Posted by: sanada yukimura | June 28, 2008

Aoi no Meia- Page 1 “Si Mata Biru”

[WARNING: This story is NOT for those who love Happy Endings]

Aoi No Meia- Si Mata Biru

Jam Rosak

Tak berkelip mata kanan Zik di depan kanta. Mulutnya ternganga apabila jauh di seberang sana, tangan kecil Fiza yang putih melepak itu menyeka helaian rambut yang menutup dahinya dengan penuh kelembutan. Dahinya yang luas licin bersih. Mata birunya yang tajam di payung kening hitam bersabit. Entah buat kali keberapa Zik jatuh cinta. Fiza walau hanya bert-shirt merah tua Maktab, tapi memang tak pernah berkurang cantiknya di mata Zik. Bert-shirt mahupun berbaju kurung. Pagi, tengahari, petang, mahupun malam.

“Woi!”

Zikri hampir terlompat dek kerana terkejut tetapi dia tidak dapat toleh kepala kerana belakang tengkuknya telah dicengkam kuat satu tangan kasar. ‘Ustaz! Habis la aku!’
Otak Zik ligat memikirkan alasan nak dibuat. ‘Nak tengok anak bulan? Gila! Baru bulan Muharram! Nak tengok burung? Burung apa tengah-tengah malam ni? Tengok bintang? Boleh la kot? Tapi apsal ‘tala’* kat bawah. Kat asrama perempuan. Tak kat atas??’
[*tala= tuju*]

Berpeluh Zikri memikirkan alasan yang masuk akal. “Ustaz… Saya cuma tengok- ”

“Ustad?!!”

Tangan yang mencengkam tadi melonggar. Surut darah Zikri apabila dia berpaling ke belakang.

“Hang ingat aku Ustad?!” Berderai gelak Ramadhan memenuhi bilik.

“Macam mana hang masuk bilik aku?” Niat nak marah Zikri hilang bila melihatkan wajah suka Ramadhan. Bukan selalu dapat ditengoknya. Selalu muka yang sama tu hanya reti wat expressi ‘serius’.

“Dah hang tak kunci…”

“La… Ingat aku dah kunci.”

“Hang ni nama saja biro displin pelajar. Mengintai awek ja kerja!”

“Mana ada mengintai. Aku ‘ter’tengok je,” Zik tersengih-sengih.

“Hang tengok sapa?” Ramadhan menjeling pada teropong lanun yang masih tersadai di tepi tingkap *nako.
[*tingkap kaca yang berlapis-lapis]

“Woi, hang tak boleh tengok!”

“*Awat pulak?”
[*kenapa]

“Aku ni ahli BDP je. Hang tu PRESIDEN BDP. Mana boleh buat jahat!”

“Ni la yang aku kena check apa hang buat ni. Nak kena tau jugak sapa yang hang pilih dok buat onar.”
Mulanya Zikri agak risau apabila Ramadhan mendekati teropongnya tapi kemudian fikirannya berubah.

“Ada sorang je student yang selalu study kat bilik study tu waktu malam time-time ni. Aku tengok buah hati ko le…”

“Buah hati? Bila masa aku ada buah hati…?”
Zik tak perlu menjawab kerana mata Ramadhan sudah pun di lekapkan pada kanta mata teleskop itu.

“Fiza…?”

Zikri sudah pun tersengih ubi apabila Ramadhan mengangkat matanya dari teleskop. “Hang gila ka? Nak mengintai pun setiausaha BDP!”

“Mana ada gila…”

“Gila la ni. Kantoi kang macam mana? Apa aku nak cakap bila anak buah aku mengintai setiausaha aku?”

“He… Cakap je la aku tengok bintang beb… He…”

“Tengok bintang hapa gini..! Abis yang hang kata dia buah hati aku apasai plak? Nak kena lempang kalau dia dengaq?”

Sengih Zikri bertukar jadi senyum. “Hang ni nak kata bangang, pandai. Presiden BDP lak tu…”
Ramadhan mengepalkan penumbuk sambil tersengih. “Sapa yang bangang? Hm…?”
Zikri ketawa lantang. “Minah tu dari dulu lg syok kat hang. Tak kan hang tak tau?”

“SYOK?” Giliran Ramadhan pulak ketawa. “Lawak, lawak!!”

“Apa yang lawaknya?”

“Hang nak dengaq cerita tak?”

“Lama tak…?”

“Awat?”

“Lama, aku nak amik bantai. Conform lena punya..”

“Pala hotak* hang! Dok diam aku nak cerita. Ni pasal first time aku jumpa dia…”
[*kepala dan otak]

“Wa… Best ni… Sambung2…”

“Well… Masa tu aku tengah tingkatan tiga. Dia tingkatan dua. Macam hang jugak. Aku nak balik asrama lepas keluar outing dengan ‘L’. Hang kenal ‘L’ kan?”

“Senior yg pindah sekolah lepas tingkatan 3 tu kan?”

“Ha. Dia tu roomate aku dulu.”

“Lepas tu?”

“Lepas tu… Masa keluaq tu hujan turun. Aku ntah macam mana terperangkap kat bus stand sorang2.”

“Mana L?”

“Dia balik kg. Kira macam aku pi hantaq dia balik kg la. Pastu masa nak balik tu jam aku rosak. Kena hujan.

“Hei, kena hujan skit pun rosak? Komannya*.”
[*ni klo tak tau, cari sendiri daa…]

“Hang ni banyak betui menyampuk. Dah nak rosak nak wat macam mana!”

“Ha..ok, ok. Pastu ko jumpak dia le?”

Sabaq la! Pastu tiba-tiba datang la minah ni dengan mbr dia sorang. Aku memang kenal dia. Sapa tak kenal dia kat sekolah kita kan?

Zikri mengangguk sambil menggaru dagu.

Masa tu aku macam hang la. Terpegun gak bila tengok dia close-up. Putih melepak. Nasib baik bukan taste aku.

Bukan taste hang? Hang nak macam mana lg? Nak cari minah saleh ka?

Takde la gitu. Dia tu mata kaler biru, tapi sepet macam amoi je. Bibiq* kecik. Aku suka yang mata bulat, kening lebat… Baru cute.
[*bibir (di baca ‘bi-bi-yaq’)]

He… Mengada betul hang ni.

Okla balik kat cerita. Aku still terpegun jugak. Pandang tepat muka dia dengan dia memandang tepat kat aku balik. Tapi lepas tu dia wat muka masam. Terus hilang mood aku nak tengok.

Tapi hang tengok jugak?

Ramadhan tak menjawab. “Aku pi dekat. Tanya jam pukul berapa.”

Dia jwb apa?

“Dia jawab, jam sendiri ada, tengok la jam sendiri. Aku hangin la jgk. Tak respect senior betui minah ni. Baru tingkatan dua dah nak berlagak. Lepas tu aku jwb balik. Kalau jam saya bergerak saya pun tak de keje nak cakap dengan orang yang sopan-santun macam awak.” Sambil aku angkat tangan tunjuk jarum jam kat dia.

“Apa lagi, terdiam dia. Pastu dia cakap slow je…mcm bisik. Pukul 4.30 dia kata. Pastu aku wat bodo je dok kat situ sebelah dia. Aku tengok dia pun gabra jgk sebab aku dok dekat dengan dia. Saja aku tak nak berganjak. Mbr dia seorang lg tu, lagi la gabra. Lepas tak sampai 30 minit, mai bas, kitorang naik tak cakap banyak.”

“Pastu?”

“Pastu habis la!”

“La macam tu je? Klasik la pulak cara ko ngorat dia. Tanya jam.”

“Bila masa aku ngorat… Aku memang nak tau pukui berapa. Takut warden tahan. Tapi dia tu memang sombong dengan laki. Mentang-mentang dia lawa.”

“Dulu je la… La ni, dia dah ok ape? Sejak dia jadi setiausaha BDP. Lg pun aku tengok dia rapat je dengan hang.”

“Memang la rapat. Aku paksa dia buat kerja macam-macam. Kerja payah-payah semua aku reserve kat dia. Tak tau buat kena le dia mai cari aku. Padan muka dia.”

“Kejam betui hang ni. Patut la aku tengok dia selalu sibok kat bilik meeting sblm meeting. Kadang-kadang dua tiga jam lepas meeting pun aku tengok dia dok menaip lagi.”

“Kejam? Dah keje dia sebagai setiausaha.”

“Ye la. Kasi le separuh kat Mat Napes ke. Dia kan naib ko. Tak de lak aku tengok dia sibuk.”
Ramadhan tarik nafas sblm menjawab. Melepaskan penat berbalah dengan Zikri.

“Ok la gini. Aku bukan anti dia. Tapi kau kena akui yang dia dipilih sebab rupa lebih dari sebab kelayakan. Aku kenal perangai Mat Napes tu. Kalau la aku ni batch korang dan aku la yang duduk tempat Mat Napes tu… Memang aku tak pilih punya Fiza. Aku amik Zila ke, Azzah ke. Tapi skarang dah memandangkan dia yang dipilih, aku kasi dia peluang untuk tunjukkan yang dia juga layak. Bukan sekadar letak nama je.”

(Presiden BDP adalah salah sorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan tak akan letak jawatan sehingga separuh penggal)

“So skarang ni? Pass ke tak quality check ko tu?”

“Quality check? He, he… Jangan le panggil macam tu. Stakat ni… Boleh la…”

“Ha! Kan aku dah kata dia tu bagus.”

“Ko ni mentang-mentang dah minat, semua benda pasal dia ko puji. Korang patut wujudkan FIZA FAN CLUB. Ajak si Mat Napes tu sekali.”

‘Tajam betul ayat dia…’ Zikri tersenyum kelat.

Kain Pink

Ramadhan baru nak buka buku Fizik apabila hujung matanya tertangkap kelibat orang duduk di depannya. Nurul Hafiza sedang memandangnya, tersenyum separuh hati. Takut-takut.

“Sibuk ke?” Tanya Fiza perlahan.

“Awat? Pasai report bln ni ka?”
Lama baru Fiza mengeleng. “Bukan. Personal skit. Saya tak tau ni masuk dalam kategori kerja BDP atau masaalah personal.”
Ramadhan mengerutkan dahi. Pelik bunyinya. “Kenapa?”

“Macam ni… Fiza rasa ada orang selalu intai Fiza.” Nurul Hafiza melihat wajah Ramadhan menjadi lebih serius dari biasa. Entah kenapa ini membuatkan risaunya tadi surut sedepa.

“Intai macam mana…?” Ramadhan berdehem, “…intai masa mandi ke?”
Sementelah wajah Fiza merah. “Bukan!” Pandangan Fiza jatuh ke tangan yang tergenggam. Tak sanggup bertembung dengan mata Ramadhan. “Masa study kat bilik study. Fiza rasa macam ada orang intai dari blok F.”

Ramadhan menggaru dagu berfikir. “Macam mana pulak Fiza tahu..er..macam mana Fiza boleh perasan?”

“Sebab Fiza perasan macam ada benda berkilau kat tingkap blok F. Dah banyak kali dah. Takut jgk kalau Fiza perasan je kan tapi kalau Fiza tengok waktu-waktu lain tak de pulak. Masa Fiza study je nampak.”

“Tingkap bilik study tu tak boleh tutup ke?”

“Boleh tutup separuh je. Dah berkarat. Dah la situ takde langsir.”

“Nanti saya check. Jangan sebar kat orang lain dulu. Buat sementara ni tutup le tingkap tu dengan cadar ke…dgn apa yang patut.”
Fiza angguk macam sorang anak kecil yang mendengar arahan ayahnya.

“Ramadhan…” Fiza cuba mengatur ayat tetapi lidahnya mati di situ.

“Saya akan check.”

“Ramadhan..” Sekali lagi Fiza cuba menghabiskan ayat itu tapi tak berjaya.

“Tak pe. Saya dapat budak tu saya sembelih dia buat tom yam. Ok?”
Fiza tertawa. Kemudian dia mengeleng cepat. “Tak payah la…jgn la buat apa-apa kat dia. Kesian dia.”
Serius pulak bunyi permintaan itu. ‘Sejak bila dia jadi baik hati ni?’
Walaupun Fiza terasa dadanya lebih lapang, tetapi hatinya masih serba serbi gundah kerana tak dapat mendengar yang dihajati.

“Woi. Ko kena stop la operasi covert ko tu…”
Zikri menutup pintu dan menguncinya di belakang.

“Memang dah pun. Diorang letak langsir ke apa ntah, kaler pink kat situ. Pelik betul.”

“Fiza yang letak. Aku suruh.”

Tersentak Zikri. “Dia tau ke?” Pucat mukanya yang sememangnya berkulit cerah.

“Dia tahu…” Kata Ramadhan, memandang tepat pada Zikri, “tapi dia tak tau sapa. Nasihat aku, kalau ko nak grad dari sini dengan rekod jenayah yang ‘cemerlang-gemilang’ teruskan la!”

Gelabah Zikri masih tak surut. “Ko tak kan kantoikan aku kan?”

Ramadhan diam. Agak lama Ramadhan diam dan setiap saat yang berlalu membuatkan Zikri terasa semakin dekat dengan bilik Ayahanda Pengetua. Bila Ramadhan geleng barulah Zikri terasa jantungnya sambung berdenyut kembali.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: