Posted by: sanada yukimura | March 17, 2009

RH Chapter I (Rizal) Page 6 “The Presentation”

<Page 6: The Presentation >
11:00:47 PM
Isnin, 2 Februari 2004

THE PRESENTATION.

“Rizal!” Suara kepunyaan Mek Na, junior satu kelas dengan aku. Belum berpaling pun aku kenal tuan punya suara nyaring cute tu. Dengan serba sikit loghat kelantan kat hujung-hujung lidah. Bunyinya macam ‘Rizza!’.. Dah tentu dia nak bagitau pasal presentation assignment Madam tu.

“Macam mana? Boleh tak masuk group kitorang?”

Sejak aku kena kick dari group Nana aritu, aku dah tanya beberapa group lain. Semua kata nak berbincang dulu, dan nampaknya group Mek Na yang paling beria-ia nak ambik aku. Kalau group diorang terima aku, aku on je..

“Group kitorang semua budak perempuan. Tau kan? Ira dah cakap kan? Kitorang sume nak Rizal join. Free lagi tak? Ke dah de group?”

Huhu… Aku tak sure sapa lagi ahli group Mek Na selain Fatin tapi nampaknya aku memang ‘jejaka popular of the year’.

“Hei…susah betul jadi lelaki kacak ni!” Aku geleng kepala, sedih dengan nasib diri sendiri ; j Hehehe…

“Mak aii! Perasan sungguh dia!”

“Bukan perasan… Tetapi, sebagai engineer kita kena terima sesuatu fakta dan mengatakannya benar walau macam mana pahit sekalipun!” Tangan aku tanpa sedar dah tergengam. Hahaha… dah ter-over poyo pulak aku ni.

“Kitorang tak pilih berdasarkan gambar passport ye cik abang. Kami semua perempuan, jadi harap Rizal boleh jadi leader la.. Lagipun sebagai senior…dah tentu la Rizal lebih terer present kaaan…..”

Sebaik saja dia sebut perkataan ‘senior’ tu aku dah dapat tangkap maksud tersirat Mek Na. Sekarang aku paham. Diorang nak aku jadi presenter la ni.. Masing-masing nak ngelat dari jadi presenter. Takpe. Kita tunggu dan lihat.

“Saya jadi leader?”

“Kenapa? Tak sanggup ke? Tak kan nak perempuan lead lelaki pulak… Hehehe…”
Lawak, yang agak tajam. Aku tanya sebab nak kepastian. Dia perli aku pulak..

“Ok. Rabu malam.”

Spontan Mek Na berenti ketawa. Macam ayam nak berkokok tak jadi. “Apa?”

“Rabu malam meeting. Cafe, 8.01 pm. Sharp.”

“Serius??”

“Kenapa…tak sanggup ke?”

“Oo…perli ye…”

Hehe..

Kalau alarm handset aku tak berbunyi, confirm aku takkan ingat langsung pasal meeting yang aku sendiri tetapkan tu. “MEETING DENGAN GROUP FATIN, 8.01 PM” berkelip-kelip reminder aku petang tadi.

Dah pukul 7.58 pm. Aku jugak yang gatal set 8.01 mlm, so aku kena tunggu lagi tiga minit. Budak-budak perempuan tu rasanya dah de kat mana-mana bahagian cafe tu —biasalah budak pompuan— tgh gossip ke ape ke. Tunggu jap lagi tiga minit baru aku gi tunjuk muka. Saja, nak buat dramatic skit. Kononnya betul-betul ON-TIME. Baru korang tau rasa satu group dengan Rizal! Hahaha!

Tiga minit bukannya lama. Tapi apa patut aku buat untuk isi ‘masa lapang’ sependek tu? Rasa macam nak gi beli air…tapi kang budak-budak pompuan tu nampak plak aku.

Tengah-tengah scan mencari sesuatu nak buat, aku nampak satu figure kecik yang sedang terbongkok-bongkok menulis sesuatu di sebuah meja kat pinggir cafe. Dari sudut aku tengok, aku cuma nampak baju biru dan tangan kanan yang sedang memegang pensil tetapi aku tau budak tu adalah anak brader kedai buat air. Hm.. meh, gi ngaco budak kecik sat…

“Dik. Wat homework ke?”

“Tak. Buat latihan.” Budak tu jawab tanpa mengangkat muka dari buku pun. Khusyuk sungguh.

Sejak tender kedai jual air dapat kat brader tu sebulan lepas, aku pernah nampak budak kecik ni beberapa kali dah. Dari cara brader tu cakap, aku tau budak kecik ni anak dia.

Tapi aku sendiri hairan kenapa selama ni aku tak tergerak hati nak tegur budak tu. Sedangkan aku suka kacau budak-budak. Malah kadang-kadang aku lebih suka kawan dengan budak-budak dari orang dewasa. Budak-budak ni biasanya lebih jujur dari orang dewasa. Lebih straight forward. Dan diorang ada cara berpikir yang… ‘berbeza’.

“Nama abang Rizal Hafizuddin. Adik, nama pe?”

Budak tu berenti menulis buat kali pertama. Melangut ke arah aku. “Panjangnya nama…!”

Tengok. Aku takkan dapat dengar komen jujur macam tu dari orang dewasa.

“Kawan abang panggil abang, Rizal je. Adik nama pe?”

“Pendek je….” budak tu menggaru belakang kepalanya. Tersengih.

“Haha… Panjang pendek tak penting. Yang penting maksud dia. Apa nama adik?”

“Err… Umar. Umar je…”

“Umar…” aku ulang. Budak tu merenung aku menanti kata-kata aku penuh harapan. Aku tau dia sedang menunggu komen pasal namanya. Adalah fitrah budak sekecil ini sangat mengambil berat komen orang pada dia. Aku kerutkan kening untuk menunjukkan aku serius. Serta-merta air muka Umar berubah jugak menunjukkan tumpuan perhatiannya.

“Umar tau dak, ‘sahabat Nabi’ tu siapa?”

Dia geleng. “Tak.” Masih memandang tepat pada aku.

“Rasulullah tau..? Nabi Muhammad?”

“Salallah ‘Alai Wasallam.. Ustazah kata kena selawat kalau dengar nama Rasulullah.”

Bagus. Dia plak ajar aku. “Betul tu. Nabi Muhammad Salallah ‘Alai Wasallam. Sahabat-sahabat Nabi tu adalah kawan-kawan Nabi yang tolong Nabi sebarkan agama Islam.

Diorang ni adalah kawan baik Nabi, bestfriends Nabi. Selalu bersama Nabi walau macam mana susah pun. Dan antara sahabat Nabi yang paling hebat sekali kalau adik nak tau…Umar Al-Khatab.”

Budak-budak tak sama cara berpikir dia dengan orang dewasa. Aku tak tau dia faham ke tak apa aku cakap tadi. Aku guna istilah complicated sangat tak agaknya.. Apa pun, dia sedang memberikan full attention kat aku, so aku patut teruskan lagi.

“Umar sahabat Nabi ni, sifat dia saaangat berani. Sampai musuh-musuh Islam sangat takut kat dia. Sebut nama Umar je, terus takut! Mengeletar kepala lutut diorang..”

Agak lama dia diam. Baru aku nak sambung, Umar kecik di depan aku ni bersuara.. “Dia pernah lawan cakap Ayah dia tak.. bang Rizal?”

Aku tak ingat la dalam riwayat hidup Umar, selepas dia masuk Islam ada tak disebut ibubapa dia hidup lagi ke tak. Tapi of course, kalau parents dia hidup lagi, Umar adalah semestinya anak yang taat. Jadi nak terangkan kat budak berumur sepuluh tahun…

“Tak. Dia takkan lawan cakap mak ayah dia melainkan mak atau ayah dia suruh dia buat benda yang tak baik. Rasulullah dah ajar sahabat-sahabat dia termasuk Umar untuk hormat dan sayang mak dan ayah..”

Aku sedang cuba nak baca dari wajah dia samaada kata-kata aku masuk otak dia ke tak tapi kemudian baru aku perasan Umar sedang memandang ke arah belakang aku.

“Apa keje yang kau kacau budak tu buat kerja dia, Rizal…”

Gaya perli tu…aku boleh kenal walaupun blinfolded dalam bilik yang gelap di tengah-tengah malam. Syidah? Aku toleh dan dapat tau yang jangkaan aku tak salah. Syidah sedang memandang aku sambil menyilang tangan. Pandangan tajam dia yang tak pernah berubah. Macam Datin Seri tengah check orang gaji dia buat apa.

“Cuba kau tengok jam?”

8.10 dah?? Alamak, meeting! Tak jadi aku nak muncul on-time.

“Tu la. Poyo sangat! 8.01 minit konon…”

“Err… Apsal kau tau pasal meeting aku plak?”

“Haha.. budak-budak tu ajak aku teman, aku teman je la. Dah kau lambat sangat, diorang mintak aku cari kau.”

Aku toleh kat Umar. Dia ternganga tengok aku dan Syidah. “Abang kena gi dulu. Abang de ‘homework’ skit nak wat.”

Umar angguk. Entah faham tah tidak.

“Kena bangga dengan nama Umar tu tau!” Aku bagi last words sambil berdiri. Budak tu tersenyum. Tersengih.

“Ok tak?” Aku tunjuk isyarat ‘best’.

“Ok!” budak tu angguk lagi, kali ini agak bersungguh.
.
.
.

Semasa berjalan ke arah meja yang dipenuhi empat orang perempuan sambil diiringi sorang perempuan (Syidah), aku terasa bagaikan seorang Maharaja yang dibawa menuju kearah dayang-dayangnya —yang sedang menanti dengan tak sabarnya untuk melayan Raja diorang. Kemudian, Syidah (yang kekadang aku gelar miss kill-joy) memberi komen yang memusnahkan segalanya..

“Nah aku dah bawak KULI korang. Dera dia habis-habis..”

HA HA HA, ‘kelakarnya’. Nyibuk betul si Syidah. Aku baru nak wat empat orang budak perempuan jatuh hati serentak kat aku, dia dah musnahkan mood aku! Budak pompuan empat orang tu pulak semua support je ‘lawak’ Syidah tu. Diorang ni nak kena brainwash gak nanti. Biar masa balik hostel satgi lekat dalam otak diorang ‘Rizal memang ka-chak, macho dan bergaya…’ saja.

Mek Na, Azlin, Fatin dan Lily. Takde sorang pun yang aku terkejut berada dalam group tu. Diorang ni memang ahli kongsi gelap yang sama untuk mana-mana assignment.
Tengok pun tau.

Mek Na masih ada saki-baki sisa gelak tadi, dia ni memang susah skit nak berenti kalau dah start gelak. Macam keretapi, kalau dah start susah nak brenti. Azlin biasa la, dengan gaya relax ala-ala ‘tomboy’ dia. Lily macam segan-segan dengan aku, mungkin sebab dalam 5 orang yang ada situ dia yang paling tak rapat dengan aku (kalau dulu mungkin Fatin tapi sekarang dah empat kali aku cakap face to face dengan Fatin so Fatin dah terkeluar carta). Fatin masa tu tengah memandang dengan senyuman yang misteri skit. Ala-ala senyuman serial-killer pun ada.

“Dok la cik Abang! Kata 8.01 malam. Skang dah pukul brape…” Lima-lima orang termasuk Syidah pandang ke arah aku. Mek Na ni…berani jugak rupanya minah. Belajar dengan Syidah ke?

Baginda Raja berkenan menghadap dayang-dayang dan sorang penyibuk (Syidah).

“Yang kecik-kecik tu sape?”

“Kecik-kecik?” Baginda Raja terkejut dengan adu musykil dayang-dayang nya.

“Yang Rizal kaco belajar tu la…”

“Oo..tu. Tak tau ke? Tu la anak beta yang bongsu. Dari isteri beta nombor tiga. Yang nombor empat pun expecting gak, due dua bulan lagi.

“IYE LA TU!!” Entah sapa dari lima orang tu yang jerit aku tak pasti. Sekali Syidah, Syidah pun gelak sama…

Selama 3 tahun Degree in Chem Engineering aku dah buat beratus-ratus assignment. Dan berpuluh-puluh presentation. Tapi inilah buat kali pertamanya aku group presentation dengan budak-budak junior ni. Aku jarang team dengan Syidah tapi biar

Syidah pun tau stail aku present macam mana. Budak-budak ni memang tak tau cara aku.. nak kena brief diorang macamne nak present plak. Leceh betul.

Tengok aku serius semacam je, budak-budak tu beransur-ansur berenti ketawa. Syidah yang barangkali paham slow-slow angkat kaki tinggalkan kami.

“Ada dua benda saya nak bagitau,” aku cakap sebaik saja Syidah dah berangkat. “Satu, saya ni macam korang tau banyak main-main…tapi time keje saya tak boleh concentrate kalau orang tak serious. So…” Budak-budak tu angguk paham..

“No dua… Saya tak nak present.”
Serentak budak-budak perempuan depan aku tu protes tak puas hati! Macam-macam diorang cakap serentak sampai aku pun tak tau apa diorang cakap. Saja aku biar diorang cakap sampai diorang terdiam sendiri seminit kemudian. Bila nampak gaya tak de yang nak bukak mulut baru aku bersuara balik.

“Saya tak habis cakap lagi.. Saya tak nak present sorang2 kat depan jadi puppet korang.” Kasar sikit, tapi aku terpaksa cakap.

“Sape kata nak buat Rizal puppet??” balas Azlin.

“Kita prepare la sama-sama,” tambah Mek Na.

“Kenapa Rizal cakap macam tu..” soal Fatin. “Kami sanggup susah payah prepare presentation tu—”

“Tapi saya yang present kat depan..?” aku bagi senyum sinis yang buat Fatin terkedu.

“Dengar sini. Saya tak kesah nak present… In fact saya lebih suka present dari wat keje lain- wat report ke, wat lab ke. Tapi cuba korang fikir, kalau saya present sorang-sorang kat depan tu… apa yang korang dapat??”

Semua terdiam sehinggalah Azlin meluahkan sebab sebenar yang tersembunyi di dasar jiwa. “Actually, kami ni boleh kata memang hancus bab present ni…” pengakuan yang ternyata disetujui semua kawan-kawan dia.

“Saya tau..”

Mata-mata terangkat. “Mana Rizal tau..?”

“Jangan lupa Madam Azizah tu ‘mummy’ (penasihat akademik) saya. Saya tau banyak pasal korang ni dari apa yang korang tau saya tau pasal korang.” Err.. Betul ke ayat aku? Budak-budak tu pun macam pening nak paham ayat aku.

“Dan kami tau Rizal punya presentation memang best..” tambah Fatin. “Tak de orang yang Madam Azizah puji presentation dia best macam dia puji Rizal.”

Aku terdiam kejap terkedu. “Ehem.. Nyaman sungguh udara malam ni ye..”

“Poyo la Rizal.. Ira serius ni!”

“Ye saya tau Fatin serius..” senyum aku tak mampu nak pudar. Aku tak sangka Mdm Azizah dalam suke membebel dia tu, dia puji aku sebenarnya kat belakang 😉

“Bukan hari-hari dengar orang puji saya. Selalu kena kutuk je..”

“Sebab tu la kami tanpa ragu-ragu, mencadangkan Rizal sebagai senior kami yang hebat ni… untuk wakili present kami!” Sempat lagi Azlin masukkan point.

Aku terdiam sekejap berpikir… Aku paham kenapa diorang ni nak mengelak sangat dari present. Aku faham sangat… Cuma…macam mana nak ubah fikiran empat orang perempuan ni..?

“Ada satu kajian yang dibuat di US suatu masa dulu..” aku pause memberi masa ayat tu menembus telinga. “Kajian ni untuk tentukan, apa dia senarai benda yang rakyat Amerika paling takut sekali dalam hidup ni. Korang tau apa..? Benda nombor satu orang Amerika takut adalah ‘public speaking’! ”

“Public speaking?”

“Yup. Macam korang takut ni. Rasa takut nak public speaking, speech, talk @ present ni…” aku angkat kening bermaksud, “…dapat kalahkan ranking rasa ‘takut nak mati’.”
Masing-masing diam menunggu point seterusnya dari aku.

“Korang tau apsal yang korang takut sangat nak bagi presentation ni? Sebabnya korang tak tau apa akan jadi. Betul tak? Korang takut orang gelak. Korang takut korang salah cakap dan nampak bodoh. Korang takut tak dapat jawab soalan orang tembak!”

Tak de respond yang memberangsangkan.

“Dalam bab presentation ni, benda yang betul2 bodoh- mintak maaf kasar sikit- cumalah TAKUT NAK PRESENT!

“Silap cakap adalah NOR-MAL. Tersilap buat something masa present adalah NOR-MAL. Kena tembak masa present adalah NOR-MAL. Gelabah nak present adalah, NORMAL! Tapi takut nak amek risiko nak present….itu adalah MEMALUKAN!”

Lily, Azlin dan Mek Na tunduk mengelak eye-contact dengan aku. Fatin sebaliknya, memandang aku tepat, penuh expressi tidak puas hati.

“Say it,” aku cakap. “Say what you wanna say!”

Tiga lagi awek angkat muka diorang memandang aku yang sedang merenung tepat Fatin… dan Fatin yang penuh dengan kerutan di dahi membalas renungan provocation aku. Expressi Fatin ketika itu bukan sesuatu yang biasa keluar dari Fatin aku pasti. Tapi aku entah kenapa tidak terkejut langsung.

“You dont agree with me, you say it to my face. I am a human too, i MAY, BE wrong!”

Dengan provocation tu, bibir comel Fatin terpisah dan keluar suatu nada suara yang tak pernah aku dengar sebelum ni. “It’s not that we’re not trying! We just dont know how to say it! How to present! We- we dont really know how to present!”

Tiga orang awek lagi ternganga tengok bahagian diri Fatin yang jarang muncul tu.

“I knew you had it in you…” aku separuh berbisik. Bibir aku tak dapat mengelak dari melentur.

“What…?” Expressi terpingga mengantikan wajah serius tadi. Tiga orang lagi tumpang skaki terpingga2 dengan Fatin.

“ITU jawapannya.” Aku tersenyum penuh. “Presentation, talk, speech, public speaking… basic sumenya sama je sebenarnya. Sume nak sampaikan something pada orang lain. Perasaan sungguh2 nak sampaikan something pada orang tu… Perasaan tu yang kena ada.” Aku tunding pada Fatin. Fatin mengangkat kening.

“Bila kita betul2 nak sampaikan something, otak kita akan pikir… macam mana aku nak bagi diorang ni paham apa aku paham? Macam mana aku nak bagi diorang ‘rasa’, ‘tau’, ‘ingat’ apa yang dalam otak aku ni?! Bila jadi macam tu…. kita tak kan pikir lagi dah pasal ‘nervous’, pasal apa kesilapan kita buat. Kita cuma nak sampaikan ‘satu benda’ tu!”

Keempat-empat awek masih terdiam tanpa respond. Kalau aku cakap sejam lagi pun, aku rasa tak kan bawak sebarang beza lagi dah. Aku bangun perlahan2 sambil senyum kat wajah2 yang terdiam. Fatin nak bukak mulut cakap something, tapi tak terkeluar suara dia. Aku kenyit mata kat dia sambil senyum… “Think about it…” Harap2 mesej aku sendiri sampai..

END OF CHAPTER 1  RIZAL
[To be continued with  Being A Guy]

Advertisements

Responses

  1. Long time no update.. finally. 🙂

  2. nice… hope u’ll update s’more
    (^_^)

  3. Wow, superb weblog format! How lengthy have you ever been running a blog for?
    you made blogging glance easy. The full look of your site is magnificent, as well as the content!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: