Hampeh’ tul mesin ni. Time-time gini lak tak nak jadi. Awek tadi tergelak melihat nasib malang aku. Syahrul? Bukan main sakan lagi gelak! Kureng garam betul…
One more time…
“Tak pe la bang. Tak boleh tak pe..”
Masukkan syiling…tekan ‘button’ vanilla coke….dan….
“Gedegangg!” Lahirlah seketul air ‘gedegang’ dari perut ibunya.
Kedua-dua Syahrul dan awek tu menghampiri aku serentak. Tak percaya. Ceh! Ni yang aku hangin bila orang tak percayakan kebolehan aku.
“So… Tak de air untuk saya ke?” Aku pancing.
Awek tu tersengih menampakkan barisan gigi yang kecil. Mengingatkan aku pada sengihan adik aku sendiri. Fiza yang suka tersenyum dan tersengih.
“Nah, beli untuk abang Syahrul sekali ek!”
Aik. Tau plak nama Syahrul? RM 2.40 cukup-cukup jatuh ke tangan aku. “Ko nak air pe Rul?”
“Coke je la.”
Aku ambil Coke Vanilla awek tadi dari lubang kat bawah mesin gedegang tu dan letak kat atas mesin tu. Semasa aku nak masukkan syiling tu kedua-dua orang manusia di sebelah aku memanjangkan leher nak tengok bagaimana aku melakukannya. Hehehe… rasa macam Mc Guyver la pulak. Hero zaman kanak-kanak aku.
“Nak masukkan syiling tu kena kat bahagian hujung lubang dia, kat sebelah kanan ni. Klo tak dia tak ‘lekat’.” Syahrul dengan betul bendulnya mengangguk. Awek tu hanya ‘ternganga’.
“Err…satu lagi. Mulut juga harus di tutup untuk mengelakkan apa-apa yang tak patut masuk, masuk!”
Sedar aku maksudkan dia, awek tu merapatkan mulutnya dan tersenyum-senyum malu. Merah nampak muka dia.
“Pastu masa tekan button air tu, kuat sikit, lama sikit. Dalam tiga saat ok la…”
“Gedegangg!” Kali ni dapat ‘tangkapan’ coke plak.
“Macam tu ke…” aku dengar awek tu ngomel lagi. Perasan aku sedang memandangnya, dia terus tertunduk balik. Hehe..
“Gedeganggg!” Satu lagi bijik tin coke. Aku pass satu kat Syahrul dan pegang satu lagi.
“Ok la, abang balik dulu.”
Aku isyaratkan kat Syahrul. Syahrul hanya mengikut.
“Abang!”
Hehe… Bunyi yang aku tunggu-tunggu. Syahrul memandang aku tak faham. Napa agaknya awek tu panggil aku? Dia barangkali pikir. Hehehe… Aku berpatah balik ke arah minah tu. Hehehehe… kelakar nya aku tengok situasi itu. Seorang perempuan memandang aku dengan muka merah. Hendak mengapai air tin atas mesin tu tak sampai.
“Abang sengaja ek!” Marah betul nampaknya.
“Hehe… ‘TER’ lupa la dik. Aku capai air gedegang tu.
“Tak baik tau mainkan orang…” mencuka mukanya, ambil air dari tangan aku.
Aku tak ngendahkan kata-kata dia. “Nama siapa?”
“Saya?”
Hehehe….memang lawak awek ni.
“Tak kannnn saya tanya mesin air ni plak….” perli aku sambil menjeling mesin itu serius.
Muncung awek tu, memandang ke bawah. “Mira. Asmira.”
“Mira tolong sampaikan salam kat akak Syidah? Kenal?”
Mira angkat kepala memandang aku. Dahi berkerut.
“Kak Rasyidah? Course Chemical Process?”
“A’ah.”
“Nama bang?”
“Rizal Roslan Khan. Budak Process jugak.”
Awek didepan aku tu berfikir sebentar sebelum mengangguk. “Rizal Roslan Khan…Ok..” Awek tu mengangguk, bersetuju.
Syahrul menggeleng. Tak setuju.
RH Chapter I (Rizal) Page 3: “Kurang Ajar”
‘FIRST IMPRESSION’
Ketika itu Rizal Hafizuddin baru saja turun dari bas Express dari Kedah. Penatnya tak payah dibahaskan. Sementara Rizal menunggu Syahrul datang ambil dari kolej, Rizal capai senaskah The Star dan labuhkan punggung atas bangku-bangku sepi terminal one. Sungguhpun masa Rizal beli paper tu jam sudah kira-kira enam petang, tapi fikir Rizal tiada salahnya baca paper pagi tadi pun. Bukannya ‘basi’ kertas tu.
Ketika jarum jam sibuk berputar, Rizal terpandang akan seorang makcik tua berbangsa Cina. Jaraknya dalam beberapa meter dari bangku yang diduduki. Tersentuh Rizal akan gayanya. Memang nampak sungguh uzur. Dengan baju lusuh, rambut tak terurus… dia benar-benar tak sangka ada manusia sebegitu dhaif di Malaysia ni.
Tapi itulah hakikatnya, Rizal telah menyaksikan kedhaifan seorang wanita tua dengan matanya sendiri.
Sedikit sebanyak Rizal cuba mengelak dari kelihatan memerhati tapi matanya tergerak untuk mengekori gerak-geri makcik tersebut. Semakin lama semakin Rizal sayu. Maklumlah Rizal bukan berasal dari keluarga yang berada, walaupun keluarganya tak pernah pula melarat. Rizal juga tahu apa itu susahnya nak dapatkan sehelai baju baru. Untuk merasa makanan yang enak selain masakan mak.
Rizal perhatikan wanita tua itu mengeluarkan sekeping syiling entah dari mana. Barangkali dari kocek baju buruknya. Di tenung seketika dengan mata tuanya sebelum menghampiri seorang penjual minuman berdekatan. Syiling tadi kemudian di tunjuk-tunjukkan kepada penjual minuman itu, seorang lelaki dalam lingkungan tiga puluhan sementara mulutnya mengomel;
“Saya mau beli air…”
Tiba-tiba darah Rizal menyirap ke leher. Brader tu berlagak tidak faham. Buat-buat tidak dengar!
Betapa perasaan di hati Rizal Hafizuddin melihat seorang yang penampilannya saja sudah cukup mensayukan hati di hinakan sebegitu rupa. Mata makcik itu menyepet, tekaknya yang kendur berkedut, kelat meneguk air liur. Rizal duga dia ingin beralih dari situ tapi gelojak dahaga membawa ke cubaan seterusnya. Dengan denyutan jantung bertambah pantas sedikit, Rizal perhatikan gerak langkah lelaki kurang ajar itu. Apa reaksinya kali ni?
“Aku tak jual air sepuluh sen! Pergi…!”
Berdesing telinga Rizal. Kata-kata tu mungkin tak sekuat mana tapi cukup untuk membuat beberapa kepala berdekatan menoleh. Rizal terasa seolah kata-kata itu di tujukan kepada dirinya!
‘Apalah salahnya brader tu kasi free saja air kat makcik tu? Berapa sen sangat dia nak rugi?! Luak ke air dalam bekas tu?’
Fikiran demi fikiran terus menerjah dengan berlalunya setiap detik. Namun Rizal masih membatu. Agaknya dia manusia dayus, atau mungkin dia hanya seorang pengecut. Tapi yang pasti dia hanya terpacak bodoh saja di atas bangku umpama patung McDonald yang memerhatikan sandiwara senja itu. Makcik tua terkebil-kebil membawa diri. Pasti dia pun tahu apa itu rasa malu. ‘Kejamnya brader tu…’
“Bang, saya hendak beli air oren…”
Entah kenapa Rizal sedikit terpanggil mengecam suara itu. Manisnya gadis bertudung labuh biru muda ni. Entah bila masanya dia muncul dihadapan si penjual air. Manisnya bukan pada wajahnya saja, tetapi yang lebih trampil nyata adalah lemah lembut setiap gerakannya. Saat itu Rizal sedar itu bukan pandangan pertamanya. Cuma sebelum ini Rizal tidak pernah mengambil pusing. Dalam benaknya terlintas, ‘kalau awek ni tau macammana brader ni layan makcik tadi dah tentu dia pun tak beli air kat situ’.
Betapa silapnya Rizal. Dan betapa terharunya dia. Pada saat-saat berikutnya dia telah jatuh hati pada gadis bertudung labuh biru muda yang juga merupakan juniornya itu. Jatuh cinta apabila melihat gadis itu memberikan air yang dibelinya tadi pada seorang makcik tua yang memegang duit sepuluh sen…
11:09:47 PM
Rabu, 28 Januari 2004
Awal-awal pagi tadi ketika pergi ke kelas bersama-sama dengan Syahrul, kami tersempak dengan Fatin Syahira di blok kuliah. Katanya dia nak cancel ‘meeting’ pasal subject Thermo yang dia mintak haritu sebab dia dah tanya Madam Azizah pasal masalah haritu. Entahlah… Pagi tadi Fatin memang nampak agak kelam kabut. Gerak-geri dia membuatkan aku sedar bahawa dia bukanlah manusia sempurna rupanya… Heh!
Lepas saja Fatin Syahira berangkat terus aku angkat kening pada Shah sambil tersengih.
“Macam kerang busuk daa… apsal ko ni?” tanya Shah, buat-buat tak faham.
“Ko tak nak masuk line ker?” direct aku cakap. Tak faham lagi tak tau la.
“Apsal pulak aku. Kau macam rapat pulak dengan Ira tu…? siap ‘meeting2′ lak… apsal tak sebut ‘dating’ jer?”
“Ehhh. Aku? Bila masa aku pernah dating, ko cakap kat aku?”
Kerut dahi Shah pagi tadi agak lain. Jauh dalam hati aku dapat faham apa perasaan dia masa tu. Ye lah, dia pun manusia jugak, punya perasaan dan bla bla tu. Cuma lebihnya aku, aku ditakdirkan sekelas dengan Fatin Syahira. Tak salah lagi kalau aku katakan bahawa Shah jealous. Dia punya perasaan pada Fatin. ‘Confom!’
“Ko masuk jer line. Aku support ko. Confirm dapat punya Fatin tu!” sengaja aku provoke member aku tu. Secara jujurnya aku suka kalau Fatin Syahira dan Syahrul……Ehem. Ye ke?! Entah la. Pagi tadi memang aku rasa begitu. Pagi tadi aku tak rasa menyesal fikir sebegitu.
“Apsal kau panggil Ira tu Fatin? Pelik aku dengar.”
“Apsal tak boleh pulak…?” aku soal kembali.
Sebab apa…? Aku pun tak tau. Sebab best kot bunyinya. ‘Yang Indah, Cantik’ maksud dia kalau aku tak salah. Dah lama tinggal bahasa Arab dah berkarat rasanya. Lima tahun lepas bahasa Arab ni rasa macam air lalu di celah jari aku saja. Sekarang semuanya dah jadi ais ketul.
Masuk kelas, kami terus tutup topik tu. Hakikatnya perempuan bukanlah topik harian aku apatah lagi Syahrul. Kelas kuliah aku tak mencecah angka 20 orang pun. Dulu sem satu rasanya ada dekat-dekat 30 lebih, dah final year makin sikit pulak. Pergi mana habis tak payah di soalkanlah. Biasa la adat kat mana-mana universiti pun. Di sepanjang perjalanan ramai la yang hanyut dibawa arus. Manakala bagi kami yang ‘masih dapat berpaut pada life boat ni’, empat tahun bersama membuatkan kitorang memang rapat gila. Walaupun tak selalu sekepala.
Tengah-tengah khusyuk dengar lecture Prof Farhan, Mad- budak paling ‘sihat’ dalam kelas aku bisik kat aku, “Jal, kau dah siap tutorial?”
“Tutorial apa?” aku tanya.
“Eh, bukan tutorial, silap. Ni apa ni… Err… Assignment PMI… hantar hari ni kan?”
Tiba-tiba aku teringat pasal tiga hari lepas. Petang tu memang niat aku nak habiskan Plant Maintenance And Inspection (PMI) punya assignment. Sikit jer lagi. Discussion je lagi. Datang pulak si Azim ajak main basketball. Kesudahannya aku lupa terus. Ah, sudah!!
“Ko dah siap Mad?”
“Hantar dah pun… dia nak sebelum pukul 10:30. Lepas tu dia ada meeting, dia tak nak terima dah ko tau.”
Aku jeling jam tangan Mad. 8:25 pagi. Lepas je dengar cakap Mad terus fikiran aku tak boleh concerntrate langsung. Kesudahannya aku mintak kertas kosong kat Mad dan aku rangka-rangka discussion. Bukannya senang nak buat assignment maintenance. Terutama nak buat discussion. Kat situ lah letaknya 70% markah assignment.
Sehingga habis kelas Prof Farhan pun aku tak siap lagi. Aduh… kepala mula pening dah. Sebabnya lepas kelas Prof Farhan ada kelas Instrument dengan Prof Rasyid. Jarang aku ‘gabra’ macam tadi. Masuk saja kelas Prof Rasyid aku cepat-cepat ambil seat di belakang sebelah kanan class, di tepi Azim. Sempat jugak aku imbas student lain yang nampak macam menjeling-jeling kat aku tadi. Kel… Bd… Azlin… Nana… Mek Na… Dalam kelam-kabut tu aku terlupa pasal Fatin. Rasanya dia belum datang kelas lagi masa tu. Atau mungkin dia dah datang cuma aku yang tak perasan dia ada.
Hari ni memang hari malang aku agaknya. Prof Rasyid badmood, tapi aku tak perasan dek kerana sibuk buat kerja sendiri kat belakang kelas. Walaupun dalam gelap (sebab Prof Rasyid guna powerpoint jadi lampu dipadamkan), aku usahakan jugak paksa otak aku merangka ayat. Sudahlah aku tak biasa buat kerja dalam tekanan. Dalam gelap pulak tu.
Sedang khusyuk aku menulis saki baki discussion tu, Azim singgung siku aku. Aku cuma angkat sebelah mata pada dia dan aku nampak dia memuncungkan mulut ke arah kiri kelas. Bila aku toleh ke arah yang Azim maksudkan pandangan aku bertembung tepat dengan Fatin Syahira. Matanya membulat macam nak kasi tau sesuatu. ‘Apsal pulak ni?’ fikir otak aku.
Just when I thought things can’t get any worst…
“KTANGG!!”
Berderau darah dalam badan aku! Rupanya Prof lempar marker kat aku. Terkena besi kaki meja. Walaupun tak kena tepat kat aku tapi dah cukup buat aku pucat seluruh badan! Satu kelas diam sekejap. Sapa pun tak berani keluarkan perkataan. Bila Prof start je bersuara terus dia hentam aku. Berdesing telinga aku kena sembur bertalu-talu.
“Awak ingat awak “senior” awak boleh KURANG AJAR dengan saya ke?”
Itu adalah antara ayat yang paling aku ingat. Tajamnya perkataan “kurang ajar” tu…
Hm…. pukul 10 pagi, kelas Prof Rasyid tamat juga. Aku tarik nafas dalam-dalam kemudian bergerak ke library 200 meter dari situ. Allah saja yang tau perasaan aku ketika tu. Ye la 30% marks PMI bergantung pada assignment yang diberi sedangkan cuma ada 2 saja assignment PMI. Ertinya assignment ini bernilai 15%! 15% dari satu subjek! Kalau aku tak hantar hari ni jugak entah berapa markah kena tolak.  Aku cuba yakinkan hati bahawa aku boleh buat. Sedangkan hari tu aku pernah buat “record” siapkan tiga assignment (walaupun cuma assignment2 “kecil”) dalam masa sehari. Tak kan satu discussion pun aku tak boleh siapkan dalam masa 30 minit. Tinggal nak taip saja pun.
“Awak…” sayu suaranya. Bila masa Fatin Syahira berada disebelah aku, aku pun tak sedar.
“Nak saya ajar Thermo sekarang ke?” aku tanya tanpa memberhentikan tangan dari menaip. Tak sangka tangan aku ni cekap jugak menaip di masa-masa kecederaan ni. Selalu merangkak-rangkak je.
“Awak! Jangan la bergurau!”
Aku berhenti sekejap menaip. Terkejut jugak dengan kata-kata tu.
“Awak nak Ira tolong ke…?” suaranya kembali lembut. Sopan sekali.
“Tak pe la. Ni masaalah saya, bukan lelaki la kalau saya tak boleh handle masaalah kecik macam ni,” pantas aku sambung menaip sebelum dia offer skali lagi.
“Rizal kena hantar hari ni kan?”
Ragu-ragu aku jawab, “sebelum pukul sepuluh setengah…”
Dari hujung mata aku nampak Fatin tak puas hati. Aku cuma buat tak faham saja.
“Rizal kasi la Ira separuh, biar Ira taip.”
Aku geleng.
“Tak pun biar Ira baca Rizal taip…?”
Kebudak-budakkan pun ada bunyinya cadangannya tu. Tapi hati aku buat sekian kalinya tersentuh oleh perempuan ini.
“Fatin. Nanti orang sangka buruk dekat awak. Awak kena jaga nama awak. Tak pe saya boleh buat kerja saya sendiri.” Aku kenyit mata pada dia dan sambung menaip.
Aku risau kalau-kalau suara aku ada bergetar tadi. Habislah aku kalau dia dengar aku terharu. Buat seketika dunia menjadi sunyi selain bunyi taip keyboard aku. Aku sangka Fatin Syahira dah pergi tapi bila aku dongak ketepi, dia masih tercegat disitu.
“Suka hati awak lah!” katanya apabila pandangan kami bertembung. Kemudian dia berpaling meninggalkan aku. Barangkali dia sudah give up. Minah ni takde la sekeras hati yang diperkatakan.
“Fatin…”
Mendadak langkah Fatin Syahira termati.
“Pinjam pen  drive?” Tiba-tiba aku teringat yang aku tertinggal  pendrive kat bilik.
Dia berpatah balik dengan muka mencuka sambil menghulurkan sebuah pen drive kecil berwarna hijau dari failnya. Comel sungguh. Aku yang memerhati tak mampu elak dari tersenyum. “Rizal nak ubah fikiran…?” tanya Fatin semasa menghulurkan thumb drive.
Aku mengangguk perlahan kemudian menjawab sambil tersengih, “Tak!”
“Degil!”
Sepi suasana selepas Fatin Syahira pergi. Pagi-pagi begitu orang jarang berkunjung ke library. Dalam kesepian tu berjaya juga aku siapkan kerja yang tertangguh. Bila aku jeling ke jam di dinding, jarum menunding angka 10 dan 4. Sempat juga…
Betapa senangnya hati pabila beban diangkat dari bahu ini. Sampai sekarang pun perasaan BEST tu tak hilang lagi. Biarlah Prof Rasyid mengamuk sekali pun, yang penting assignment aku SETEL. Markah aku tak hilang sia-sia.
Habis hantar assignment aku terserempak pula dengan Azim. Dari jauh aku nampak junior aku yang sorang ni tersengih. “Rizal, tumpang motor kau. Motor aku rosak!”
“Ko datang naik ape?”
“Tumpang Kel… Wei, aku kesian kat ko tadi.”
“Apsal pulak. Biasa la tu Prof Rasyid. Dia memang garang.”
Prof Rasyid memang terkenal dengan anginnya. Itu semua orang tau. Tapi yang tak semua orang tau adalah akibatnya kalau diblacklist Prof Rashid. Tak mungkin ada harapan mendapat A untuk subjek dia. Mad kawanku yang paling bersifat pemberontak adalah ‘living proof’ nya. Sepandai-pandai Mad melompat, akhirnya bergolek juga. Macam nangka busuk daa.. Dia dapat C+ saja untuk subjek ni semester lepas.
Semuanya sebab Mad bantah satu assignment yang khabarnya agak melampau. Aku tak pasti assignment apa tapi sejak tu la suma budak course aku (kecuali aku yang drop subject dia) jadi ‘agak tak suka’ pada Prof Rasyid. Dan batch aku telah di blacklist oleh Prof Rasyid. Rasanya baru sekali Prof Rasyid marah dengan aku so tak mungkin aku sudah kena blacklist. Ada baiknya aku pergi jumpa dia personally dan mintak maaf nanti.
Aku baru nak amik selekoh ke arah hostel bila aku teringat something. Aku buat U-turn dan pecut ke arah Library.
“Kau nak ke mana plak Jal?”
“Tunggu kejap. Kejap je. Aku nak hantar something.”
Azim membebel apa ntah tapi aku tak berapa dengar. “Kau duduk la situ kejap! Jangan bawak motor aku pergi jual pulak!” Aku laung balik.
Masa aku keluar dari Library, mamat tu masih tercanguk atas motor dengan rupa ‘toya’ nya.
“Kau gi ngorat akak jaga kaunter tu ke?”
“Aku pegi pulangkan pendrive Fatin.”
“Aik?? Waa… Ini cara ngorat ko ye. Pinjam pendrive.”
Aku tersengih sambil hidupkan enjin. “Pinjam pendrive pun salah??”
“Ish… aku tak kata salahh.. Kau nak nombor dia tak, jangan jual mahal mat!”
“Dah ada pun.” Aku seluk hanset tayang kat Azim.
Y I lov U..
Cite x seberapa ni aku dpt idea dari besfren matrix aku dulu Azaizul Ahmad @Joe- manusia paling pandai bercerita pernah aku jumpak kat dunia ni… Joe, citer ni aku dedicate tuk kau!
Y I lov U..
Ramadhan Al-Fitri mengerut keningnya membaca inbox emailnya kali ini. Tajuk email yang diterimanya adalah agak aneh:
“y, i love u.”
Spam? Atau virus? Baru sahaja hendak menekan button delete, matanya tertangkap nama sendernya. Alamat emailnya pelik dan tidak pernah didengar sebelum ini-  rez700@yahoo.com, tetapi nama sendernya membuatkan mata Ramadhan membulat… Zaharah Binti Kamarul Zaman.
Nama inilah yang disebutnya ketika tangannya yang berpeluh dipegang kejap oleh Haji Kamarul Zaman di hadapan penonton-penonton yang kebanyakkannya tak pernah dilihat sebelum itu. Bergegar-gegar gengaman itu. Hatinya lega lafaznya kali itu lancar dan tepat, mendapat anggukan “Sah…! Sah…!” dari saksi. Tak perlu diulang kali keempat.
Entah apa yang dimimpi semalam hingga tiba-tiba hantar email? ‘Tak kan nak mintak tukar kereta lagi?’ Ramadhan tersenyum sumbing. Teringat dia dua, tiga bulan lepas isterinya menyebut2 pasal Peugeot 206. Kalau nak ikutkan gaji Zaharah sorang saja pun memang tak ada masaalah. Lebih dari cukup. Gaji isteri tak semestinya suami yang pegang tapi disebabkan dari mula kahwin lagi Zaharah berkeras nak memberikan bulat-bulat pendapatan bulanannya pada Ramadhan, setiap kali hendakkan sesuatu Zaharah perlu pinta melalui Ramadhan. Macam anak yang mengharapkan hadiah ayahnya. Tentu saja tak semua permohonan masuk, keluarnya lulus. Biarpun mampu tak semesti beli.
‘Moden betul isteri zaman sekarang. Kalau zaman dulu nak mintak barang kemas merengek merayu depan suami. Sekarang…? Hantar e-mail! Heh…’ Ramadhan tersengih sendiri macam orang gila bayang yang mengangankan buah hatinya.
Apa nak buat kalau isteri sendiri pakar IT. Software designer yang bukan calang-calang. Walau bagaimanapun inilah pertama kali seumur hidup Ramadhan sejak hidup berdua bersama, Ramadhan teringat yang isterinya hari-hari kerja mengadap komputer. Menghantar e-mail mungkin memang kebiasaan Zaharah.
‘Apa la agaknya minah sorang ni nak cakap…’
Selepas dua kali klik Ramadhan bertemu jawapan kepada soalan itu. Lebih panjang dari jawapan untuk soalan essei kertas Bahasa Melayu SPM.
“Assalamualaikum kepada tuan punya kereta BEM 1691…”
‘Sah nak tukar kereta baru ni…’ Ramadhan menggeleng kepala hampir tertawa.
“Mula2 skali zah mntk abang jangan panik sebab ingat zah curi tulang bila anta email ni. Zah dh siap dah project 3 bln lepas yang zah cite kat abg dulu tu. Project animation untuk iklan tu. Baru sekejap tadi (3pm,4/7/2002,Selasa- zah tak tau bile abg akn baca ni, atau abang baca ke tak)—”
Mata Ramadhan lari ke jam tangannya sebentar. ‘Hari ni 12 haribulan, Rabu. Dah seminggu lebih minah ni tunggu aku kasi jawapan pasal kete tu rupanya…’ Ramadhan membuat andaian. ‘Bukan salah aku! Aku memang tak de masa nak baca email selalu. Sapa suruh tak cakap terus-terang…’ Kemudian Ramadhan tertawa dengan gelak jahat. ‘Hahaha… padan muka dia…’
“Baru sekejap tadi (3pm, 4/7/2002, Selasa- zah tak tau bile abg akn baca ni, atau abang baca ke tak), zah submit hasil project tu kat bos zah. To be honest, dia suka sgt2 dan dia puji zah dan shah (partner project zah) sebab bukan saja kitorg dpt siapkn seminggu lebih awal malah better than what our customer asked 4. (if you’re in my place you’ll know it’s good enough if you can finish such a terrible amount of work one day ahead of schedule!)
Tengok? Boss zah pun tau appreciate zah not only for my beautiful, lovely face and not to mention charming character, but 4 my talent and hard work  . Orang yang kita paling amat tersangatlah syg tu xnah plak puji kita, dalam mimpi skalipun xpernah..!”
Ramadhan termenung sebentar, menghadamkn ayat2 itu. ‘Panjang pulak intro nak minta tukar kereta dia,’ pikir Ramadhan. ‘Kalau macam ni confirm cair aku..’
“Boss kasi day off kat zah dan shah tapi zah nak berehat kat sini tulis email ni. Zah tau abang bz sgt2 and penat sgt2 setiap kali balik dari office,sebab tu zah tulis email. Zah tau abang xkn check email private ni kalau xlapang dan xbosan kan? So bila mana abang ada masa abang boleh baca and zah pun xkn risau zah kacau abang.”
‘Nampaknya dia dah nak sebut pasal kete tu…’ fikir Ramadhan.
“…lagipn zah xreti nak cakap dpn2 and malu nk tengok reaksi abang nanti…”
‘Malu malu pun dah 2 kali awak tuko kete, cik zaharah oi…’
“…tapi wlau mcm mana pun zah kena cite jgk ‘kisah’ ni kat abang. Biar abang fhm apa dalam hati zah.”
‘Kisah apa lak ni…’ kening Ramadhan terangkat tinggi.
“Kisah ni jadi pada satu hari, 15/6/2002 -hari rabu kalau xslh. Pada pg tu sorang IT consultant yang juga merangkap isteri kepada seorang lecturer UIA—”
‘Macam kenal je watak-watak dia…’
“Pada pg tu sorang IT consultant yang juga merangkap isteri kepada seorang lecturer UIA terjaga pukul 5pg dgn sakit kepala yg amat sangat.14 haribln tu kan hari ‘you know what’ datang.”
‘Hari bulan mengambang dan ‘bidadari’ jadi ‘harimau jadian’…’ bisik Ramadhan.
“Si isteri ni bgn dengan sakit kepala yang amat sangat macam nak pecah kepala rasanya. Believe me. So terrible. TAPI,b4 si isteri ni terjaga lg pun, benda buruk dah jadi. Dia mimpi dia kena mrh dengan suami kesayangan dia. orang kata mimpi buruk jangan cite kat orang sembarangan so dia diam-diamkan je mimpi tu. Takut gak mimpi tu jadi betul, suami dia naik angin pg2 buta tu, tapi sebab dah xtahan sangat sakitnya so dia pun kejut suami dia perlahan-lahan dan mengadu sakit kepala.
Apa kata suami tercinta? ‘Pegi le mkn ubat. Sikit je tu…’pastu sambung tido.
SIKIT? Macam mana dia tau SIKIT? Dia rasa ke? Prihatin sungguh kan?”
Sebutir peluh gergasi mengalir dari ubun-ubun Ramadhan.
“Si isteri tu gagahkn telan ubat dan doa-doakan sakit tu hilang. Alhamdulillah, kul 6 pg sakit tu dah lari skit. Sekali sekala je berdenyut tapi dia buat-buat xprasan. Dia kejutkn suami suruh solat sambil sediakan breakfast dan baju untuk suami dia sambil siapkan diri dia sendiri untuk pergi kerja. Of coz suami dia tak igt lgsng psl sakit kepala dia dan pegi keje, almost without a word.
Si isteri tu dah almost half way to office bila akak timah yang tugas dia mengemas rumah call handphone-nya cakap kunci yang dia pgg hilang. So si istri tu trpaksa pusing balik untuk bukakan pintu dan cari kunci spare satu lagi. By the time she’s on road again, traffic dah hampir xbergerak langsung. Jam dia masuk keje, dah dekat pukul sembilan setengah. Of course abang tau yang si isteri xpernah lewat lima minit pun buat apa apa saja pun kan? Itu adalah rekod baru.
Baru je duduk, bos dia panggil meeting. Dia lupa dia ada meeting hari tu. Teka pasal apa meeting tu? Boss nak tengok perkembangan project yang xsampai sebulan lagi date line. Teka mcmmana perkembangan project tu? Tepat skali. Behind schedule. 6 days behind schedule.
Isteri tu kasi assurance kat depan boss dan co-workers dia yang dia dan partner dia (yang kebetulan cuti sakit haritu) ada plan nak recover balik seminggu masa untuk project tu..tapi…paperwork yang paling penting sekali dia tertinggal kat rumah. So dia terpaksa yakinkn 8 orang gentlemen and 3org ladies kat situ dengan kata2 di udara sahaja.
After some miracles she got away. Walaupun dalam meeting tu ada sorang hamba Allah ni yang lebih ‘senior’ dan ‘experienced’ yang asyik persoalkan kemampuan si isteri tu. Boss bg 5 hari lagi nak cover balik 6hari masa yang hilang tu campur dengan minggu tu pnye schedule. Kalau tak sempurna tau la kan apa maksudnya? orang lain yang MORE CAPABLE boleh amik alih dan dia dan partner dia pun mungkin xkan diberi project lg- kalau boss ada pilihan. Keje dia xmcm keje abang. Student fail skalipun takde punya boss blacklist xkasi mngaja budak2 and suruh buat keje ‘ringan2’… Faham kan…?
Dalam hati nak je pegi mengamuk depan meja mamat yang cakap banyak masa meeting tu. Biar mamat tu tau betapa dahsyatnya ribut taufan sorang perempuan yang tengah badmood. Tapi, masa tu dia sempat istighfar lagi tahan panas dalam hati. masa tu jugak dia teringat kata-kata suami dia dulu.
Setiap orang di beri situasi, kelemahan, kelebihan dan masaalah yang tersendiri yang perlu dia sendiri handle. Terpulang pada dia, macam mana nak guna kelebihan dia, macam mana nak tutp kekurangan dia untuk selesaikan masaalah dia sendiri. Dengan ayat tu dia kuatkan semangat perempuan dia.
Tengah hari, migrain struck again. Memang dia sakit sgt2. mana dengan nak siap keje tertangguh, mana dengan nak layan sakit kepala. Last2, tersadai la kepala dia kat meja masa lunch hour. Dan bawak ke zohor dan asar. Kul 4 tu partner project dia yang m.c. tu datang, tu pun sebab nak amik keje nak bawak balik wat kat rmh. Memang dari muka partner dia tu nampak teruk sangat demamnya, so dia pun tak amik hati dengan partner dia. Mujur gak partner dia yang datang kejut, kalau boss ke, senior colleagues ke… abis.
Dah pkl 4 si isteri ni nak bwk la keje dia balik rmh tapi dia teringat janji dia kat suami dia dulu sblm kahwin. Dia boleh keje dengan syarat, dia tak boleh bawak balik keje dia kat rmh. Fair enough,suami dia pun jarang bawak balik keje ke rmh. So, terigt janji tu dia pun bertungkus lumus la nak siapkan sebanyak mana keje yang boleh.
Pukul 5, sparuh keje untuk haritu pun xsiap lagi so dia push lagi. Sedar-sedar pukul 6lebih. Bila senior colleagues yang selalu balik lewat tu pun dah nak balik, dia pun teringat pasal suami dia. mana pegi tggjawab dia nak layan suami dia? Entah dah makan ke belum. Entah tengah marah ke. Teringat mimpi dia kena marah dengan suami dia pg tu. Meremang bulu roma. Dalam kelam-kabut dia mengemas barang tu kepala dia naik pening dan rasa loya tekak. 10 minit pulak dia membuang balik apa yang dia makan kat tandas. Tak banyak yg kuar pun, sebab kalau abang perasan,dia xmakan ape2 pn haritu selain dari breakfast. Tiga per empat tenaga dia haritu dah hilang.
Dengan sisa apa yang dia ada, dia gagahkan gak untuk drive home. Nak je dia call suami tercinta datang ambik tapi teringat mimpi ‘best’ tu, terus cancel. Of coz tak habis kat situ dugaan haritu,on da way nak balik jalan jam lagi. Ada lori terbalik pulak! Masa tu dia dah xlarat sangat dah. Dia pun seluk dalam beg tangan cari handset nak call husband dia. Seluk2 xjumpak, baru dia sedar dia t`tinggal handset masa balik nak cari kunci spare untuk kak timah tu. Menyumpah dia dalam hati, kenapa lah dia letak hanset tu atas meja masa cari kunci tu…
Dalam merangkak2 kete tu bergerak. last2 sampai gak dia dpn pintu rmh. Alhamdulillah, sampai hari ni dia bersyukur takde pe2 yang jadi kat dia masa drive balik haritu dan dia dpt gak balik tengok muka suami dia. biarlah kalau suami dia marah dia sekalipun.
10.10pm. Berdebar2 la dia masa nak sampai kat rmh tu. Agaknya dalam byk2 dugaan haritu, yang paling dia xboleh tahan skali mungkin dugaan nak tengok muka suami dia marah buat pertma kali selama dua tahun diorang kahwin. Dari mula menapak turun dari kereta sampailah langkahnya sampai ke muka pintu rumah, jantung dia xberenti-renti berlari marathon. Hampir seteruk dan segementar masa 1st time dia jumpa suami dia dulu.
Baru je dia nak ketuk pintu rumah…pintu tu terbukak. Si isteri punya la terkejut tengok muka suami dia yang pucat. Macam orang tgh tahan nafas dalam air. Nampak macam nak meletup bila-bila masa je.serius cakap kalau zah larat lari masa tu dah zah lari masuk rumah. Tapi zah xlarat. Dan xmampu dpn abang.
Hm… Pas tu abang tau kan cite dia?
Zah xtgk jam tapi zah rasa lebih satu minit jugak abang peluk zah dpn pintu.. Kan?”
Muka Ramadhan berengsot-engsot merah.
“Zah tak tau kenapa abang buat gitu tapi itulah yang Zah perlukan masa tu. Dan yang zah terharu sangat bukan apa. Abang xckp spatah pun tanya kenapa zah lewat. Abang cuma tanya “Zah tak apa2 ke?” Abang macam tau2 je apa yang zah rasa. Semua kesusah-payahan Zah haritu. Abang memang tau ke?
Tujuan Zah cite pjg2 ni, Zah nak abang tau apa Zah rasa dalam masa 1 minit tu. Dalam masa satu minit tu la zah rasa semua yang zah hilang dalam satu hari tu, start dengan masa zah sakit kepala sambung dengan kunci rmh hilang, dtg lewat, kena marah dengan boss, keje xsiap, dateline dah lepas, kena perli-perli, penat muntah2 tu… Dalam masa satu minit tu la semua tenaga zah yang hilang satu hari tu dtg balik.
Kalau tak sebab abang, zah memang xsemangat dah nak siapkan project tu. Zah memang rasa dah nak giveup dah keje. Tapi lepas haritu zah memang tekad nak habiskn keje yang baki tu dan kemudian zah nak berenti keje. Bukan sebab Zah dah giveup, tapi sebab zah nak jaga abang, lepas sebegini lama abang jaga Zah. Zah nak bila abang balik kerja, Zah boleh sambut abang kat dpn pintu… bg zah itulah keje paling best kat dunia ni. Itu cita2 Zah skrg ni. Kalau abang izinkan.
Abang izinkan? Zah tunggu jwpan abang.
Isteri abang,
Zaharah Kamarul Zaman.
Ramadhan menghela nafas panjang-panjang. Buat masa sekarang dia tidak tahu apa hendak difikirkan. Dia juga tak pasti apa kedudukan hatinya. Separuh hatinya rasa terharu, separuh lagi rasa bersalah dan menyesal. Apa agaknya kata nak di susun untuk isterinya pulang nanti? Apa pulak rasa Zaharah selama dia menunggu jawapan dari Ramadhan. Tak ternampak pulak perubahan apa-apa pada kelakuan isterinya selama ini.
Puas termenung akhirnya Ramadhan klik butang inbox. Ketika itulah matanya ditarik-tarik oleh satu lagi email juga dari ‘rez700’ title ‘Opss…lupa!’ Selepas satu lagi klik, anak mata Ramadhan membesar dan matanya membulat.
Opss lupa nak cakap! Zah ada pergi tengok 206 kaler silver kat jalan putra. Diorg dah ready nak amik booking anytime. Tunggu cnfirmation je. Saja nak kasi tau abang… he….. (^_^)
Zah.
RH Chapter 1 (Rizal) Page 2 “Kalau saya tak tolong awak”
10:51:56 PM
Jumaat, 23 Januari 2004
Kata abang angkat aku, hidup ni macam beli durian. Walau macam mana terror kita cium, kita belek pun, kalau tak bawak balik rumah… bukak, rasa tengok, belum tentu lagi sedap isi dia. Maksud dia (mengikut penerangan abang Fit la), hidup ni full of surprises. Selalu kita puas hati dengan apa yang kita buat,dengan pencapaian kita…’bangga tak sangka dah’ (istilah abang Fitri sendiri). Tapi in the end, bila kita nak rasa hasil kita tu… baru la kita tahu- kita dah ditipu si penjual durian tu!!
Faham? He… Ntah apa-apa abang Fitri ni. Aku pun tak faham sangat. Kekadang falsampah dia tak masuk dek akal aku. Walaupun begitu, tok guru aku tu tak boleh dipandang remeh. Banyak ilmu dia! Sekali dengar dia cakap, macam budak-budak pramatang. Tiga kali pikir… memang kata-kata genius! Lagipun dia punya nasihat jugaklah yang banyak bantu aku selama ni, especially zaman universiti ni. Zaman akhir keremajaan.
Well, hari ni aku berjaya siapkan tiga assignment sekaligus. Dengan kos satu kuliah ¬missed. Erk! Kuliah Madam Azizah pulak tu. Tak kira le kamcing macam mana pun aku dengan dia, kalau ponteng kelas memang tak de peluang punya. Mesti kena pancung abis-abis. Mungkin ini la cakap orang, ‘dah la jatuh, tersembam atas muka pulak tu’. Masa aku tengah kena fire gila-gila petang tadi (sebab antar assignment lepas kul dua belas dan ‘ter’ponteng kelas dia) waktu tu jugak la si Fatin Syahira datang nak tanya soalan kat Madam Azizah.
Madam Azizah punya muncung pun tak hilang lagi sebab anak murid favourite dia tak pergi kelas. Datang pulak Fatin Syahira membimbit fail birunya tersenyum-senyum.
“Syahira yang datang kelas pun boleh hantar assignment on time! Lima hari tu tak cukup ke nak buat assignment yang saya kasi, Rizal…?! Student perempuan semuanya dah hantar, termasuk Azlin. Teruk betul la student-student lelaki ni!”
Bosan betul kalau Madam Azizah bangkitkan bab jantina ni. Sebab Madam mesti bias kat sebelah perempuan! Sebab apa aku pun tak tau! Hm…Betul ke ‘Azlin the notorious pemalas’ pun dah hantar? Teruk jugak la aku ni. Tapi Madam Azizah tak mungkin keluarkan isu jantina tu kalau Fatin Syahira tak masuk tadi! Mahu saja aku telan Fatin Syahira masa tu tapi tak jadi pulak sebab memang bukan salah dia pun. Salah Madam! Sapa suruh marah-marah. Hehehe…
Fatin yang barangkali nampak reaksi muka aku spontan jadi gelisah. Bermain jari dengan hujung fail. Tau takut! Hm…. Tiba-tiba aku terasa nak uji minah ni.. Orang kata dia ni penyabar.
“Diorang suruh junior buatkan tu, Madam…” aku mula nyalakan mancis. “Senior perempuan memang terkenal dengan kekejaman diorang dengan junior!”
Fatin Syahira toleh. ‘Mamat ni buat lawak ke?’ Tajam je pandangan mata Fatin masa tu. Macam nak marah pun ada. Adakah aku patut mengalah? Jauh sekali! Dengan segala ke-serious-an yang ada, aku balas renungan dia. Bersertakan sebuah senyuman nipis yang jahat!
Setiap orang ada façade feature dia sendiri. Contoh ketara, macam Robbin Williams-dia cuma perlu buat expression muka sikit jer, akan nampak soft, gentle and funny. Kalau Orlando Bloom-dia cuma gerakkan kening sikit, maintain relax, dah macho gile dah. Aku-aku punya expression yang serius.  Dan kalau kena gaya senyum jahat aku… boleh nampak macam pembunuh bersiri!
Anak mata Fatin Syahira yang hitam tu mengecil. Matanya membulat. Keningnya terangkat. Aku nampak setiap perubahan itu dengan nyata kerna dia hanya berdiri setengah meter dari kerusi yang aku duduk. Ekspresi wajahnya berkata, “betul ke apa yang aku dengar ni? Mamat hensem ni buat lawak ke tak ni. Kalau dia buat lawak, kenapa dia serius sangat??”
Huahahaha… Kasi dia nangis!
“Ye ke.. Habis kenapa AWAK tak suruh junior AWAK buatkan pulak?” ZAPP! Libas Madam Azizah betul-betul di tengah-tengah kami berdua. Potong terus renungan maut aku kat Fatin tu. Terpaksa pandang balik wajah Madam yang 10 tahun lebih-err-matang tu. Dan mula bergaris-garisan tu. Hehe…
“Ish Madam… saya kan jujur…? Tak original la nanti,” Aku hampir termati kata-kata. Muka innocent aku entah jadi entah tidak.
“Tak original…? Original la kalau awak copy paste assignment dari website?”
Madam sedang merujuk pada kes September 2003, assignment Fluid Mechanic, Prof Rizal. Kebetulan nama dia sama dengan aku tapi dia tak pernah bagi chance kat aku selama dia ngajar aku. Aku bukan copy  betul pun. Aku amik buat ‘rujukan’ je. Pastu edit-edit. Ntah camne aku terlupa edit part Intro tu. Sebijik plak macam dalam Website Wikipedia yang aku copy. Macam mana dia tau aku ter-copy Wikipedia masih menjadi misteri sehingga harini.
“Tak pun original tu kalau awak copy jawapan dari belakang buku Huges?”
Merujuk kepada kes Julai 2003, assignment Electric Dr.  Sham. Doc selalu amik soalan tutorial dari dalam buku Huges. Aku sorang je yang perasan so aku diam-diam copy jawapan dari belakang buku tu. Rupanya ada satu soalan tu jawapan dalam Huges tu salah. Dalam kelas, aku sorang je jawapan sebijik dalam buku tu. Apalagi kantoi la..
“Tak pun original tu bila awak tak dapat A sebab-”
“Ye la, ye la…” aku angkat bendera putih. Aku tau dia nak ungkit assignment Graphic Engineering yang aku tak hantar yang menyebabkan aku tak dapat satu-satunya A untuk sem tu. Kalau tak, dah dapat 4 flat untuk sem dua. Point yang ni memang selalu madam guna. Selalu sangat dah.
Lecturer kitorang suka skit gossip pasal student 1st batch. Maklumlah anak kesayangan.. Sume benda pasal student diorang tau. Tensen aku! Kepala aku hampir saja terkulai atas meja Madam, selepas tembakan demi tembakan tepat mengena batang hidung aku. Aku jeling ke Fatin yang macam tak percaya aku ada rekod-rekod kurang cantik tu. Hilang segala aura jahat aku tadi.
Masa tu, aku sudah hampir putus asa. Tak tahu macam mana nak tamatkan sesi torture dengan Madam Azizah yang hampir 60 minit tu. Berkali-kali aku bagi isyarat “I’m sorry..I’ve got to go!” kat Madam sejak sejam yang lepas. Tapi setiap kali tu ada je isu Madam persoalkan balik.  Tanya pasal assignment yang terbaru la.. Ungkit pasal keje yang dulu-dulu aku hantar lambat la.. Kaki pun dah kebas gila. Terasa ‘semut-semut’ berduyun-duyun buat sarang di atas kaki aku.
“Madam, saya…err…kitorang, ada kelas Instrument sekarang ni…”
Serta-merta kepala aku yang lentok tadi terpanggung macam ayam nak berkokok. Giliran aku pulak dikejutkan Fatin Syahira. Aku pandang ke arah dia, musykil. Mata Fatin Syahira menyuruh aku diam, akur.
“Kamu ada kelas? Awak ada apa nak tanya saya, Syahira? Saya mintak maaf sebab tak layan awak tadi.”
“Takpe la Madam. Nak tanya sikit je. Nanti saya free saya datang lagi. Saya mintak diri dulu…”
Aku masih terjelepok lagi di atas kerusi, tidak pasti nak turut Fatin Syahira atau tidak.
“Hah, tunggu apa lagi? Nanti kelas Prof. Rasyid pun awak ponteng…” perli Madam Azizah.
Aku keluar dengan wajah suram selepas mengucapkan sebuah senyum yang tawar pada Madam Azizah. Serba tak faham apa yang telah berlaku. Petang memang tak ada kelas Instrument seperti dakwaan Fatin tu jadi aku fikir ada baiknya aku balik dan tidur dari fikirkan benda ni…
“Rizal…”
Rupanya Fatin Syahira menungguku. Kali ni aku tak dapat tersenyum lagi.
“Kenapa?” Aku tanya dengan expression ‘malas nak layan’. Langsung tidak toleh kat dia.
“Kenapa apa?” tanya Fatin Syahira sambil cuba mengikut rentak jalan ku yang relax.
“Kenapa tipu Madam Azizah?”
Fatin Syahira diam. Dia tahu aku marah. Bukan seperti marah buat-buat tadi. Yang ni memang real. Buat beberapa ketika tiada kata kedengaran. Sunyinya mengerikan. Dua tiga minit rasanya aku dan dia diam tak bersuara. Berjalan seolah sedang melintas depan exam hall.
“Fatin nak balik hostel jugak ke?” Aku memancing ayat. Padahal memang dah terang lagi ber torch light.
Fatin Syahira memandang ke arah aku. Diangguk kepala macam orang bisu. Macam orang dungu pulak aku tengok. Kesian rasanya.
“Kata ada kelas Instrument…?”
Melihatkan aku tersengih Fatin Syahira pun tertawa kecil.
“Orang lain dah abis kelas, dah nak balik… dia nak pegi kelas Instrument lagi!”
“Kalau Ira tak tolong Rizal tadi, tentu setengah jam Rizal kat situ! Ye la student kesayangan Madam Azizah tak datang kelas…”
Baru saja aku nak menjawab dia mencelah, “Bila Rizal nak kotakan janji Rizal?”
“Janji apa pulak…”
“Kata nak ajar Ira hari tu!”
“Ooo… tu… nanti le bila-bila…”
“Dari hari tu lagi Rizal kata bila-bila!” Dua garis atas matanya tu hampir bertemu.
“Petang ni tak boleh, saya busy.” Aku ada temujanji dengan bantal pukul tiga jap lagi. Tak sabar nak jumpa member lama aku tu! Semalam, satu malam dia tunggu aku, tak sampai-sampai. Melepas kerinduan tu lebih penting dari benda lain sekarang ni!
“Macam ni, lepas kelas Instrument minggu depan ada free 3 jam kan? Masa tu la…”
“Ala…hari ni la! Tadi saya nak pegi jumpa Madam Azizah pasal tu la. Rizal pulak menyibuk kat situ!”
“Aku ukir senyuman yang membuatkan dia terdiam. “Hari Selasa depan lepas kelas Petro, final offer. Nak ke tak?”
Dan seperti kata Abang Fitri dan seperti juga pengalaman aku yang lepas-lepas, Fatin Syahira akur. Tapi yang aku masih tak puas hati sampai sekarang ni, kenapa Fatin Syahira perlu tipu tadi? Memang bagi orang lain benda tu cuma perkara kecil saja tapi bagi aku, ia satu benda yang berat. Sangat berat! Apatah lagi bila yang melakukannya adalah orang yang aku tak boleh terima, Fatin Syahira.
Dan yang paling membingungkan aku adalah kata-kata “kalau saya tak tolong awak tadi…”
11:07:17 PM
Isnin, 26 Januari 2004
Semalam aku bermimpi abah. Sudah lama aku tak teringatkan abah tapi entah kenapa ketika terjaga awal pagi tadi aku terasa begitu sayu. Rasa macam nak menangis sorang-sorang. Aku tak ingat apa mimpinya tapi yang aku ingat hanya perasaan nak menangis sungguh-sungguh.
Aku kuatkan jugak hati, dan seperti biasa aku pergi basuh muka, gosok gigi dan capai pen. Sepuluh minit seterusnya aku habiskan menulis apa saja yang keluar dari otak aku. Ini saja yang dapat aku lakukan untuk kuatkan hati diwaktu aku terasa sendirian. Bukannya ada orang nak pujuk hati ni selain Rizal Hafizuddin.
Aku cukup suka bangun awal2 pagi macam tadi. Suasananya lain, udaranya segar. Rata-rata semua manusia di blok aku ni masih lagi pengsan kecuali si Syahrul. Syahrul awal2 lagi dah pergi ke surau. Bukan hari ni saja, hari2 dia kejut aku dan budak2 lain pukul lima setengah. Kalau dia balik surau tengok aku masih terbongkam je atas katil dia gerak lagi. Pagi tadi selepas balik dari surau bila dia tanya samaada aku dah solat belum, free2 aku tipu sudah. Dia yang betul bendul ‘conform’ percaya. Cuma rasa bersalah sedikit sebanyak menyelinap dalam hati aku. Bila lah aku nak jadi macam ‘Rizal Hafizuddin yang dulu’…
Semasa lepas saja aku jumpa Prof Rasyid, si Nana, sorang lagi jr yang se-classmate dengan aku, panggil aku. Katanya aku terpaksa keluar dari group diorang kononnya sebab dah cukup lima orang ahli. Aku tergelak sorang2 lepas dia tinggalkan aku. Diorang ni memang kelakar. Memang tak de skill menipu langsung.
Aku mati2 boleh tau Nana menipu sekalipun aku tak tau yang bf dia benci kat aku. Semuanya nyata bagi aku. Mulut cakap lain, sedangkan mata dia, jari, kening semua bercakap lain. Mulut dan hati perlu bercakap benda yang sama. Kalau tidak kita akan mengeluarkan ‘getaran’ yang tak menyenangkan. Macam yang kita tengok pada orang yang nervous.
Itulah kelebihan aku sejak dari kecil. Aku tak ada masaalah baca gerak hati orang. Dan seperti biasa setiap kali aku mengkantoikan orang yang cuba tipu aku, aku akan berasa sedih. Diorang boleh katakan yang sebenarnya aku tak kisah. Aku bukan orang yang mudah marah tak tentu pasal. Tapi diorang pilih untuk menipu. Kenapa?
Hm… Aku nak kata kat orang. Aku pun apa kurangnya..? Fatin? Fatin pun…
“Rizal!”
Aku toleh dan nampak Anis, budak perempuan batch aku tapi lain specialization course, berjalan ke arah aku.
‘Apsal?’
Dari jauh tadi aku nampak senyum di bibir Anis. Anis ni boleh dikategorikan sebagai sangat cun walaupun aku tak berapa sukakan kulit dia yang nampak kemerah-merahan. 9.1/10 rating pada skala aku. Dengar khabar Anis ni darah campur Canada. Itulah sebabnya lain semacam kulit dia. Lainlah Fatin. Walaupun tak secerah tu tapi… tiba-tiba aku terperasan senyuman Anis makin melebar. Sedar tak sedar rupanya aku tersenyum masa teringatkan Fatin Syahira. Ah, sudah! Anis ingat aku senyum kat dia! Apsal la teringat jer Fatin automatik aku tersenyum ni?? ‘Pap!’ aku tampar pipi sendiri.
“Awak… Kenapa?”
Aku tersengih macam orang bodoh. “Tak de ape-ape. Nyamuk…” betapa bodoh tak bodohnya alasan aku..
“Nyamuk apa siang-siang ni? Awak, jom ajar saya QMC…?” tangan Anis tak segan silu paut lengan aku, rapat ke tubuhnya. Walaupun tak de orang kat situ tapi terasa aku bahangnya. Cepat-cepat aku tarik. Ye lah, sejahat-jahat aku tak pernah sentuh anak dara orang oo… bagi aku buat jahat biar sendiri-sendiri, jangan babitkan orang lain. Especially bila aku teringatkan adik aku. Kalau aku nampak mamat mana sentuh je Fiza… dah tentu rasa pelempang aku punya mamat tu. Tak kan aku nak wat gitu plak kat adik orang lain.
Mahu mengaku atau tidak hakikatnya jantung aku memang kencang sekejap. Lebih kencang dari masa duduk sebelah Fatin Syahira hari tu. Nafsu membuak-buak dek bisikan syaitan tadi… Ye lah, Anis tu lawa!! Boleh mengalahkan Maya Karin rupa dia. Shape dia pun boleh tahan. Siapa tak cair. Kalau ‘ustaz Syahrul’ tu sekalipun boleh cair!
“Kenapa awak berkerut dahi? Tak nak ajar Anis ke?”
Aku tarik nafas dalam-dalam. Sampai hari ni aku ingat azam aku lepas dapat anugerah dekan first time dulu. Aku janji dengan diri aku sendiri yang aku tak kan reject siapa-siapa yang nak mintak tolong dalam hal study. Itu saja aku mampu sebagai tanda nak balas nikmat yang Allah bagi ni. Tapi bila yang datangnya cubaan macam ni, bergegar aku. Dalam hati mahu saja aku tolak budak ngada-ngada camni. Tapi…
“Anis tak de kelas ke?”
“Tak. Rizal pun sama kan? Jom la pegi library jap..?”
Aku angguk lemah. Kadang-kadang aku menyesal sebab flirt dengan dia dulu. Ehemmmm… dengan ‘semua budak perempuan batch aku’ actually. Kesannya terasa sampai ke hujung degree. Toksah cakap la pasal yang nak “declare” dengan aku sehingga kini. Bukan nak berlagak dan jual mahal. Dan bukan pulak kat satu fakulti aku ni tak ada yang lawa, cuma definasi “couple” diorang ni menakutkan aku. Mengalahkan suami-isteri. Ke hulu ke hilir.
Aku juga ada keinginan ke arah tu tapi bila teringat arwah mak, abah, aku jadi was-was. Dan bila aku teringat Fiza yang baru remaja aku terus surrender. Kalaulah Kak Iza boleh berkorban untuk aku, apa salahnya aku berkorban untuk Fiza…? Kak Iza… Aku rindu kat Kak Iza…
“Awak ni macam tak ikhlas je…” dahi Anis mengerut.
Buat aku teringat kata-kata abg Fitri. ‘Perempuan, boleh baca fikiran lelaki 10 kali lagi bagus dari kita baca fikiran diorang… Diorang tau apa dalam kepala otak kita…’ Betul. Memang betul. Masaalahnya aku bukan lelaki biasa. At least dari segi ni.
“Saya ada keje sebenornya, tapi kali ni saya kasi excuse, saya ajar Anis. Dengan syaaaratt..! JANGAN, kasi tau kat sapa-sapa. Kalau ada orang nampak, awak cepat-cepat sembunyi bawah meja. Saya malu duduk dekat dengan awak…”
“Kenapa pulak?!”
“Sebab kulit awak colour merah…”
Dua tiga kali pukulan hinggap di bahu aku. Mengkekek gelak minah sorang ni. Sehinggakan aku pun malu mendengarnya. Masa tu juga aku sedar yang tabiat suka tease perempuan memang susah nak di buang dari diri aku…
Ironinya semasa di library aku benar-benar terasa seperti nak sembunyikan Anis bawah meja. Kalau muat dalam tong sampah pun boleh jugak. Biarlah kulit Mat Salleh dia tu kena kulit pisang pun tak pe. Ya-Allah, macam mana aku boleh lupa Fatin Syahira selalu lepak dalam library petang-petang camni…?!
Dengan baju kurung biru gelap yang tak pernah aku tengok dia pakai sebelum ni, tudung biru muda labuhnya (nampak lebih macam kelabu pun ada), Fatin Syahira sememangnya sangat cute. Jari-jemari yang seperti biasa penuh keindahan menari-nari di atas kertas. Mencatit entah apa-apa. Tadi, ya tadi… adalah saat dia kelihatan paling cute selama aku kenal dia. Walau pandangan mataku masa itu dalam serba-salah, dalam sedikit gelisah sekalipun.
Macam mana aku boleh lupa pasal Fatin? Padahal kadang-kadang, sengaja aku masuk library petang-petang gini baca paper atau apa yang patut dengan harapan -jauh di penjuru hati- akan dapat sekilas dua wajah satu-satunya perempuan yang aku sanjung di kolej ni.
Aku tau. Ini semua antara larangan besar Abg Fitri. “Jangan simpan perasaan terlalu dalam pada mana-mana girls pun. Ignore feeling lebih2. Girls ni ibarat telaga buta. Kalau jatuh cinta, lagi dalam lagi sakit jatuhnya. Biar diorang gilakan kita takpe…”
Memang aku setuju dengan cakap abang Fitri. Bagi aku, adalah perlu bagi aku untuk “jatuh cinta” lagi selepas aku kahwin. Jatuh cinta dengan orang yang sah menjadi milik aku. Tapi perkara itu dah terlalu jauh bagi aku pada masa ini.
Fatin Syahira? Jatuh hati? Tak. Tak mungkin. Aku RESPECT dia. Kalau aku ‘Rizal Hafizuddin yang dulu’ mungkin aku dah mengorak langkah. Kalau aku sebaik Syahrul dah lama dah… Tapi tak sanggup aku tengok orang sebaik Fatin jatuh ke tangan orang yang buruk akhlak dan dan gelap jiwanya, walaupun orang tu aku sendiri!
Adakah dia nampak aku tadi? Tidak… dia terlalu khusyuk dengan kerjanya. Mungkin ada tutorial yang perlu dilangsaikan kot. Tapi mata aku tetap termati dengan pasangan mata yang lain.
‘Nana? Apsal…?’
Nana duduk setentang dengan Fatin Syahira. Barangkali diorang buat keje bersama. Kenapa dia jeling kat aku tadi? Walaupun tak ketara sangat tapi aku tetap nampak kegugupan dia. Gerakan pen atas kertasnya tak rata. Jarinya mengkuis-kuis kertas. Semua tu menulis kata-kata yang jelas di muka Nana…
NERVOUS
“Encik Rizal Hafizuddin…! Awak nak mengelamun ke nak ajar SAYA?”
Sengaja dikuatkan suara. Terutama perkataan ‘saya’. Nampak sangat ke’jealous’an tu. Sakitnya hati aku. Jangannnlah Fatin Syahira dengar. Nana menjeling lagi tapi Fatin Syahira tetap dengan kerjanya.
“Awak ni… Ni kan library. Senyap le skit…!” Direct aku sound Anis dengan nada yang aku kira, agak keras. Dia mula memuncung. Merajuk le konon… “Saya tunggu AWAK tanya, le ni. Apa yang tak fahamnya…”
Sekali-sekala mematikan sifat mengada-ngada Anis best jugak. Baru dia terkedu, kelam-kabut nak selongkar barangnya macam itik menyudu air. Panas betul aku dengan cara dia nak tarik attention tu.
Aku jeling seimbas lalu pada Fatin Syahira dan Nana. Ketika tu aku nampak satu perkara yang kukira pelik. Nana macam beriya-iya berkata sesuatu pada Fatin Syahira tapi Fatin Syahira hanya tenang tunduk pada kertasnya. Bibirnya bagaimanapun tidak kaku. Dalam ketenangan itu bibirnya bergerak-gerak. Ya kalau mataku masih sempurna aku pasti bacaan bibir aku tak ralat.
“Biarlah. Ira tak nak menyusahkan Rizal…”
Senyuman aku ketika itu memang benar-benar datang dari hati. Benar-benar bangga. Perasaan apakah ini. Seumur hidup aku memang aku tak pernah rasa perasaan begini. Malangnya, pandangan aku bertembung dengan mata Fatin Syahira sejurus lepas tu. Pelik skit pandangan Fatin kali ni. Macam orang terpukau jer. Tak kan itu expression dia sebab marah aku layan si Anis? Mujurlah pandangan itu tak kekal lama…
RH Chapter 1 (Rizal) Page 1
Prologue
Rizal masih lagi tersedu-sedu semasa Kak Iza datang. Bahunya bergegar dengan rentak tangisnya. Dua jam mengalirkan air mata namun amarah belum mahu surut. Terkilannya masih lagi terasa, suara abah masih lagi terngiang-ngiang.
“Ijal…mari balik…” lembut suara Kak Iza.
Diam. Tiada balasan. Dangau buruk itu bagai tidak menyimpan sesiapa di dalamnya. Kak Iza memang sudah masak dengan sifat degil adiknya. Katanya jarang mainan. Perlahan tapak kaki Kak Iza melangkah masuk. Meniti lantai papan buruk dangau itu. Setiap langkahnya diiringi bunyi teriakan kayu reput.
“Ijal, sudah le tu Jal…jom balik. Dah maghrib pun. Nanti nyamuk gigit.”
Hati budak Rizal masih membentak. “Nyamuk pun nyamuk la! Ijal tak nak balik!”
“Ijal tak lapar ke? Dari pagi lagi Jal belum makan nasik kan? Mari la balik makan. Akak ada goreng ikan keli untuk Jal. Nanti perut Jal masuk angin.”
Budak berumur lapan tahun itu mula terasakan perutnya memberontak. Namun, kehendak hatinya adalah lebih kuat.
“Mari la Jal…” pujuk Kak Iza lagi, “Temankan akak balik, akak tak berani la balik sorang-sorang…”
Agak lama Kak Iza menunggu sebelum lembaga kecil di sudut dangau itu bergerak. Setelah sekian lama menyembamkan muka, kini barulah tergerak hati utk mengangkat wajahnya. Terusik jugak hati kerasnya mendengar kakaknya merayu. Kak Iza adalah orang yang paling memahami Rizal. Dia tak pernah memarahinya. Walaupun sekali. Layanan dingin sebegitu bukan balasan yang sepatutnya untuk orang sebaik Kak Iza.
Tatkala muka Rizal diangkat ternampaklah betapa pucat wajahnya. Matanya nyata tersembul lebam, bagai orang tak tidur semalaman. Terkebil-kebil kanak-kanak itu menatap dunia yang semakin kelam.
“Ya Allah, Jal!” Kak Iza tersentuh melihat keadaan adiknya. Di peluk satu-satunya adik lelakinya itu.
“Abah benci kat Jal!”
‘Astagfirullah. Mana mungkin abah benci kat Jal. Sayangnya lebih dari akak dan adik. Kadang-kadang akak
pun irihati dengan Jal.’ Mahu saja dihambur begitu.
“Dah la Jal. Jangan merajuk lagi. Abah tak marah Jal. Dia sayang Jal lebih dari dia sayang kakak tau.” Naluri keibuannya yang tersentuh hampir melahirkan butir-butir jernih di hujung mata. Ditahannya sedaya upaya.
“Habis kenapa Abah pukul Jal!”
“Abah pukul sebab sayang kat Jal. Abah pukul sebab Ijal degil. Ijal tak nak solat Asar ye?”
Rizal angguk. “Kawan Jal, Alif, Zam pun tak solat. Tapi diorang tak pun kena marah, kena pukul!” Balas logik akalnya. Itulah juga katanya pada Abah yang membuatkan Abah hilang sabar. Getah paip abah rentap, abah hayun ke belakang Rizal. Berkali paip getah itu menyapa kulitnya hingga calar-balar namun lidahnya tetap keras untuk meminta ampun.
“Rizal…kan solat tu kewajipan kita kat Tuhan. Hari-hari Tuhan kasi nikmat kat kita sebab dia sayang kita. Solat tu tanda sayang kita kat Tuhan pulak.”
Diam…
“Ijal pernah bayar ke setiap nafas Jal sedut? Ijal pernah bayar setiap kali nak tidur? Mengantuk tu pun nikmat tau! Berapa ramai manusia yang kaya-raya, hebat, tapi Allah tarik nikmat tido diorang. Hari-hari tak boleh tidur..”
Kak Ija menghembus nafas lega melihat adiknya tak lagi membangkang. Tak lagi menjawab. Apakah Rizal faham hujahnya atau dia sudah kepenatan?
“Balik ye Jal..?” tanya Kak Ija penuh harapan. Hatinya terasa lapang-selapang sawah bendang yang mengelilingi dangau buruk itu, apabila Rizal mengangguk setuju.
Matahari hampir tak kelihatan lagi. Jalan yang belum bertar itu terasa begitu kelam tanpa sebarang lampu jalan. Yang tampak ketara hanya petak-petak sawah digarisi saki baki cahaya senja.
“Kak..?” suara si adik memecah kesepian.
“Kenapa?”
“Akak kata kalau kita solat, Allah sayang kita…” Rizal mendongak ke akaknya.
“Memanglah.”
“Habis tu kenapa kita ni miskin kak? Alif tu tak pernah solat pun tapi keluarga dia kaya?”
Di bawah kemalapan sinar senja Rizal nampak bibir ayu kakaknya tersenyum. Mata cantiknya redup merenung Rizal.
“Kaya tu tak semestinya tanda Allah sayang kita. Orang yang Allah sayang, hati dia akan tenang… Ada masaalah ke, tak de masaalah ke. Ada duit ke, tak de duit ke….. Itu tanda Allah sayang kita..
“Tau  apa tanda kita jauh dari Allah?”
“Apa kak?”
“Bila hati kita gelisah sangat.. Kita rasa ‘lost’.. Rasa nak givup.”
Si adik mengangguk mengiyakan.
RIZAL
10:49:38 PM
Rabu, 21 Januari 2004
Entah apalah agaknya nasib aku hari ni, setelah satu semester lebih aku berjaya mengelak berada at least semeter jauh dari dia, hari ni aku gagal. Aku menyumpah-nyumpah dalam hati sebab bangun lewat pagi ni. Apapun aku sudah terperangkap dan tidak berpeluang untuk melarikan diri. Gladiator telah pun dihumban ke dalam sangkar singa. Tiada lagi meja lain yang kosong melainkan di situ..
Hatiku sedikit bergetar dalam langkahan. Ada sikit-sikit rasa macam nak pegi perang. Adakah aku takut? Cis, tak mungkin Rizal Hafizuddin takut pada seorang perempuan! Rizal Hafizuddin mungkin takut pada ular senduk yang sedang memanggung. Pada warna merah pekat darah yang sedang menitik. Tapi tak mungkin dia takut pada sorang perempuan! Huh!
“Ehem..”
Aku pandang wajah perempuan itu tatkala mendekati, khusyuk betul dia memandang ke depan. Perasaan jenis apakah yang asyik gigit hati aku setiap kali terpandang perempuan yang sorang ni..? Tak mungkin jatuh hati. Aku pernah jatuh hati banyak kali seumur hidup aku, dan aku tahu perasaannya bukan begini. Jauh sekali.
Perasaan ni susah nak digambarkan dengan kata dan bahasa. Mungkin betul cakap abang angkat aku-abang Fit. “Dalam seumur hidup seorang lelaki, walau sebanyak mana perempuan yang pernah dia kenal dan ngorat sekali pun… pasti akan ada sorang yang dia rasa tak boleh ‘handle’.”
Walaupun aku tak pandang dari perspektif yang sama macam abang Fit -perempuan wujud bukan hanya untuk dingorat-  tapi aku mula faham intipati kata-kata tu.
Perasaan aku ketika duduk di kerusi sebelah dia memang sesuatu yang baru. Agaknya perasaan ini mungkin mirip perasaan seorang pengembara, yang pertama kali menjejakkan kaki di bumi orang. Tak pasti keadaan yang bagaimanakah yang akan ditemui. Seperti  jejak pertama Columbus di bumi Amerika. Parameswara di bumi Melaka. Atau aku sendiri, 17 tahun lepas, di bumi Malaysia ni.
Walau apa sekalipun yang aku rasa, walau apapun alasan aku melarikan diri selama ini, sikap aku yang sedikit lain pada rakan sekelas ku ini berbanding student perempuan yang lain sudah lama dihidu hidung supersensitive Azim- classmate aku. Dari semester lepas lagi. Tak ada benda lain dalam kepala dia, mesti dia ingat aku ada hati dengan awek sebelah aku ni. Dari seberang kelas dia tersenyum puas. Aku dah boleh agak apa dia nak cakap kat hostel malam karang.
Aku berdehem perlahan sambil cuba-cuba mencuri perhatian dari wajah classmate sebelah aku ni. Mata perempuan bernama Fatin Syahira Abdullah tu berlabuh sekejap ke arah aku, tersenyum sedikit.
“Dah lama ke start?” sengaja aku ‘stone’kan muka ketika tanya. Takde la dia ingat aku nak ngorat dia.
“Tak lama sangat…” Slow je bunyi jawapannya. Suara dia agak nipis walaupun tidak terlalu nyaring. Sesuai dengan rupa dia yang agak ‘kecinaan’ tu. Mata agak sepet, kulit cerah. Cuma hidung saja yang tinggi sikit, tak macam hidung kebanyakkan orang cina.
Fatin Syahira sedang menulis sesuatu. Entah apa yang sedang dicatitnya, aku tak berapa nak nampak. Mungkin rumus yang Madam tulis di whiteboard. Mungkin point-point lecture Madam. Aku cuma nampak tajuk di bahagian atas sekali notebooknya, 2nd Law. Tulisannya agak cantik. Dan kemas. Takde mana-mana kaki huruf yang dipanjangkan. Atau di sengetkan. Pendek kata, simple.
“Ni dah masuk 2nd law ke?”
“Emmm…….” Jawab Fatin tanpa langsung berpaling ke arah aku.
“Apa lah Madam ni. Yang minggu lepas tak habis terang lagi dia dah masuk 2nd law…” Aku merungut, kononnya.
Aku tak dengar respond so aku toleh ke sebelah kanan. Fatin Syahirah tengah memandang aku semacam. Apsal plak?
“Jangan ngata Madam la…” Kening Fatin hampir bertaut di tengah dek kerana kerutnya. “Dia dah ajar habis pun tadi Second Law!”
Aku angkat kening yang bermaksud, ‘ye ke?’
“Itulah… lain kali datang awal lagi…..! Entah-entah tak mandi lagi…” bibir Fatin Syahira melentur lebar.
Aku sedikit tersentap. Bukan aku marah atau terasa, aku sedar nadanya adalah nada bergurau. Cuma selalunya aku yang  menyakat orang dulu, tak sangka classmate yang paling jarang aku tegur ni akan menyakat aku.
“Tak mandi pun tak kisah, asalkan hensem..” aku angkat kening sikit pandang dia, serong. Berderai tawa kecil Fatin Syahira dibawah jejari dia. Entah apa yg kelakar sangat tu aku pun tak tau-betul la apa aku cakap tu apa!
Fatin Syahira mempunyai gaya yang cukup matang bagi usia dia (20 kalau tak salah). Dia tak girlish sebaliknya cara dia menunjukkan yang dia pandai bawak diri sebagai seorang perempuan Melayu yang matang. Sifat dia, sama seperti cara dia ketawa. Tak pernah control, tak pernah pulak ngada-ngada.
Tangan menutup mulut kerana tertib bukan kerana tidak punya keyakinan.
Sepertimana Fatin Syahira dikalangan student perempuan, macam tu jugaklah Fatin Syahira dengan student lelaki. Pendek kata, dia tidak menjadi orang lain di depan aku ni, semata-mata sebab aku sorang lelaki. Semua tu membuatkan aku punya perasaan respect pada dia selama ni.
Aku betul-betul mengambil kesempatan atas Fatin dalam beberapa saat tu. Aku renung dalam-dalam wajah ceria dia yang sedang ketawa. Aku tak dapat nampak bibir dia sebab dilindung jari-jari yang panjang tu, tapi aku dapat nampak mata dan keningnya yang tersenyum. Aku pernah tengok dia ketawa sekali sebelum ini. Tapi tak sedekat ni.. Rasa macam nak pergi dekat lagi. Mata yang aku tenung tu mungkin dah perasan aku merenung dia masa tu. Sebab kulit di sekeliling pipi dia…dah menjadi merah!
“Ada masaalah keee, Rizal?” perli Madam Azizah tiba-tiba. Aku punya la terkejut sampai tergigit lidah. Muka Fatin Syahira-bertambah merah.
“Saya tak faham le Madam,” kataku cuba meng-cover line, sambil menahan sakit di penjuru lidah. Meliuk-lentuk jugak lidah aku nak bertututur. Ehemmm! “Saya tak faham yang Madam cakap tadi.”
Wajah Madam Azizah kembali ke keadaan professionalnya. Lekuk dipipinya hilang, kedua tangannya bertaut, pandangannya bertukar serious kembali.
“Part mana tu awak tak faham?”
“Saya tak berapa faham macam mana Madam convert first equation tu jadi yang second… apsal kita kena bahagi dengan equation 1b?” Aku rasa semua orang tahu sebab apa, tapi itu saja yang aku dapat fikirkan utk tanya dalam selang masa beberapa saat.
“Itulah…lain kali datang awal. Tak de la terkapai2 je!” lesung pipit Madam Azizah muncul kembali. Aku sekadar tersengih. Madam terus kembali ke thermo equation one untuk melayan soalanku tadi selepas tu. Aku memang  rapat dengan Madam Azizah jadi tahu  sangatlah macam mana hendak menukar topik.
‘An eye as deep as a bottomless well’ tetiba kata2 tu terngiang dalam otak aku.
“Habis soalan ni, boleh balik. Ni kira tutorial, masuk dalam 5% tu.. So,take your time… jawab bagi betul.”
Aku renung soalan exercise yang Madam pass. Panjang lebar soalannya. Siap gambar nak illustrate situasi yang diceritakan. Biasanya bila nak jawab soalan yang human made ni, adalah mudah nak cari jawapannya kalau kita dapat berdiri di tempat si pembuat soalan. Bak kata Mat Salleh, step into their shoes and walk in their skin.
Macam soalan Madam ni, soalan dia panjang gile, tapi sebenarnya, dia cuma nak test orang perasan tak yang stagnant air pun adalah faktor yang kena consider dalam conduction. Itu je. Pastu masuk-masukkan dalam conduction punya equation, darab-darab, tambah… Conduction gradient= 1.75# Work’s done.
Soalan yang bukan human made macam exercise ni, soalan yang kita jumpa dalam kehidupan harian kita adalah jauh lebih mencabar pemikiran aku. Soalan seperti… Apa yang membuatkan manusia ramah dengan sesetengah orang tetapi tidak dengan yang lain? Kenapa sesetengah orang buat kita rasa tak selesa walaupun dia tak membuat apa-apa yang menganggu kita? Atau soalan, apa yang awek sebelah aku ni fikir, bila dia tahu aku akan duduk sebelah dia tadi? Dan apa dia rasa bila aku-
“Rizal, camna nak dapatkan nilai Qh?”
Aku tersentap buat kali kedua hari ni. Aku tidak sedar yang aku mengelamun rupanya. Dengan lagak seolah-olah agak busy memberi perhatian pada  kertas di tangan, aku toleh, soal kembali acuh tak acuh…
“Mmm……apa yang Fatin tanya tadi?”
Aku sememangnya tak reti berlakon. Buktinya nyata pada reaksi muka minah ni. Fatin Syahira merenung dengan mata luas.
“Maaf…” katanya sebelum tertawa. Bersungguh-sungguh dia cuba menutup bibir dengan jari.
Peliknya dia ni… aku terfikir dalam hati. Asyik gelak je… Memang style dia macam tu ke…tak pun? Apa pun itu adalah petanda yang baik.
“Apa yang kelakar sangat…?”
“Maaf…” sekali lagi keluar perkataan ‘maaf’ dari bibir Fatin Syahira. “Awak la orang first panggil Ira nama ‘Fatin’…”
Otakku ligat mencari ayat. Senang sangat kalau nak puji dia, tapi bukan style aku puji-puji perempuan.  Apatah lagi perempuan-perempuan comel macam ni.
“Nak buat camne. Nama awak memang cute.”
“Cute?”
Aku kecewa dengan kata-kata aku sendiri. Sebelum aku habis menuturkannya pun! Dan untuk meng’cover’nya aku menjawab. “A’aaah… Cute! Ada iras-iras nama kucing jiran saya skit..”
“Macam nama kucing…?” Terkejut lebih plak dia. “Kucing kat rumah jiran Rizal tu nama pe??”
“Erm…” Aku sandar…urut dagu… “Fatin… Sya..fi..qah kot.. A’ah. Fatin Syafiqah.” Teranguk-anguk aku mengkelentong.
“Nipu!” Fatin Syahira senyum meleret. “Ada ke samakan saya dengan kucing.”
Kalau kucing depan aku ni…dah lama aku gigit! Fatin tenung aku, terdiam kejap dia. “Ye la siapa la saya… Abis tu macam ne nak dapatkan Th?”
Tukar tajuk plak dia.. Aku tersengih sendiri. “Ambik dari jadual la… Napa tanya tu? Bukan ada guna dalam soalan tu pun.”
“Tau…. Soalan tadi dah siap.  Ira nak bagi paham yang Madam baru ajar tadi tu je. Nilai Tc pulak amik mana?”
Aku garu dagu yang tak pernah gatal. “Itu susah sikit nak terang…Nanti la… Tanya Madam Azizah tak nak!”
“Kan dia dah terangkan dua kali tadi. Ira tak faham lagi la..”
Aku angkat bahu.
Perbualan kami habis begitu saja. Sampai sekarang aku still tak boleh lupa bait-bait Fatin Syahira. “Macam nama kucing?” …  “Ye la. Siapa la saya…” Kalau le orang macam dia masih tak dapat penuhi ‘kriteria cantik’ aku, tak tau le sapa lagik kat dunia ni yang boleh. Hm… perkataan ‘cantik’ tak tepat sebenarnya. Perkataan yang tepat adalah ‘indah’. Bagai satu potret lukisan yang indah. Bukan palitan warnanya saja yang menarik tetapi juga pemandangan latarbelakang dan bingkai yang mengiringinya. Dan yang paling penting, rupa siapa di dalam lukisan itu.
“Jal!”
Aku betul-betul baru seminit-dua pejam mata bila suara kasar Azim tu tembus telinga aku. Tak bukak mata pun aku tau mamat tu sedang bertinggung dengan mukanya betul-betul depan muka aku.
“Apee….” Suara aku sendiri dah dengar jauh dari telinga aku.
“Ko nak number phone dia tak?”
“Tak berminat.” Tak habis-habis ingat aku gila kat Fatin tu..
“Jangan jual mahal Jal… kang kau jugak melepass…” ketawa terbahak-bahak.
“Aku boleh mintak sendiri. Kalau aku nak.” Aku harap suara aku yang dah macam orang first day bulan puasa tu dapat menghalau dia. Shooh..shooooohh! Tapi aku tau dia langsung tak berganjak dari situ walaupun aku tak bukak mata aku. Sebab angin dari kipas angin masih tak sampai muka aku.
“Takkan kau takut nak ngorat dia kot…”
Pancing la konon. “Aku tak makan pancing kau malam ni…. Gi pancing sungai lain.” Shooh, shohh! Aku nak tidoo…”
“Cehh.. Keeerek! Huh!”
“Lagipun….”
“Ape?”
“Lagipun, hidup bebas tanpa perempuan….” Perkataan terakhir yang aku ingat aku sebut.
bersambung daa…