Posted by: sanada yukimura | June 28, 2008

RH Chapter I (Rizal) Page 4 “Gedegang”

<Page 4: ‘Gedegang’>
11:09:47 PM
Ahad, 1 Februari 2004

“Betul ke diorang dah survey gunung tu?”

Hampir tersedak si Syahrul aku siku. He he… silap timing pulak masa dia tengah dengan khusyuknya menghirup air.

“Astargfirullah….” mamat tu mengurut dada.
Aku tersengih menahan rasa nak ketawa.

“Agak-agaknya kalau masa ko nak minum air tu kejap lagi, aku kasi lutut kat perut kau macam citer ‘Ong Bak’ tu… best tak?” perli Syahrul sambil tersengih.

“Hahaha… Sorry boss!”
Syahrul ketawa. “Lain kali tanya sudah ler. Tak yah siku-siku. Ha, ko tanya apa tadi Jal?”

Inilah yang aku suka pasal Syahrul. Tak mudah marah dengan aku. Bertepatan sangat dengan perangai aku yang suka buat orang bengang ni. Hahaha…

“Aku tanya, diorang dah survey gunung tu ker?”
Semasa bertanyakan soalan itu, mata aku tertangkap bayang seseorang berjalan dari arah blok perempuan menuju ke arah public phone di belakang meja yang aku dan Syahrul duduk. Tetapi dia tak berhenti di situ. Dia berjalan terus ker ‘vendor machine’. Nak membeli ‘air gedegang’ nampaknya. Ntah sapa yang cipta nama ‘air gedegang’ untuk air tin pun aku tak tau tapi memang itu panggilan yang popular untuk air tin.

“Aku tak sure la Jal. Dah kot, nanti aku tanya. Kat mana gunung Korbu tu hah?”

“Rasa-rasanya kat Negeri Sembilan…”

Aku jeling hujung mata memerhatikan awek tu. Bukan apa, aku nak tengok boleh ke tak dia dapat air tin tu. Baru pagi kelmarin (pukul 3.30 pagi, betul-betul punya pagi!) aku dan Joe cuba guna. Cuba punya cuba, punya cuba, hampir lima kali cuba baru boleh. Ada skill nak guna ‘mesin gedegang’ tu, bukan sembarangan.

“Tu kau tengah survey apa plak tu?”

Tajam betul mata mamat ni. Bukan sekali dua tapi dah berkali-kali aku perasan. Cepat betul dia tangkap niat tersembunyi aku.

“He he… Kau ni cepat tangkap jugak ek…”

“Dah lebih tiga tahun aku kawan dengan kau Jal… Kenal sangat. Kalau tak salah aku, kau nak pergi ‘beli’ air gedegang kan?”
Minah tu nampak merungut-rungut. Terkial-kial menekan butang-butang mesin ‘air gedegang’ tu.

“Hehehe… Pandai la kau ni. Aku nak gi tolong dia jap. Kau lepak jap, wokeh…”

“Aku pun rasa macam nak beli air gedegang jugak la..” tiba-tiba Syahrul tersenyum. Ikut bangun dari kerusi duduknya.
Hairan. Membuatkan aku terperasankan satu benda. Sejak kebelakangan ni memang Syahrul selalu memerhatikan aku. Terutama bila aku bercakap dengan perempuan. Hm… Kenapa aku tak perasan selama ni. Mungkin aku patut ‘turunkan ilmu’ pada mamat ni…

Lebih advance dari aku, Syahrul sudah pun berada berdekatan mesin ‘gedegang’. Berlakon seolah-olah menunggu giliran. Gaya berjalan dah ada. Gaya berdiri pun dah ada. Ada satu je yang dia kena baiki dulu. Tak pe, masa untuk itu akan sampai…

Minah tu aku tidak kenal, tetapi agak-agak aku junior semester 4. Kecik jer orangnya. Rupa? Boleh tahan. Putih, hidung kecik terletak comel jer. Mata dia, bak kata orang seni, buntang… Skala rating aku? Hm…Susah skit ni. Jika anda seorang yang sukakan awek cute and adorable, aku yakin anda boleh bagi 9. Jika anda suka matured type, setakat 7 tu boleh la. Jika anda sama type dengan aku, dapat la 7.9 kot. Type aku macam mane? Itu… rahsia!

Awek tu aku tengok, ber-t-shirt merah dan ber-track-suit hitam. Baru balik jogging kot. Pukul 10, track suit? Jogging? Tak logik la pulak.

“Dah habis guna?” Aku mula bicara.

Syahrul mula memerhati.
Hanya sekilas pandang ke arah aku, kemudian awek tu mula mengutip syilingnya dari tempat ‘collect change’ mesin tu. Segan dengan kami barangkali. “Mesin ni tak boleh guna la bang,” ngomel awek tu sebelum malu-malu beredar dari situ. Alahai…. cute nya!

“Dik! Dik!”
Awek tu hampir-hampir tak berhenti. Samada tak mahu berhenti atau memang tak dengar aku panggil.

“Ooo.. Cik Adikk!!” Awek tu berenti mengejut. Toleh arah aku. “Sini jap!” Ragu-ragu dia jalan balik arah aku.
Aku jeling ke Syahrul… Sedang memerhati. Dengan khusyuknya.

“Dik, bak sini syiling tu.”

Awek tu ragu-ragu gugurkan syiling ke dalam tapak tangan aku yang terbuka. Ish, muka aku ni jahat sangat ke? Tak kan dia ingat aku nak pegang tangan dia..

“Dik nak air per?”

Awek tu memandang aku sambil tertunduk-tunduk. Tak berani pandang tepat muka aku barangkali. Syahdu betul. Bagi aku, perempuan malu sebegini adalah ‘dimaafkan’. Aku tak maksudkan yang malunya tu satu kesalahan, tapi ye la, bila orang malu sebegitu rupa kita pun tak senang duduk. Adalah menjadi ‘tanggungjawab’-pada pandangan aku- untuk membuat dia tidak rasa bersalah dengan rasa malunya tu.

“Err… Air pe pe la, bang!”

“Jap…” Aku mencari-cari pada icon-icon air yang ada pada mesin gedegang tu… “Tak de la dik!”

Awek tu memandang tepat kat aku dengan mata terbuka luas.

“Apa yang tak de?” Betul-betul terkejut nampaknya. Aku rasa nak tergelak. Tapi tak sesekali aku biarkan rasa tu terbayang kat wajah aku.

Check skit Syahrul. Dia tengah menggaru kepala.

“Air ‘ape-ape la’ tak de. Adik kena pilih air lain la…”

Awek tu ketawa. Perlahan jer bunyi dia. Di cover lagi mulut dengan tangan. Hampir-hampir tak dengar bunyinya.

Aku jeling lagi kat Syahrul… Sedang garu dagu, menggangguk skit. Tersengih!

Aku senyum sikit kat awek tu. Sekadar cukup dia tahu aku cuma bergurau. Maklumlah…muka aku bukan boleh serius sangat.

“Err… Vanilla Coke bang?”

“Jap ek…” aku mulakan ops membeli air ‘gedegang’ tu. “Krangg…” Berderet syiling jatuh kembali dari perut mesin tu…

‘Hampeh’ tul mesin ni. Time-time gini lak tak nak jadi. Awek tadi tergelak melihat nasib malang aku. Syahrul? Bukan main sakan lagi gelak! Kureng garam betul…

One more time…

“Tak pe la bang. Tak boleh tak pe..”
Masukkan syiling…tekan ‘button’ vanilla coke….dan….

“Gedegangg!” Lahirlah seketul air ‘gedegang’ dari perut ibunya.

Kedua-dua Syahrul dan awek tu menghampiri aku serentak. Tak percaya. Ceh! Ni yang aku hangin bila orang tak percayakan kebolehan aku.

“So… Tak de air untuk saya ke?” Aku pancing.

Awek tu tersengih menampakkan barisan gigi yang kecil. Mengingatkan aku pada sengihan adik aku sendiri. Fiza yang suka tersenyum dan tersengih.

“Nah, beli untuk abang Syahrul sekali ek!”

Aik. Tau plak nama Syahrul? RM 2.40 cukup-cukup jatuh ke tangan aku. “Ko nak air pe Rul?”

“Coke je la.”

Aku ambil Coke Vanilla awek tadi dari lubang kat bawah mesin gedegang tu dan letak kat atas mesin tu. Semasa aku nak masukkan syiling tu kedua-dua orang manusia di sebelah aku memanjangkan leher nak tengok bagaimana aku melakukannya. Hehehe… rasa macam Mc Guyver la pulak. Hero zaman kanak-kanak aku.

“Nak masukkan syiling tu kena kat bahagian hujung lubang dia, kat sebelah kanan ni. Klo tak dia tak ‘lekat’.” Syahrul dengan betul bendulnya mengangguk. Awek tu hanya ‘ternganga’.

“Err…satu lagi. Mulut juga harus di tutup untuk mengelakkan apa-apa yang tak patut masuk, masuk!”
Sedar aku maksudkan dia, awek tu merapatkan mulutnya dan tersenyum-senyum malu. Merah nampak muka dia.

“Pastu masa tekan button air tu, kuat sikit, lama sikit. Dalam tiga saat ok la…”

“Gedegangg!” Kali ni dapat ‘tangkapan’ coke plak.

“Macam tu ke…” aku dengar awek tu ngomel lagi. Perasan aku sedang memandangnya, dia terus tertunduk balik. Hehe..

“Gedeganggg!” Satu lagi bijik tin coke. Aku pass satu kat Syahrul dan pegang satu lagi.

“Ok la, abang balik dulu.”
Aku isyaratkan kat Syahrul. Syahrul hanya mengikut.
.
.
.
.
“Abang!”

Hehe… Bunyi yang aku tunggu-tunggu. Syahrul memandang aku tak faham. Napa agaknya awek tu panggil aku? Dia barangkali pikir. Hehehe… Aku berpatah balik ke arah minah tu. Hehehehe… kelakar nya aku tengok situasi itu. Seorang perempuan memandang aku dengan muka merah. Hendak mengapai air tin atas mesin tu tak sampai.

“Abang sengaja ek!” Marah betul nampaknya.

“Hehe… ‘TER’ lupa la dik. Aku capai air gedegang tu.

“Tak baik tau mainkan orang…” mencuka mukanya, ambil air dari tangan aku.

Aku tak ngendahkan kata-kata dia. “Nama siapa?”

“Saya?”

Hehehe….memang lawak awek ni.

“Tak kannnn saya tanya mesin air ni plak….” perli aku sambil menjeling mesin itu serius.

Muncung awek tu, memandang ke bawah. “Mira. Asmira.”

“Mira tolong sampaikan salam kat akak Syidah? Kenal?”
Mira angkat kepala memandang aku. Dahi berkerut.

“Kak Rasyidah? Course Chemical Process?”

“A’ah.”

“Nama bang?”

“Rizal Roslan Khan. Budak Process jugak.”

Awek didepan aku tu berfikir sebentar sebelum mengangguk. “Rizal Roslan Khan…Ok..” Awek tu mengangguk, bersetuju.

Syahrul menggeleng. Tak setuju.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: