Posted by: sanada yukimura | June 28, 2008

RH Chapter I (Rizal) Page 5 “Operasi Menyelamat”

<Page 5: Operasi Menyelamat>
11:00:47 PM
Isnin, 2 Februari 2004

Kelas pertama dan satu-satunya subjek sem 7 untuk hari Isnin adalah kelas ‘Environmental Science’. Kepunyaan Prof Najwa. Seperti biasa kelas-kelas teori memang memerlukan kekuatan sejati dan keteguhan hati seorang pahlawan untuk mengharunginya. Kalau tidak gerenti ‘putus leher’, terkulai di tengah-tengah kuliah. Selamatlah kau belayar ke alam lain.

Biasanya bagi kami ‘chemical engineers-to-be’ ni, subjek yang paling MENGGERUNKAN adalah subjek teori yang tidak berteraskan pengiraan dan konsep engineering seperti subjek ni. Nasib bagi kami, Prof Najwa adalah sorang yang sangat memahami sifat ‘bakal-bakal Ir’ ni (insya-Allah) dan jarang menanyakan soalan-soalan test atau exam bersifat hafalan.

Selepas 120 minit perjuangan menentang rasa mengantuk, kami di bebaskan ke alam nyata. Seperti biasa juga, dengar sahaja perkataan ‘kita jumpa lagi minggu depan’ dari mulut Prof Najwa, semua mata-mata kuyu terbuka luas. Masing-masing tersengih melihatkan gelagat sesama sendiri.

Orang pertama bercakap dengan aku selepas itu adalah Syidah. Syidah dengan tudung labuhnya berwarna hijau cair dan fail bimbit warna putih yang sangat aku kenal.

“Saya rasa kita tak berkenalan lagi lah..” mula Syidah, sambil memandang aku lain macam. Aku dah dapat agak arah tuju ayatnya.

“Hm…” Aku kerutkan kening buat-buat tak faham. “Dah tiga tahun kita kawan, tak kan tak tau lagi nama saya?”

“Itu la masaalah nya.. Selama ni saya hafal nama awak sebagai ‘Rizal Hafizuddin Hj Zakaria’…”

Hehehehe…

“Tak tau pulak silap! Rupa-rupanya Rizal ‘Amenda’ Khan ntah.”

“Hehehe…”

Syidah geleng kepala… “Tak baik la kau tipu budak tu. Kalau ye pun nak ngorat dia tak yah la tipu dia gitu. Kawan tu percaya bulat-bulat cakap kau!”

“Aku bukan ngorat dia la… Aku saja nak kenakan kau. Nak tengok kau sebijak yang dikatakan ke tidak.”

“Setakat menda tu tak payah aku, budak tadika pun reti pikir… Bila kau nak ajar aku wat assignment QC ni? Haritu janji.”

Aku baru nak balas soalan itu bila tetiba handphone murah aku mula meraung melalak lagu tema GTO, ‘Poison’. Lupa ‘silent’ kan rupanya! Bahaya betul, mujur tak di tengah-tengah kelas tadi..!

“Tengok, awek dah call!” usik Syidah.

“Tak la. Mesej…” aku ‘unlock phone’ dan tekan ‘read message’. Alamak. Serius semacam bunyi mesejnya!

“Syida, aku de hal la. Nanti kita set la bila-bila nak study okay..”
Tanpa tunggu Syidah angguk aku terus meluru ke arah Syahrul yang sedang bersembang dengan Mad dan Joe. “Syahrul ikut aku jap?” Syahrul angguk. Joe dengan Mad cuma sempat membebel apa ntah aku tak dengar.

“Apsal Jal?” tanya Syahrul semasa dia terkejar mengikut aku turun tangga. Aku pass handphone dengan message tadi masih lagi atas skrin. Mendadak dia turun tangga, mendahului aku di depan!

Di tingkat bawah, belakang bilik Bilik Tutorial 12 aku dan Syahrul ternampak 3 kelibat pelajar perempuan melutut di tepi parit. Tiga-tiga junior aku tu nampak tenang jer? Sesampainya di situ kami yang termengah-mengah hampir-hampir tidak dapat brek dan skit lagi nak terjatuh dalam parit.

Ayat pertama di keluarkan Syahrul adalah, “Ira tak apa-apa??”
Aku yang masih semput kehairanan melihat keadaan yang berlaku dan reaksi Syahrul tadi. Ira menggeleng nampak tercengang. Bagus, bukan aku sorang yang tak faham.

“Kenapa hantar message macam tu sekali??” soal Syahrul dengan ekspressi yang tak pernah aku nampak selama aku kenal dia. Marah..? Bukan! Risau, ternyata dia sangat risau!

Handphone dirampas dari tangan aku dan di sua untuk tatapan Fatin Syahira.

“[Sender: Fatin]- Rizal dok tgkt3 kan? blh tlg trun kat blkg bt12 skrg jgk x??ni soal hdp mati!! Ada accident skit! PLZZ!!”

“Bu-bukan saya yang taip bang,” aku tengok tangan Fatin yang memegang handphone aku tu sikit bergetar. Fatin berpaling ke arah dua orang perempuan di sebelahnya. Mek Na dan Azlin.

“Saya yang taip bang Syahrul…” ngaku si Azlin sambil tersengih-sengih takut. Seberani-berani Azlin, takut jugak dia.

“Nape korang buat lawak macam ni. Mujur tak abang Syahrul kau ni jatuh tangga tadi…” Aku mencelah melihat Syahrul terdiam. Membongkok menongkat lutut. Barangkali baru merasa lelah berlari tadi.

“S-ssorry bang. Saya gurau je. Lagi pun saya send kat Rizal, bukan abang Syahrul…”

“Ooo… kalau saya yang mati jatuh tangga tadi takpe la…?” Panas pulak hatiku. Kali itu tak dapat aku tahan dari terkeluar. Silap Azlin ni sendiri wat lawak-lawak macam ni.

“Tak de la maksud gitu bang. Saya melawak jer. Sorryyyy…”

“So takde apa-apa la korang hantar message ni?”

“Err sebenarnya ada…” celah Mek Na yang terdiam dari tadi. “Saya yang suruh Azlin hantar message tu sebenarnya. Nak mintak tolong Rizal.”

“Nak buat apa?”

Fatin Syahira pulak mencelah. “Nak Rizal selamatkan tu…”
Ketiga-tiga budak perempuan di depan aku mengisyaratkan ke dalam parit. Aku dan Syahrul memanjangkan leher mengintai ke dalam parit yang agak dalam tu. Satu wajah comot memandang kami berdua.
.
.
.
.

Aku dan Syahrul bermain mata. ‘Kau turun’ aku isyarat.

‘KAU la turun!’, ‘bantah’ Syahrul.

‘Tadi kau yang ia-ia sangat nak selamatkan orang’, ‘balasku’ dengan kerutan dahi.

Kerut dahi, sepet mata, ketap gigi. Sudah! Apa yang dia kata ni??

“Lawan tikam, sapa kalah turun!” kata Syahrul memecah kesunyian.

“Set, aku setuju!”

Sapa yang kalah? Tak yah tanya la. Walaupun aku sangat -sangat sukakan kucing, aktiviti menyelamat tu aku buat dengan paksa rela. Habis baju kesayangan aku. Tak kena airnya pun, kena baunya. Nasib baik air dalam longkang tu sikit saja, anak kucing tu pun basah sikit-sikit jer. Kaki, ekor dan hujung mulut. Hei la kucing… nasib baik ko comel! Dan Fatin Syahira yang pakai baju colour merah tu pun comel harini!

Azlin menghulurkan sapu tangan dan Fatin Syahira mengelap kering anak kucing tu. Aku tak tau kenapa tapi pemandangan tu cukup istimewa bagi aku. Gaya Fatin Syahira mengusap kucing itu penuh kelembutan. Memeriksa telinga, mata dan hidung kucing tu dengan cermat. Menggaru-garu leher kucing tu. Mengusap kepala dia… Penuh kelembutan. Sampai aku rasa macam aku pulak yang diusapnya!

“Kau dah jadi hero harini Jal,” kata Syahrul mengosok-gosok belakangku.

“Banyaklah kau… Mentang-mentang aku yang kena turun!” Syahrul ketawa. Azlin dan Mek Na tersenyum. Fatin Syahira terlalu leka mengusap kucingnya untuk dengar. Ayunya perempuan ni…

“Aku teringat satu cerita pasal kucing ni,” kataku membuatkan semua mata memadangku. “Cerita ni masa kat matrix (matrikulasi) dulu. Masa tu, ada sekor kucing jantan ni…yang memang hotai (ganas) gile. Semua kucing jantan kat kolej tu takut kat dia.”

“Besar ke dia?” tanya si Mek Na.

“Besar tu takde la sampai besar SINGA tu, tapi BESAR gak la!”
Berderai tawa budak-budak perempuan tu. Heran betul, aku tak buat lawak pun diorang gelak. Kekadang aku buat lawak tak nak pulak diorang gelak. Inilah misteri yang tak habis terungkai dek otak aku- perempuan.

“Pastu? Berangan plak mamat ni!” bidas Syahrul. Cis, mencari peluang nak kenakan aku le tu.

“Kucing ni siap ada parut kat atas kepala dia. Macam lanun. Agaknya sebab tu la kucing-kucing lain respect dia. Parut tu makcik kantin yang kasi, masa dia try nak curi ikan. So, kucing ni memang fobia dengan satu benda…”

“Apa dia?” tanya Mek Na.

“Apa la kau ni. Dah tentu la kat makcik kantin tu!” sampuk Azlin.

“Takk.. Bukan makcik kantin jer. Dia fobia dengan orang. Semua orang. Kecik, besar, tua, muda, budak-budak. Semua dia takut!

“Dia selalu ronda-ronda blok kitorang. Cari-cari makan kat dalam tong sampah.

“Kira ‘Jalan-jalan Cari Makan’ la ni?” Azlin nyampuk.

“Hm.. Tapi versi kucing.” Layan je la lawak ‘bijak’ dia. “Masa meronda tu, kucing tu akan berhenti dari semasa ke semasa, check kalau-kalau ada orang tengok dia. Macam spy tengah mengintip.

“Kalau orang tengok dia, dia tengok orang tu balik. Sampai orang tu blah baru dia jalan balik. Kalau orang yang main mata dengan dia tu sergah, alamat berterabur la dia lari! Kadang-kadang sampai langgar tong sampah, berterabur habis!! La… apsal gelak ni! Saya citer betul ni!”

“Tak de la,” kata Fatin Syahira menekup mulutnya dengan tapak tangan. “Muka awak tu! Kelakar!!”

Aku toleh ke Syahrul yang turut tersengih. “Ntah. Dah macam kucing aku tengok!”

Ceh. Potong stim tul.

“Pastu, Rizal?”

Nasib baik Fatin cepat tanya…hehe..

“Ada sekali tu member saya ni nampak kucing tu tengah makan sisa nasi bungkus tepi tong sampah ni… member saya ni jalan slow-slow pergi kat dia. Kucing tu tak perasan. Member saya tu pergi slow-slow sampai betul-betul depan kucing tu. Kucing yang tengah makan tu bila angkat kepala je tengok ada orang betul-betul seinci depan dia, apa lagi! Melompat sampai dua kaki tinggi!! Berterabur lari!!”
Aku tak dengar perkataan apa pun dari sesape selama hampir sploh minit. Sepuloh minit tipu sangat agaknya tapi memang rasa macam dah tunggu selama setengah jam untuk diorang berhenti. Termasuklah si Syahrul tu.

“Udah le tu gelak…” Aku merayu. “Kita ada kelas pulak ni…”

“Kau buat perut aku sakit la Jal…” kata Syahrul menahan perut.

“Cerita betul ke Rizal?” Fatin Syahira pun bersusah-payah nak berhenti ketawanya. Dak perempuan lagi dua orang tu lagi la.. Terutama si Mek Na kaki gelak tu.

“Betul la…. Udah le gelak tu. Jom pegi kelas…”
Bosan tunggu budak-budak ni habis gelak. Baru nak reda, si Mek Na sebut ‘kucing’ je semua sambung balik ketawa.

“Dah la saya tunggu kat kelas.”
Kelam-kabut budak-budak tu bangun menahan saki-baki ketawa diorang. Syahrul pun tak habis-habis menahan perut dia macam tak tahan nak meletup.

“Abang jaga kitten ni dulu tau, Ira ada kelas.” Aku dengar Fatin cakap. Aku toleh tengok Syahrul dengan anak kucing tu di dalam tangan, merenung aku mintak belas kasihan. Hah, nasib kau la Syahrul!

Budak-budak perempuan tu berlari-lari anak melepasi aku. Cuma Fatin yang sanggup berjalan di sebelah aku yang sememangnya berjalan perlahan. Tangan kanannya menggenggam tangan kiri sambil jalan tertunduk.

“Thanks tau!”

Aku cuma terdiam dan….
: )
Aku sampai ke bilik Syahrul kira-kira 10 malam dan mendapati Syahrul Rizal Ikram sudah pun khusyuk tidur. Biasanya aku yang mendahului Syahrul dalam bab yang satu ni. Harini dia menang. 10.07 minit. Rekod baru untuk dia. Hajat nak tau apa yang berlaku pada kucing tu pun terbantut. Ada baiknya aku pun tido awal harini memandangkan tak de ‘adik-adik’ yang datang mintak tunjuk ajar.

Kebiasaan aku sebelum tidur adalah ‘melalui’ kembali perjalanan satu hari hidup aku. Dari ‘start’ aku buka mata hingga aku tersadai di atas katil kembali. Harini satu benda yang paling menonjol dah tentu kata-kata ringkas ‘thanks tau’ Fatin Syahira pg tadi. Saat itu aku rasa aku berjalan di atas bunga, di hujani bunga, tetapi bunga yang menarik hati aku hanya yang berjalan di sebelah aku tu. Betapa mainan perasaan seorang lelaki bila bersama orang yang disukanya. Mungkin akhirnya aku rasa perasaan itu..

Segembira manapun, aku tetap ingat bahawa aku tak pernah diajar oleh sesiapa pun untuk mementingkan diri sendiri. Tidak Abah, tidak Kak Iza, abang Fitri atau sesiapa pun. Malah berkali-kali aku ditunjukkan bahawa kegembiraan hidup bukanlah dengan kesenangan diri sendiri tetapi pengorbanan untuk kebahagiaan orang di sekeliling kita.

Mungkin tiada orang perasan, tetapi aku sedar bagaimana perasaan hati lelaki member aku yang paling rapat dengan aku tu. Aku hampir-hampir pasti sayang yang satunya pada Fatin Syahira. Syahrul tidak seperti aku, beratus nama perempuan pernah hinggap di ingatan aku. Syahrul hanya satu-Fatin Syahira. Aku pasti, seumur hidup Syahrul, ini kali pertama seorang perempuan muncul di dalam hidupnya. Muncul lebih dari sebagai satu muka cantik.

Aku teringat ketegangan sedikit pada bawah pipi Syahrul semasa dia bertanya tentang Fatin petang tadi. Sesuatu yang hanya tampak apabila Syahrul terkilan. Sesuatu yang aku hanya pernah nampak sekali saja sebelum ni, ketika kelab Mendaki Gunung yang cuba dia tubuhkan di tolak HEP. Dan masa itu dia benar-benar kecewa!

Nampaknya dah tiba masa aku mengikut jejak orang-orang yang mengajar aku sehingga menjadi seperti hari ini dari seorang manusia tak punya apa- iaitu berkorban untuk orang lain. Aku akan pastikan Syahrul memiliki segala yang perlu untuk memenangi hati Fatin Syahira!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: