Posted by: sanada yukimura | June 28, 2008

Aoi no Meia- Page 2 “Suatu Hari Yang Malang”

[WARNING: This story is NOT for those who love Happy Endings]

Aoi No Meia- Si Mata Biru

Suatu Hari Yang Malang

“Ramadhan!”

Suara dari belakang itu menghentikan langkah lari-lari anaknya tadi. Tak berpaling lagi pun dia dah tahu siapa. Aduh, timing yang memang tak kena. Hatinya masih berdebar dari insiden tadi. Terpaksa la dipujuk jantungnya yang sedang berlari supaya berehat sebentar.

Tak lama kemudian wajah Fiza sudah cukup dekat hingga Ramadhan boleh nampak warna anak mata Fiza. Biru. Biru jernih.

“Ramadhan datang la pertandingan bahas Inggeris nanti…?” Kata itu lebih kepada pertanyaan dari ajakan. Pertanyaan dengan sedikit harapan. Fiza sudah terlalu kenal dengan Ramadhan untuk mengharap lebih-lebih. Lelaki ini memang benci bercakap banyak, apatah lagi nak dengar orang berbasa-basi di atas pentas.

“Saya tak faham kenapa orang habiskan masa nak bertekak tegakkan pendirian masing-masing. Kalau niat bercakap nak bertolak ansur dengar buah fikiran orang ke lain le jgk…”

Barangkali kerana sisa gentar peristiwa yang berlaku sebelum terserempak dengan Fiza tu, suara Ramadhan keras dan mendatar. Namun hakikatnya, pendirian hati Ramadhan memang begitu. Apa gunanya bercakap entah apa-apa kalau maklumat boleh disampaikan dengan hanya satu gerak muka. Satu kerutan di dahi atau satu senyuman ringkas. Apa guna bermain bahasa?

Fiza akhirnya senyum kelat kecewa.

“Saya pun tak faham satu benda,” balas Fiza. “Awak ni pernah best student English . Tak kan sikit pun kat hati awak tu tak terdetik nak pergi tengok langsung?”

“Kalau dah tak de sebab, buat apa saya pergi?”
Ramadhan tengok bibir Fiza tak lagi tersenyum, walau sebaris senyuman tawar. Bibirnya keras mendatar. Tanpa mengulas, Fiza berangkat pergi.

Belum sempat perasaan gundah bercakap dengan Fiza hilang Jiman tiba termengah-mengah.

“Apsal Fiza tanya-tanya ko? Dia tau ke?”

“Hish! Tak de la. Habis, betul ke Ayahanda yang ko nampak tadi?

“Mana aku tau! Aku pun lari sama dengan ko kan! Habis la kita kalau dia perasan kita tadi…” Mengah Jiman sudah pudar tapi rasa gentar dan bersalahnya tidak.

“Aku memang salah Ram. Aku tau diorang nak pasang cerita ‘blue’. Saja aku ajak ko tengok sebab aku pun segan. Ko tu yang jadi mangsa. Dua kali kau hampir kantoi dengan ayahanda harini. Sooorry banyak-banyak Ram. Aku salah kat engkau.”

Ramadhan diam mati. Tak tau apa yang patut dia balas. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Tangannya! Langsung dia tak teringat tangan yang berdarah itu dek kerana terkejut bertembung dengan Ayanhanda tadi. Fiza perasan? Tak mungkin. Kalau Fiza perasan tentu dia dah tegur. Tentu dah pucat muka dia tengok darah banyak macam ni.

“Woi Ram! Jom la gi bilik BDP dulu. Biar aku balut dulu…”

23 minit sebelumnya

Hampir serentak berbelas-belas pasang tapak kaki menyentuh lantai pada masa yang sama. Di tambah dengan gegaran tolak tarik kerusi dan sofa, bunyi yang terhasil memang dahsyat. Seolah-olah gempak gempita dilanda gempa bumi.

“Ayahanda! Ayahanda!” Di sana sini nama itu disebut menambahkan lagi gentar dan kekalutan. Dalam kekacauan itu agaknya yang paling malang sekali adalah Ramadhan dan Jiman. Mereka sedang berjalan menyusuri tepi banggunan yang menempatkan bilik tv itu apabila rampage berupa manusia keluar dari serata pintu dan tingkap meluru merempuh mereka berdua.

Jiman disiku di perut oleh entah siapa manakala Ramadhan ditolak kasar hingga terjatuh. Ketika sedang jatuh, belakang tapak tangan kirinya tersaruk pada pasu bunga yang pecah di hujungnya. Jarinya terasa kebas. Ketika dihadapkan tapak tangannya ke muka untuk di teliti, darah merah ketara sedang menitik laju. Panjang luka itu menakutkan mata Ramadhan sendiri. Hampir empat atau lima sentimeter agak Ramadhan. Merentasi dari pergelangan tangan ke hujung telapak, antara jari telunjuk dan jari hantu.

“Ya Allah! Ram, darah!” Jiman terbeliak.

“Aku tau. Lari dulu Man, kalau ayahanda nampak kita, mampus!”

Ayahanda. Itu saja yang mampu Ramadhan fikirkan masa itu. Walau apa pun terjadi ayahanda tak boleh nampak dia dalam keadaan itu.
Mereka berdua masing-masing angkat kaki menuju ke arah bilik kelab ‘korum’ yang terletak selang beberapa blok dari situ. Barangkali mereka berdua saja yang menuju ke arah itu memandangkan tiada sebarang kelibat lain nampak di mana-mana. Hati Ramadhan bersyukur. Besar padah kalau ada Junior atau student perempuan yang tidak rapat dengan Ramadhan nampak dia berjalan dengan tangan berdarah begini. Macam-macam boleh terjadi. Dan macam-macam cerita boleh tersebar.

“Kita nak gi mana ni Ram? Kat mana nak balut luka kau?”
Ramadhan menyeringai setiap kali nampak isinya yang terdedah di bawah kulitnya. Bukan sakit yang membuatkan dia begitu, tapi pemandangan luka itu yang lebih menakutkan dari rasa sakit itu sendiri.

“Kenapa kau diam? Sakit ke?”

“Sakit le mangkuk…” Panas hati Ramadhan dengan soalan bodoh itu.

“Kau kena kat mana yang boleh luka tu Ram? Kat pagar besi tu ke?”

“Bukan. Kat pasu bunga pecah atas tingkap tu. Aku pun heran macam mana bleh besar sangat luka padahal bukan tajam sangat hujung pasu tu…”

“Dah ko langgar laju memang le panjang gini. Tapi nasib baik gak kena kat pasu tu. Bukan kat dawai besi berkarat tu. Ko tau apa jadi kalau kena besi berkarat lepas 24 jam?”

“Jadi apa? Serigala jadian ke?”

“Lagi teruk! Kalau tak suntik dalam 24 jam… Cikgu aku dulu kata memang takde chance dah!”

“Apsal..?”

“Kena kancing gigi.”
Ramadhan tertawa kecil. “Aku ingat jadi makin hensem ke… Makin pandai ke…”

Jiman turut tersengih. “Kalau aku mungkin la boleh. Sebab genetik keluarga aku ni pelik skit. Bila makin tua makin hensem. Makin banyak parut makin macho. Tengok atuk aku, macho gila. Parut penuh badan!” Gelak dua orang sahabat bergema memenuhi seluruh bilik korum.

“Bodoh betul kelab korum ni! First aid pun tak dak!” Jiman berputus asa membongkar almari-almari di situ.

“Memang la. Sapa yang nak injured masa main korum?”

“Betul jugak…” Kedua-duanya ketawa lagi.

“Aku tau kat mana ada first aid Man.”

“Kat mana? Mai aku pi amik kat ko.”

“Kat bilik BDP.”

“Ko tunggu kejap-”

“Kita pergi sekali la. Ko bukan pernah masuk pun bilik BDP. Ko mana tau kat mana…”

“Betui jugak. Tapi kalau orang nampak ko jalan dengan tangan macam tu?”

“Sapa kata aku nak jalan? Kita lari la!”

24 1/2 minit kemudian

“Hei, macam mana la boleh terserempak dengan Ayahanda dua kali ni? Pastu terjumpak Fiza pulak time-time macam ni. Malang betul hari ni…”

“Aku mintak maaf banyak-banyak la Ram…”

“Sudah la. Berapa kali ko nak ulang benda sama. Yang penting kita dah ‘selamat’ kat sini.”

Ramadhan dan Jiman masing-masing sedang melampiaskan penat yang bertimpa hari itu dengan bermalas-malasan di atas sofa dalam bilik BDP.

“Ye la. Err… Fiza cakap apa kat ko? Rapat betul korang kan?”

“Dia ajak pegi bahas English Rabu ni. Malas aku. Bukannya aku ada kaitan apa-apa pun dengan debate!”

“La… Mangkuk betul ko ni! Dia suruh ko pegi tengok dia la tu… Kan dia bertanding wakil maktab kita…”
Ramadhan terdiam macam orang bodoh. “Ye ke. Aku terlupa lak…”

“Terlupa ke tak tau?! Tak sensitif langsung la ko ni! Macam mana la si Fiza tu boleh jatuh cintan dengan orang macam ko ni!”

“Memandai-mandai je kau nak ngenakan aku dengan dia pulak. Kau jangan tak tau dia tu garang. Sekali dia lempang, bingung ko seminggu…”

“Aku mana ada memandai-mandai wat cerita, walaupun aku memang pandai,” Jiman tersengih-sengih dengan lawaknya sendiri. “Cerita nya aku dengar dari budak perempuan sendiri…”

“Cerita apa?”

“Kau ni dari tadi biar luka tu terbuka. Bagi la aku wat dulu luka kau tu. Cerita tu bila-bila boleh cerita.”

“Ko nak balut je kan?” Dalam otak Ramadhan terbayang jarum dan benang.

“Basuh dulu la.”

“BASUH?!” Ramadhan hampir tak percaya dengar kata-kata yang begitu mengerunkan hatinya itu.

“Basuh la. Nak buang kotor-kotor kat situ. Nanti kena jangkitan kuman!”

“Aku nak tanya kau satu soalan dulu…”

“Apa?”

“Kau pernah belajar first aid ke? Ada masuk Bulan Sabit ke?”
Jiman mengangkat kening tak puas hati. “Memang tak pernah… Tapi aku pernah tengok orang buat la. Trust me darlin’. I know what I’m doing!” Mata Jiman di kenyitkan. “First-first ko gi basuh…”

“Tak payah la… Balut je la…”

“Ah, tak de! Ko takut biar aku basuhkan. Ko tutup mata kalau takut!”

“Kepala hotak kau. Bila masa aku takut? Aku boleh buat sendiri!”
Jiman tersengih. Hakikatnya dia sendiri tak pasti samaada patut atau tidak luka itu di basuh tapi seingatnya semasa kecil-kecil dahulu mak pernah cuci luka di lutut sebab jatuh semasa main tepi longkang dulu. Seingatnya, sakit itu memang bukan kepalang!

Ramadhan menyeringai sebelum air menyentuh lukanya lagi. Apabila air paip yang sejuk itu benar-benar menyentuh lukanya dia mengertap gigi kuat. Sakit yang memang tak dibayang. Terketar-ketar genggaman tangan kanannya menahan sakitnya. Darah yang dicairkan air paip itu mengalir laju memenuhi singki.

“Sakit Ram?”

Ramadhan baru hendak membuka mulut hendak menjawab apabila dia perasan Jiman sedang merenung dengan mata bulat ke arah belakangnya. Dia pun berpaling, sempat untuk mendengar perkataan ‘Allah’ keluar dari mulut seorang perempuan dan memerhatikan perempuan itu rebah ke lantai.

“Ram, Azzah pengsan!”

Ke dua lelaki itu kelam kabut menuju ke arah Azzah.

“Ram, macam mana?!”

“Rilex, jangan gabra! Tolong aku angkat dia.”
Azzah di usung ke sofa yang terletak di ruang menunggu. Ramadhan mencapai ‘paper’ Star di atas meja kecil lalu mula mengipas Azzah dengan tangan kirinya.

“Ko gi cari sapa-sapa Man,” arah Ramadhan.

“Sapa? Warden ke?”

“Sapa-sapa sajalah. Asal perempuan la..!”
Satu-satunya orang perempuan yang dijumpai Jiman sememangnya dalam perjalanan menuju ke bilik BDP pun.

“Kenapa abang Man?” Berkerut dahinya melihat Jiman yang nampak lega terserempak dengannya.

“Fiza tolong abang jap?”

“Tolong apa?”

“Ikut abang kejap!” Tak sempat Fiza berkata apa lagi tangannya sudah di tarik Jiman ke bilik BDP.

“Abang Man, kenapa ni!” Fiza baru hendak memberontak apabila ditarik masuk ke dalam bilik BDP. Kemudian matanya terpandang pada Ramadhan yang sedang duduk bersebelahan Azzah yang sedang terbaring tak sedarkan diri. Agak lama dia terkaku sebelum dia terperasan darah yang mewarnai surat khabar yang di pegang Ramadhan dan tompok-tompok darah yang menitis pada baju kurung biru Azzah.

Ramadhan sendiri terkejut melihat Jiman merempuh masuk dengan Fiza yang meronta di tangannya. Terpana sebentar dia melihat tangan Fiza yang putih bersih di sulam tangan Jiman yang berkulit agak gelap itu. Pandangannya kemudian terlalih pada wajah Fiza. Dalam masa beberapa saat itu tiga expression muka yang berlainan terpampang pada wajah Fiza. Dari marah, menjadi bertambah marah dan kemudiannya satu expression yang tak boleh ditafsir Ramadhan.

“Ramadhan! Tangan awak! Tangan awak berdarah!”

Kedua-dua lelaki dalam bilik itu kaku tidak tahu hendak buat apa. Ramadhan teringat pasal tangannya yang luka. Dia baru perasan darah dari tangan yang memegang paper tadi masih menitis. Membasahi paper itu dan juga baju kurung Azzah.

Agak kasar Fiza menarik tangan Ramadhan untuk di teliti. Luka tadi nampak kurang berdarah tetapi semakin jelas kelihatan isi di bawah kulit yang terbuka. Sangka Ramadhan dan Jiman, Fiza pun akan pengsan jugak bila dia melihat luka itu tetapi perempuan itu langsung tak nampak takut atau ngeri melihatnya.

Fiza berlari ke dalam bilik mesyuarat kemudian datang semula dengan First Aid kit. Dikeluarkan bandage dari kotak First Aid dan di uraikan lipatan bandage. Ramadhan dan Jiman hanya mampu melihat Fiza dengan cermatnya membalut telapak tangan Ramadhan. Beberapa kali dahi Ramadhan berkerut dan setiap kali itulah Fiza memperlahankan tindakannya dan bertanya, “sakit?” Sambil memandang reaksi Ramadhan.

Sesudah selesai, Ramadhan bersuara. “Awak tu… bukan mahram saya.”

Perlahan-lahan Fiza melepaskan pegangan tangannya. Kalau boleh memang dia tak mahu melepaskan. Kalau boleh dia mahu pegang tangan itu sampai luka itu hilang. “Habis kalau saya tak balut sapa nak balut?”

Terasa di sudut hati Jiman yang kehadirannya seolah tak disedari.

“Ada baiknya awak jaga Azzah tu.”

Fiza mengalih pandangan pada Azzah yang masih terbungkam. “Dia pengsan sebab tengok darah ke?”

Kedua-dua lelaki di situ mengangguk.

“Macam mana Ramadhan boleh luka ni?” Pandangannya di tujukan pada Jiman bukan Ramadhan. Seolah-olah Jiman pulak yang bertanggungjawab atas luka Ramadhan.

“Kitorang accident sikit tadi. Tangan dia terkena pasu bunga pecah…”

“Pasu bunga…?” Bagi Fiza jawapan itu benar-benar tak masuk akal. Pada logiknya ada rahsia yang sedang di sembunyikan. Mungkin abang Jiman tipu sebab nak cover Ramadhan buat apa-apa salah..?

“Kenapa abang Ruzaiman tak jaga Ramadhan?!”
‘Ah… Sudah! Kenapa aku pulak kena jaga dia??’

“Dia bukan budak kecik nak kena jaga-jaga ni…” Jiman menyindir. Malangnya bukan Fiza yang terasa, tetapi Ramadhan pulak yang terkena tempias sindiran itu.

“Kenapa,” celah Ramadhan sebelum Fiza sempat menyambung leterannya, “panggil Ruzaiman, ‘abang’… Tapi saya, Fiza panggil ‘Ramadhan’ saja?”
Kedua lelaki di situ melihat wajah Fiza diserbu warna merah. “Sukahati saya la… Kenapa Ramadhan nak jealous pulak kat abang Ruzaiman?”

“Kenapa..? Tak rasa saya ni senior awak ke?”

Azzah sedar dari ‘tidur’nya setelah telinga dicucuk-cucuk dengan bunyi bising berkali-kali. Mulanya dia agak keliru dengan persekitarannya tetapi lama-kelamaan segala-galanya mula di fahami. Fiza suruh dia ambilkan buku laporan mesyuarat yang tertinggal di bilik BDP dan dia terserempak dengan ‘benda merah’ itu lalu dia pengsan. Sekarang dia rasa ragu-ragu untuk bangun dari tidurnya apabila telinganya menangkap kata-kata dari Ramadhan. Sengaja dibiarkan matanya kekal tertutup. Benda yang lebih menarik mungkin menyusul dari ‘pergaduhan’ Ramadhan dan Fiza.

“Senior apanya? Ramadhan tua dari saya setahun saja!”
Ramadhan sendiri terkejut melihat baran dalam kata-kata Fiza. Apakah Fiza masih marah pasal debate tadi?’

“Habis Jiman tu bukan setahun je tua dari awak?”

“Dia lain! Dia pandai respect orang. Dia tak sombong macam orang tu!” Bidas Fiza.

Jiman sikit pun tak terasa suka biarpun namanya dinaik-naikkan. Baginya, namanya boleh diganti Fiza dengan nama sapa-sapa saja. Pergaduhan ini tak berkaitan dengannya. Pergaduhan itu diantara Fiza dan Ramadhan. Jiman alihkan pandangan dari Fiza mahupun Ramadhan dan dia perasan akan satu perkara aneh. Mata Azzah sedang terkebil-kebil!

“Azzah dah sedar?”

Kedua-dua Ramadhan dan Fiza mengalih perhatian serentak pada Azzah yang sedang mengangkat kelopak matanya sambil tersengih-sengih.

“Azzah ok ke? Nak pergi hospital ke?” Fiza bersuara.

“He… Takde la. Azzah tak apa-apa. Sambung la apa yang Fiza dengan abang Ramadhan bincang tadi…”

Fiza menoleh pada Ramadhan dengan wajah masam. Walaupun dia berniat hendak melepaskan dendam marahnya tadi tapi terpandangkan balutan yang dia sendiri buat pada tangan Ramadhan, Fiza batalkan niatnya.

“Tengok. Azzah pun pandai respect saya sebagai senior.”
Kata-kata itu bagai halilintar yang menyambar dahan kayu kering. Sekelip mata hati Fiza sudah terbakar!

“Abang Man! Abang Man bawak dia ni, mamat berlagak ni pergi klinik nanti!” Ekor mata Fiza diisyaratkan pada Ramadhan yang turut terkesima. “Nak harap orang degil macam dia pergi sendiri, tahun depan pun belum tentu dia mau. Jom Azzah, balik!”
Azzah terpinga-pinga memandang wajah Fiza yang merah.

“Jom balik!” Tangan Azzah direntap Fiza tanpa belas kasihan.
Ramadhan dan Jiman hanya mampu memandang.

“Kali ni ko dah buat masaalah yang betul-betul besar, Ram…” Bisik Jiman apabila pandangan mereka bertembung.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: